Skip to main content

Pembentangan Belanjawan 2025 menyaksikan beberapa penambahbaikan baharu untuk perlaksanaan bajet ekonomi negara pada tahun depan termasuk memperkenalkan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700.

Betul. Pengumuman mengenai kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 telah diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada sesi pembentangan belanjawan beliau yang ketiga pada 18 Oktober lalu.

Ini adalah beberapa inti pati utama yang dibentangkan pada Belanjawan 2025 yang bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’ serta pengumuman kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700.

Kadar Gaji Minimum Negara Terbaharu

kenyataan rasmi kenaikan kadar gaji minimum daripada belanjawan 2025 Malaysia Madani

Bagi pekerja terutamanya pasti berasa gembira dengan pengumuman terbaru yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan kadar gaji minimum negara daripada RM1,500 kepada RM1,700.

Sungguhpun begitu, kenaikan pada kadar gaji minimum ini hanya akan berkuat kuasa bermulai 1 Februari 2025 sementara untuk majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja diberi penangguhan selama 6 bulan dan ia berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025 nanti.

Seperti semua sedia maklum kadar gaji sebelum ini telah ditetapkan pada RM1,500, dan telah digazetkan pada Perintah Gaji Minimum 2022. Kini selepas 2 tahun ia dilihat bakal dinaikan kepada RM1,700 bagi menampung kos sara hidup semasa dihadapi negara.

Perincian dan sebarang maklumant lanjut mengenai kadar gaji minimum negara terbaharu ini akan diumukan pada masa terdekat.

Inti Pati Belanjawan 2025

logo belanjawan 2025 Malaysia Madani

Bagi yang terlepas pembentangan Belanjawan 2025 lalu atau ingin mengetahui mengenai sorotan utama yang digariskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau, ini adalah inti pati serta ringkasan yang dapat diambil.

Tidak kira sama ada anda pekerja ataupun majikan, penting untuk ambil maklum mengenai perkara-perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 ini. Ia menerangkan secara menyeluruh bekaitan gerak ekonomi negara pada tahun depan.

Suka diingatkan ini adalah ringkasan semata-mata dan sebarang rujukan lanjut serta menyeluruh adalah dinasihatkan untuk rujuk pada laman portal rasmi Kementarian Kewangan di bawah bahagian Belanjawan 2025.

  • Belanjawan 2025 memperuntukan RM421 bilion (belanjawan tertinggi pernah diumumkan) dengan RM335 bilion untuk belanja mengurus, RM86 bilion untuk belanja pembangunan dan tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.
  • Unjuran ekonomi negara dijangka berkembang antara 4.5% dan 5.5%.
  • Jangkaan kadar defisit 3.8% pada 2025 berbanding anggaran 4.3% pada 2024.
  • Cukai jualan tidak dikenakan pada barangan makanan asas.
  • Cukai jualan dikenakan pada barangan permium diimport seperti ikan salmon dan avokado.
  • War on Sugar, kadar duti eksais minuman bergula dinaikan 40 sen seliter bermula 1 Januari 2025.
  • Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dilaksanakan lebih progresif berkuat kuasa 1 Mei 2025.
  • Skop Cukai Perkhidmatan diperluas ke perkhidmatan komersial termasuk perniagaan seperti pekhidmatan kewangan berasaskan FI.
  • Cukai dividen dikenakan sebanyak 2% bagi pendapatan dividen melebihi RM10,000.
  • Pelepasan cukai bagi insurans pendidikan dan insurans perubatan dinaikkan pada RM4,000.
  • Pelepasan cukai perbelanjaan perubatan dinaikkan pada RM10,000.
  • Pelepasan cukai dari sumber luar negara dilanjutkan ke 31 Disember 2036.
  • Penyasaran subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.
  • Peningkatan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  • Bantuan STR kategori isi rumah akan dikreditkan sebanyak RM100 sebulan bermula April 2025.
  • Kadar baharu STR bagi kategori bujang dinaikan kepada RM600.
  • Caruman KWSP kepada pekerja asing diwajibkan.
  • Kerajaan beri kebebasan sepenuhnya untuk SPRM siasat dan ambil tindakan tegas bagi heret pesalah rasuah ke muka pengadilan.
  • Pendidikan berkaitan AI akan diperluas ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta tahun depan meningkat berbanding RM20 juta tahun ini.

Kesimpulannya, pembentangan Belanjawan 2025 dilihat menawarkan pelbagai perbelanjaan yang sarat dengan inisiatif untuk membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Tentunya sebagai pekerja dan majikan, sorotan utamanya adalah berkaitan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 dan pelepasan-pelesan cukai yang dibenarkan.

Oleh itu, penting untuk semua pihak mengambil maklum tentang perkara-perkara yang dibentangkan dalam Belanjawan 2025 ini, dan mengambil langkah betul untuk merealisasikan inisiatif yang diperkenalkan.

Automasikan Pengurusan Sumber Manusia Syarikat dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengiraan, pengagihan dan pentadbiran sumber manusia secara efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan sumber manusia syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi yang ditawarkan MySyarikat untuk bantu pengurusan, pengiraan dan pentadbiran pekerja dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply