Skip to main content

Seperti yang diumumkan pada 1 Februari 2025 lalu, kadar gaji minimum negara ditetapkan pada RM1,700 bagi mana-mana majikan yang menggajikan 5 orang pekerja atau lebih dalam satu syarikat.

Penetapan ini telah digazetkan dalam Perintah Gaji Minimum 2022 dan sekali lagi ditegaskan dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022). Antara ringkasan pindaan tersebut menerangkan bahawa kelayakan menuntut overtime (OT) dinaikkan dari gaji RM2,000 ke RM4,000.

Jadi berdasarkan pindaan ini pekerja yang berpendapatan RM4,000 dan ke bawah tanpa mengira pangkat layak untuk menerima bayaran overtime (OT) apabila diminta untuk bekerja lebih masa.

Tempoh Waktu Bekerja dan OT

Menurut Seksyen 60A (9), Akta Kerja 1955 mendefinisikan waktu-waktu kerja sebagai satu jangka masa di mana pekerja berada di bawah kegunaan majikan dan pekerja tidak bebas untuk menggunakan masanya untuk tujuan peribadi.

Antara syarat tempoh waktu kerja yang ditetapkan adalah:

  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 5 jam tanpa rehat sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Pekerja tidak boleh bekerja kurang daripada 8 jam sehari.
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih daripada 10 jam sehari berturut-turut.
  • Pekerja tidak boleh bekerja lebih 45 jam seminggu.

Pada seksyen sama turut dinyatakan jika majikan minta pekerja bekerja melebihi mana-mana waktu di atas, maka pekerja tersebut layak menuntut bayaran tambahan kerja lebih masa atau overtime (OT). Kini individu bergaji RM4,000 dan ke bawah juga boleh minta bayaran kerja lebih masa.

Namun, suka diingatkan terdapat had kerja overtime (OT) yang dibenarkan. Peraturan (Had Kerja Lebih Masa) 1980 menggariskan had kerja overtime (OT) untuk sebulan adalah 104 jam sahaja. Jika berlaku kes pekerja diminta bekerja lebih had masa dinyatakan, adukan isu tersebut ke Jabatan Tenaga Kerja.

Cara Kira Bayaran Overtime (OT)

Sebelum masuk cara mengira kadar bayaran overtime (OT) penting untuk difahami terlebih dahulu jenis-jenis kerja lebih masa yang melayakkan pekerja untuk menuntut bayaran tambahan.

Terdapat 3 jenis waktu kerja lebih masa yang dibenarkan untuk pekerja menuntut bayaran overtime (OT):

  • 1.5x ganda untuk Hari Biasa
  • 2.0x ganda untuk Hari Cuti Rehat
  • 3.0x ganda untuk Hari Cuti Umum

Bagi mengira kadar overtime (OT) perlu difahamkan terlebih dahulu formula pengiraan Ordinary Rate Pay (ORP) atau Kadar Bayaran Biasa dan Hourly Rate Pay (HRP) atau Kadar Bayaran Jam. Formulanya adalah seperti di bawah.

Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26

Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari

Contoh

Liyana bekerja sebagai Designer dengan jam bekerja 8 jam sehari, dan terima gaji sebanyak RM2,500 sebulan. Pengiraan ORP dan HRP adalah seperti berikut:

RM2,500 (Jumlah Gaji Bulanan) / 26 = RM96.15 (ORP)

RM96.15 (ORP) / 8 (Jam Bekerja Sehari) = RM12.01 (HRP)

Pada bulan September, Liyana membuat overtime (OT) 3 jam pada Isnin dan majikannya minta buat lagi 3 jam overtime (OT) pada Ahad. Liyana juga diminta bekerja 3 jam lagi pada 16 September (Hari Malaysia) Pengiraan overtime (OT) adalah seperti berikut:

RM12.01 (HRP) x 3 (Jam Bekerja OT) x 1.5 (Kadar Hari Biasa) = RM54.05

RM12.01 (HRP) x 3 (Jam Bekerja OT) x 2.0 (Kadar Hari Cuti Rehat) = RM72.06

RM12.01 (HRP) x 3 (Jam Bekerja OT) x 3.0 (Kadar Hari Cuti Umum) = RM108.09

Macam Mana Yang Bergaji Lebih RM4,000?

Kelayakan untuk menuntut bayaran overtime (OT) hanya terpakai kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah sahaja. Bagi pekerja yang bergaji lebih RM4,000 pula TIDAK LAYAK menuntut bayaran overtime (OT). Sebaliknya, pekerja boleh dapatkan cuti leave in lieu sebagai ganti.

Baca juga: Formula Kira Gaji Per Jam, Per Hari dan Per Bulan

Kesimpulannya, memahami pengiraan OT ini penting untuk pekerja dan majikan bagi memastikan bayaran yang dibuat mengikut kadar ditetapkan dan patuh kepada undang-undang.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

50 Comments

  • Aiman says:

    Bagaimanakah pengiraan ot bagi pekerja shift 12 jam sehari? Sebulan bekerja 15-16 hari.

    • Zahin Byond says:

      Pengiraan shift adalah sama iaitu perlu mendapatkan kadar OPR dan HPR baru ditambah pada jumlah OT pekerja.

      • Aidil Jaafri Bin Abdul Majid says:

        Saya hendak tahu Bagaimana pengiraan ot. Yg mana mula ya dari sabtu 5pm – 12am
        Ahad 12am – 12am
        Isnin 12am – 7am
        Sabtu 7 jam
        Ahad 24 jam
        Isnin 7 jam.
        Bagaimana pengiraan sebenarnya.

        • Zahin Byond says:

          Pengiraannya adalah berdasarkan formula:

          Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26
          Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari

          Kemudian ia akan didarabkan dengan jam bekerja OT tersebut.

  • Anis says:

    Normal waktu bekerja 8pagi sehingga 5petang. Majikan mengarahkan ot dari jam 5petang sehingga 2.30pagi. Sepanjang tempoh ot majikan mengarahkan untuk rehat selama 1jam. Adalah rehat sewaktu ot itu majikan perlu bayar?

    • Zahin Byond says:

      Tempoh waktu bekerja dibenarkan adalah tidak lebih 8 jam sehari dan jika OT tidak lebih 10 jam sehari. Selain itu tempoh waktu bekerja dibenarkan adalah tidak lebih 45 jam seminggu. Berkaitan OT pula majikan wajib membayarnya pada kadar OPR dan HRP.

  • dalilah rahimi says:

    Bagaimana pengiraan ORP dan HRP bagi yang bekerja 5hari seminggu dengan kadar gaji RM2000.00 sebulan.

    • Zahin Byond says:

      Dengan menggunakan formula berikut:

      Ordinary Rate Pay (ORP) = Jumlah Gaji Bulanan / 26

      Hourly Rate Pay (HRP) = ORP / Jam Bekerja Sehari

  • KS says:

    basic 2500 tp majikan kire OT ikut flat rate basic 1500 adakah ini dibenarkan?

  • LINDAH NAYAGAM says:

    MAJIKAN SAYA TAK BAYAR OT SELAMA SYA BEKERJA. .BOLEH KAH SAYA CLAIM HOURS

  • Khairul says:

    Saya Bergaji RM1500 sebulan, bekerja 6 hari seminggu dan tempoh bekerja 42 jam seminggu. Setiap Bulan
    Majikan saya menolak gaji saya sebanyak RM200 ringgit dengan alasan gaji saya dibayar mengikut hari. Ini bermaksud 1 hari yang saya cuti setiap minggu ditolak sebanyak RM50. persoalan saya boleh kah begitu mengikut akta yang telah ditetapkan?

  • Selvan says:

    Selamat Sejetera, jika saya semalam 10jam (Public Holiday). Adakah majikan perlu bayar untuk 10 jam atau kena tolak 1 jam untuk Break Hour?

  • Nurul says:

    basic saya 2700 tetapi majikan mengira ot saya dengan rate gaji 2000 sahaja. adakah ini dibenarkan?

  • shahrul says:

    Bagaimana pengiraan bagi pekerja pasar yang memerlukan pekerja bekerja hari-hari kecuali hari cuti yang telah dimaklumkan.

  • Mr.F says:

    Nak tanya kalau kerja hari ahad hr tempat saya ikut 8jam sehari gaji di tambah, lepas kerja atas 8 jam hari ahad baru lah di kira sejam X 2.0…betul ke kiraan macam tu? Dan contoh saya sehari bekerja normal 9 jam termasuk rehat, biasa ot sampai 7-10 jam sehari, balik kerja pun dalam 3-4 pagi, esok nye kalau masuk lambat dan ada ot dia akan kira start ot lepas 8 jam, jadi kalau saya masuk lambat 12 tengah hari, lepas pukul 9 malam baru kira ot, waktu normal kerja saya 10am-7pm,, mohon pencerahan tq

    • Zahin Byond says:

      Pengiraan OT tersebut adalah betul kerana OT dikira selepas waktu kerja normal 8 jam. Sementara untuk kes masuk lambat tersebut ia betul kerana OT hanya akan dikira selepas melebih tempoh 8 jam waktu bekerja sahaja.

  • anisah says:

    syarikat saya kira ot tpi tkde kirakan sekali 1.5/2.0/3.0, mcm mne ya?

  • Neyna says:

    Gaji saya rm2000. Kerja 6 hari seminggu. Waktu bekerja 9-6. Waktu bekerja 48jam seminggu.

    Majikan tidak mengambil cuti sultan Selangor. Saya di Selangor

    Haruskan majikan byr OT bila kita bekerja.

    Mula bekerja nov- 4 hari
    December – 1 bulan
    January – 8hari

    Bagaimana kita gaji saya

  • zaza says:

    jika bekerja dari pukul 8pagi – 6petang,5 hari seminggu dari isnin hingga jumaat, 9jam sehari, jika pada hari ahad bekerja dari pukul 8pagi hingga 7.30 petang, apakah kadar bayaran untuk 10 jam bekerja tersebut?

  • bella says:

    Company saya active dalam menjadi krew media, jadi akan ada staff yang buat OT dan masa selalunya adalah flexible. Apa pendapat/cadangan dalam pengiraan OT untuk krew media?

  • null says:

    saya dipanggil untuk bekerja pada hari ahad selama 4 jam (cuti hari rehat). saya bekerja 6 hari seminggu . Kiraan untuk gaji pada hari tersebut dikira ot atau “rest day pay’? maksudnya 1 hari gaji?

  • ahmad says:

    Salam, kalau saya gaji >rm4000, waktu bekerja saya sepatutnya 9am – 6pm, tapi boss kata kalau gaji lebih 4k, company boleh guna luar waktu bekerja tanpa ot.

    Soalan saya, ot x kisahlah tak boleh claim, tapi waktu bekerja tu mmg boleh ke company aktifkan kita sesukahati? Tiada garis panduan utk refer ke?

    Contoh ajak meeting 8pm. (padahal time siang ada masa)

    • Zahin Byond says:

      Betul, pekerja bergaji lebih RM4,000 tidak layak dapat bayaran OT. Tapi waktu bekerja masih sama iaitu 8 jam sehari jika pekerja diminta bekerja lebih masa maka pekerja itu layak dapat time off.

  • Suhana says:

    Anak Sy kerja shift Pg 7.30 Pg hingga 4.30 ptg..jika shift malam 12.30 tghari hingga 8.30 mlm..tapi mmg hari klu shift malam akan balik 9.00 mlm..adakah setengah jam tu blh dikira ot..jika kerja full..majikan minta utk kerja Dari 7.00 Pg hingga 9.00 mlm..sudah 14 jam adakah itu dibenarkan..Dan adakah blh dikira sbgai ot

    • Zahin Byond says:

      OT hanya dikira jika pekerja bekerja lebih masa selepas waktu kerja normal 8 jam. Tetapi perlu diingatkan bahawa tiada majikan yang dibenarkan untuk mengarahkan pekerja bekerja melebihi tempoh 12 jam dalam satu hari termasuk kerja lebih masa. Jadi 14 jam kerja ini adalah salah dan pekerja memang layak menerima OT.

  • syahdhan says:

    Kalau dalam seminggu bekerja 40 jam sahaja, isnin- jumaat 8am-5pm (8 jam). if majikan suruh staff OT after 5pm, still consider as OT ke? sebab tak cukup 45jam kadar bekerja yang ditetapkan. boleh ke majikan anggap OT tu sebagai waktu untuk pekerja cukupkan 45jam waktu bekerja seminggu tanpa perlu bayar OT?

    • Zahin Byond says:

      Ya, ia dianggap sebagai OT. Hal ini kerana penetapan kerja sehari mesti sekurang-kurangnya 8 jam dan jika majikan minta pekerja bekerja melebihi waktu tersebut maka pekerja layak mendapat bayaran OT. Bagi penetapan waktu kerja seminggu, Akta Kerja menetapkan tidak boleh lebih 45 jam sahaja.

  • Laila says:

    gaji saya basic pay rm1,600 bekerja isnin-jumaat 9 pagi – 6 petang. 45 jam seminggu. majikan akan kira ot selepas selesai bekerja 6pm tersebut selepas 10 minit pertama. bagaimana jumlah rm pengiraan ot mengikut minit? mohon pencerahan. terima kasih

  • Hanhb says:

    Tuan, Bagaimana kiraan ot jika ada majikan yang menggajikan pekerja 12 jam sehari? Lebih 12 jam keatas dikira overtime. Adakah kiraan ot bahagi 8 jam atau 12 jam?

  • Abang says:

    Salam sejahtera..
    Saya bekerja sebagai pemandu peribadi, adakala perlu jadi bodyguard..saya dibayar Basic RM2700 sebagai pemandu peribadi akan tetapi saya kerja driver cum bodyguard..
    Waktu kerja saya 9am-6pm tapi tidak menentu..kadang 8am-6am,5am-3am,9am-4pm..kadang cuti rehat dan umum kerja kurang dari 8jam..

    Soalan saya ada 2..
    •bagaimana kadar bayaran gaji sepatutnya di bayar sebab jawatan dipohon pemandu peribadi bukan bodyguard..tapi perlu kerja sebagai driver cum bodyguard?
    •bagaimana kadar kiraan OT saya yang tiada limit tu dan bagaimana kiraan yang kurang 8jam waktu kerja pada cuti rehat & umum?

    • Zahin Byond says:

      1. Perlu rujuk pada kontrak kerja. Dinasihatkan untuk lihat job description berkaitan pekerjaan terlebih dahulu. Jika diluar skop kerja maka boleh bincangkan kadar bayaran dengan majikan.

      2. OT hanya dikira selepas waktu kerja normal 8 jam sahaja. Untuk pekerja kontrak dinasihatkan untuk rujuk pada kontrak pekerjaan bagi mendapatkan kepastian.

  • Zul says:

    Tuan , saya bekerja sebagai operator , baru2 ini saya di minta untuk kerja pada hari ahad selama 2 jam sahaja. Untuk pengetahuan tuan , waktu kerja saya adalah Isnin-jumaat (Sabtu altenate) . Boleh tuan kongsikan formula pengiraan overtime pada hari ahad tersebut. Gaji saya Rm 1900.00. Kerjasama dari tuan amatlah saya hargai.

Leave a Reply