Skip to main content

Di Malaysia syarikat yang berjaya diawamkan atau disenaraikan IPO ke Bursa merupakan satu kejayaan besar. Ini bermakna sesebuah syarikat itu memiliki keadaan kewangan kukuh dan boleh menjual sebahagian saham syarikat kepada orang awam.

Untuk disenaraikan ke IPO di Bursa Malaysia bukan perkara mudah. Kebiasaannya sesebuah syarikat akan diawamkan untuk mengumpul sejumlah modal sebagai pertukaran sekuriti dan proses ini mengambil masa panjang serta perancangan yang rapi.

Akan tetapi ia bukan perkara mustahil kerana sudah banyak syarikat di Malaysia berjaya untuk disenaraikan ke IPO. Maka, artikel kali ini akan menerangkan keperluan yang perlu syarikat buat untuk disenaraikan ke IPO di Bursa Malaysia.

Apa Itu IPO?

Tawaran Awam Permulaan atau Initial Public Offering (IPO) adalah keadaan di mana sebuah syarikat pertama kali menjual sebahagian permilikan (saham) syarikat kepada orang awam. Ini secara tidak langsung memboleh syarikat memasuki Bursa Malaysia dan orang awam boleh membeli atau menjual saham syarikat tersebut.

Selalunya syarikat yang disenaraikan IPO ini memiliki keadaan kewangan kukuh, dan membuka penyenaraian di Bursa adalah untuk mencari pelabur-pelabur baru bagi tujuan meraih modal yang lebih besar.

Istilah IPO ini adalah tidak asing dalam kalangan pelabur sama ada bagi mereka di Wall Street ataupun Bursa Malaysia. Sejarah IPO moden boleh dijejak kembali seawal ketika Syarikat Hindia Timur Belanda pada tahun 1600-an lagi.  

Kenapa Syarikat Nak Disenarai IPO?

Setiap syarikat memiliki visi, misi dan matlamat perniagaan mereka tersendiri. Sesetengah mungkin mahu mencapai keuntungan bersih sebanyak RM1 juta, dan mungkin sesetengah lain pula ingin disenaraikan ke Bursa Malaysia.

Bagi syarikat-syarikat yang ingin untuk tembusi IPO ini adalah beberapa kelebihan kepada sesebuah perniagaan diawamkan kepada orang ramai. 

  • Menambah Modal Syarikat

Tujuan utama penyenaraian ke IPO adalah untuk mengumpul modal. Modal yang dikumpul melalui IPO ini boleh menyediakan sumber dana kepada syarikat untuk menampung segala keperluan pembangunan ataupun perkembangan.

  • Mengembangkan Syarikat

Syarikat yang berjaya disenaraikan ke IPO selalunya memiliki matlamat untuk mengembangkan perniagaan seperti menambah cawangan baru, membuka anak syarikat baru ataupun memperkasakan perniagaan dengan membeli aset baru.

  • Mengukuhkan Imej Sayrikat

Penyenaraian ke IPO ini boleh mengukuhkan kredibiliti imej sesebuah syarikat mahupun jenama. Ini secara tidak langsung menguatkan keyakinan pelabur untuk terus melabur ke dalam syarikat selain mendapat pengiktirafan di mata orang awam.

  • Jaminan Kecairan Modal

Dengan menjual saham kepada orang awam, syarikat dapat mengekalkan keselamatan tahap kecairan modal. Berbeza dengan syarikat swasta yang bergantung seratus peratus kepada pelabur dalaman, syarikat awam dapat memastikan modal datang dari pelbagai sumber awam.

  • Meningkatkan Nilai Pasaran

IPO melibatkan pengumpulan modal dari pasaran, di mana syarikat perlu menentukan nilai pasarannya. Jadi dengan membuka pemilikan syarikat ke orang awam ia boleh membantu dalam mengukur nilai pasaran bagi sesebuah perniagaan tersebut.

Proses Penyenaraian IPO Bursa Malaysia

Terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi oleh sesebuah syarikat dalam proses untuk tembusi IPO ke Bursa Malaysia. Jika syarikat anda berminat untuk diawamkan, ini adalah beberapa perkara yang perlu diambil maklum.

  1. Lantik Penasihat Profesional

Langkah pertama dalam proses penyenaraikan adalah dengan melantik penasihat profesional rasmi syarikat untuk bantu proses audit due diligence dan dokumen penyenaraian. Contoh penasihat profesional adalah seperti berikut:

  • Peguam
  • Bank Pelaburan
  • Akauntan
  • Pengaudit Harta
  • Penyelidik Pasaran dan Perniagaan
  • Pandaftar Saham
  • Penasihat Cukai
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Setiausaha Syarikat
  1. Audit Syarikat

Selepas melantik penasihat profesional, langkah seterusnya adalah untuk membuat audit menyeluruh dan lengkap (due diligence) dalam mengesahkan ketepatan dan menghalang sebarang salah makluman dalam prospektus. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil maklum ketika melakukan audit ini:

  • Berkongsi prospektus dengan orang ramai.
  • Berurusan dengan pengawal selia (regulator)
  • Mengumpul dan mengatur dokumen serta prospektus
  • Menghantar permohonan penyenaraian
  1. Rangka Prospektus

Prospektus merupakan penerangan perusahaan seperti perniagaan atau penerbitan dan yang diedarkan kepada calon pembeli ataupun pelabur. Dalam merangka prospektus terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan:

  • Jadual tarikh penawaran bermula dan berakhir
  • Maklumat mengenai pengarah syarikat 
  • Maklumat menegnai penawaran dan syarikat
  • Spesifikasi IPO seperti jenis dan jumlah penawaran
  • Risiko untuk penawaran
  • Penerangan mengenai syarikat dan industri termasuk anak-anak syarikat jika ada
  • Rancangan, strategi dan prospek masa depan syarikat
  • Urus niaga yang melibatkan piha berkaitan atau konfik
  • Maklumat kewangan
  1. Lantik Lembaga Pengarah

Mengikut peraturan yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia di bawah Syarat Penyenaraian Bursa Malaysia adalah untuk melantik seorang pengarah daripada kalangan ahli lembaga pengarah syarikat.

  1. Senarai Kaedah Penyenaraian

Seterusnya, adalah untuk memutuskan struktur ekuiti (pemilikan) yang sesuai dan kaedah menawarkan saham syarikat. Kaesah paling biasa adalah dengan menerbitkan saham baru atau menawarkan penjualan saham sedia ada.

  1. Sedia Segala Dokumen IPO 

Selepas menyediakan dan melengkapkan segala keperluan penyenaraian di atas, penasihat profesional syarikat perlu mengumpul seterusnya menghantar segala dokumen penyenaraian ke Bursa Malaysia untuk pengesahan kelayakan.

Berapakah Harga Yuran Penyenaraian IPO Bursa?

Sebelum masuk bahagian harga yuran untuk penyenaraian IPO Bursa Malaysia, adalah penting untuk kenali segmen pasaran saham yang ada di dalam Malaysia. Berikut adalah ringkasan segmen pasaran saham negara.

  •  Pasaran Utama – segmen pasaran utama Bursa Malaysia di mana syarikat yang ditubuhkan dan lebih besar biasanya disenaraikan di dalam pasaran saham.
  • Pasaran ACE – segmen pasaran Access, Certainty, Efficiency di mana untuk syarikat yang lebih kecil pada tahap awal dirancang atau syarikat kecil pada tahap awal pertumbuhan.
  • Pasaran LEAP – segmen pasaran Leading Entrepreneur Accelerator Platform untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk kumpul modal melalui pasaran saham.

Kini sudah tiba masa untuk mendalami harga yuran untuk disenaraikan ke dalam Bursa Malaysia. Perlu diingatkan apa yang dibentangkan dalam artikel ini hanya rujukan semata-mata, untuk penerangan lanjut boleh dibuat pada laman rasmi Bursa Malaysia.

Persiapkan Syarikat Dengan Sistem Pengurusan MySyarikat Sekarang!

Kesimpulannya, untuk disenaraikan IPO ke Bursa Malaysia memerlukan perancangan yang rapi dan teratur. Selain itu, syarikat anda perlukan pengurusan yang lancar untuk pastikan setiap gerak kerja berjalan secara efisien.

Berita baik kepada anda kerana MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi!

Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!

Leave a Reply