Skip to main content

Apabila anda mengalami masalah pekerjaan seperti majikan tidak membayar gaji atau dianiayai oleh syarikat dengan dibuang kerja secara tidak adil, adalah dinasihatkan untuk membuat aduan ke Pejabat Buruh.

Tetapi tahukah anda untuk kes masalah pembayaran gaji atau pembuangan secara tidak adil ini terdapat 2 jabatan berbeza yang menguruskan hal-hal tersebut. Ia tidak lain tidak bukan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM) dan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).

Apakah perbezaan antara kedua-dua jabatan ini? Bagaimana ia berfungsi? Jangan risau, artikel kali ini akan menerangkan fungsi-fungsi jabatan seperti JKTSM dan JPP dalam membantu pekerja yang mengalami masalah kerja.

Apakah JTKSM dan Fungsinya?

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau turut juga disebut sebagai Pejabat Buruh (kadang-kadang dipanggil Mahkamah Buruh) adalah sebuah badan yang mengawal selia penguatkuasaan, perundangan dan pentadbiran pekerja di dalam negara.

Mudah kata ia merupakan sebuah jabatan yang menjaga segala kebajikan pekerja dengan menguatkuasa undang-undang untuk melindungi hak pekerja. Selalunya untuk kes masalah berkaitan pembayaran gaji akan dirujuk ke JTK.

Visi JTK adalah untuk jadi peneraju utama penguatkuasaan, perundangan dan pentadbiran perburuhan negara dengan misi mereka adalah untuk memperkasakan penguatkuasaan dan pentadbiran perburuhan bagi memastikan hak serta kepentingan pekerja dilindungi dan terpelihara.

Untuk mereka yang bekerja di semenanjung Malaysia, jabatan utama yang mengawal selia perihal masalah gaji adalah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), sementara yang berada di Sabah dan Sarawak pula adalah seperti berikut:

  • Jabatan Tenaga Kerja Sabah
  • Jabatan Tenaga Kerja Sarawak

Antara objektif utama JTK ini adalah untuk melindungi kepentingan dan memajukan kebajikan industri, membantu industri meningkatkan daya saing dan menjadikan masyarakat industri berpengetahuan dalam bidang-bidang berkaitan undang-undang perburuhan.

Secara umumnya fungsi JTK ini luas tetapi mereka sering terlibat dengan kes masalah berkaitan pembayaran gaji oleh majikan kepada pekerja. Contohnya kes majikan tidak atau lambat bayar gaji serta masalah pembayaran overtime (OT) yang lambat.

Menariknya di sini JTK mengutamakan kes dengan memperuntukan pekerja yang bergai RM2,000 ke bawah dan pekerja manual. Jadi jika anda sebagai pekerja yang menghadapi masalah berkaitan pembayaran gaji oleh majikan atau bekerja lebih masa, boleh buat aduan ke jabatan ini.

Apakah JPP dan Fungsinya?

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) adalah badan pengawal selia yang membantu memelihara perhubungan positif serta keharmonian di antara majikan dan pekerja dan kesatuan-kesatuan sekerja di dalam negara.

Mudah kata JPP ini berperanan untuk menjadi orang tengah dalam membantu menyelesaikan sebarang permasalahan berlaku di antara pekerja dan majikan, serta mengawal selia kesatuan sekerja yang ditubuhankan.

Antara fungsi-fungsi utama JPP adalah seperti berikut:

  • Memantau perkembangan dan arah aliran perhubungan perusahaan di dalam negara untuk membantu kerajaan mengkaji Dasar Perhubungan Perusahaan Negara khasnya dan Dasar Buruh Negara amnya dari semasa ke semasa
  • Menyelaras perhubungan di antara pertubuhan-pertubuhan pekerja untuk memupuk dan memelihara perhubungan kerjasama 3 pihak di antara kerajaan, majikan dan pekerja dalam perhunungan perusahaan
  • Menggalakkan dan membantu perjalanan perundingan kolektif dan joint consultation di tempat-tempat pekerjaan untuk mendorong amalan konsep self governance in industry dan konsep musyawarah
  • Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan, pekerja, pertubuhan majikan dan pertubuhan pekerja untuk amalan perhubungan perusahaan yang baik dan sihat
  • Menyediakan khidmat rundingan damai (conciliation service) untuk mencegah dan menyelesaikan pertikaian dan tindakan perusahaan
  • Mendamaikan pertikaian yang berbangkit dari repsresentasi pekerja untuk dipulihkan dalam pekerjaan asal mereka
  • Mengendali tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan-kesatuan sekerja
  • Membantu pekerja untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit dari tindakan tidak adil oleh majikan mereka

Berbekalkan dengan visi untuk mewujudkan suasana perhubungan perusahaan yang harmoni dan kondusif, JPP melaksanakan misi untuk menggalak serta mengekalkan perhubungan harmoni dan kondusif di antara majikan dengan pekerja dan kesatuan sekerja demi kemajuan negara.

Dalam bahasa mudahnya JPP ini bertanggungjawab untuk mengurusakan kes aduan yang berkaitan dengan isu pembuangan kerja secara tidak adil. Selain itu, anda boleh buat aduan ke JPP tanpa mengira tangga jadi kerana tiada had minima gaji ditetapkan.

Dalam pada itu, JPP juga bertanggungjawab untuk menguruskan kes berkaitan pembuangan kerja atas alasan prestasi pekerja, masalah pembuangan, construtive dismissal dan semua bentuk pemecatan yang dianggap menganayai pekerja oleh majikan.

Penguatkuasaan Undang-Undang Jabatan Tenaga Kerja (JTK)

Seperti yang diterang atas, JTK adalah badan penguatkuasaan undang-undang buruh di dalam negara. Ini bermakna sebarang perihal dan pertikaian berlaku akan dirujukan kepada undang-undang seperti berikut:

  1. Akta Kerja 1955 (Akta 265)
  2. Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerjaan 1990 (Akta 446)
  3. Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2022 (Akta 732)
  4. Akta Anti Pemerdangan Orang dan Anti Penyeledupan Migran 2007 (Akta 670)
  5. Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 (Akta 350)
  6. Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753)
  7. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 (Akta 246)
  8. Akta Kerja (Sekatan) 1968 (Akta 353)
  9. Akata Maklumat Pekerjaan 1953 (Akta 159)
  10. Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612)
  11. Akta Hari Kelepasan Mingguan 1950 (Akta 220)
  12. Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369)

Tuntutan Yang Boleh Dibuat di JTK dan JPP

Sekiranya anda membawa pertikaian ke JTK berkaitan gaji atau menuntut pampasan pemberhentian di JPP, terdapat beberapa jenis tuntutan yang boleh dibuat. Penting untuk semua pihak mengambil maklum tuntutan yang boleh dibuat pada jabatan-jabatan ini.

Untuk tunutan sebarang ganti ruji di JKT, andai anda memenangi kes maka ganti rugi yang akan dapat adalah mengikut apa yang dituntut. Contohnya, kes gaji tertunggak sebanyak RM5,000 maka syarikat akan diarah untuk bayar jumlah tersebut sahaja.

Sementara itu, untuk tuntutan di JPP bagi pemberhentian tidak adil pula selalunya tiada ganti rugi kewangan sebalinya anda akan ditawarkan pemulihan kerja sahaja. Tetapi jika majikan enggan mengambil pekerj semula barulah ia di bawa untuk rujukan ke Makhamah Perusahaan.

Kesimpulannya, jika anda mengalami masalah kerja sama ada berkaitan pembayara gaji ataupun dibuang secara tidak adil boleh buat aduan ke jabatan yang berkaitan sama ada JTK atau JPP.

Suka diingatkan bahwa untuk sebarang rujukan lanjut mengenai sebarang masalah berkaitan kerja, dinasihatkan untuk membuat rujukan terus ke JTK dan JPP.

Naik Taraf Kualiti di Tempat Kerja Dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda boleh meningkatkan kualiti dan pengalaman tempat kerja anda dengan MySyarikat! Sistem MySyarikat dapat membantu meningkatkan pengalaman bekerja dengan penawaran pelbagai fungsi untuk kelancaran gerak kerja semua bahagian.

Selain itu, MySyarikat turut menawarkan segala fungsi lain yang dapat membantu majikan dan pegawai HR seperti pengurusan payroll, pengurusan cuti dan tuntutan, pengurusan kehadiran, pengurusan KPI dan banyak lagi! Paling best segala fungsi-fungsi ini boleh bantu anda untuk selaraskan gerak kerja dengan penetapan Akta Kerja 1955.

Dengan MySyarikat pengurusan syarikat anda akan menjadi lebih lancar dan efisien. Rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software terbaik di Malaysia – MySyarikat sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk tetapkan temujanji demo sistem secara percuma!

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

Leave a Reply