Isu pembayaran secara prorata sering menjadi persoalan apabila pekerja mula bekerja atau berhenti kerja di pertengahan bulan atau tahun. Dalam keadaan ini, majikan berdepan dilema sama ada untuk membayar bonus atau elaun secara penuh atau dikira secara prorata berdasarkan tempoh sebenar perkhidmatan pekerja tersebut.
Jadi dalam artikel ini akan dihuraikan maksud bonus dan elaun serta menjawab persoalan sama ada bonus dan elaun ini wajar diproratakan atau tidak.
Apa Itu Bonus dan Elaun?
Bonus
- Bonus merupakan imbuhan tambahan yang biasanya diberikan oleh majikan sebagai ganjaran atas prestasi kerja, pencapaian sasaran, atau sebagai tanda penghargaan kepada pekerja.
- Perlu difahami bahawa bonus bukanlah satu kewajipan undang-undang, melainkan ia dinyatakan secara jelas dalam kontrak pekerjaan atau perjanjian bersama.
- Majikan bebas menentukan bentuk, kadar, dan kekerapan pemberian bonus sama ada tahunan, suku tahun, atau bayaran sekali sahaja (one-off).
Elaun
- Elaun merujuk kepada bayaran tambahan yang bersifat tetap dan menjadi sebahagian daripada gaji kasar bulanan pekerja.
- Ia meliputi pelbagai kategori seperti elaun makan, elaun perjalanan, elaun perumahan, dan lain-lain yang bergantung kepada peranan dan polisi syarikat.
- Elaun sering kali dianggap sebagai komitmen berterusan selagi pekerja berada dalam perkhidmatan.
Apa Maksud Prorata dan Bila Ia Digunakan?
Prorata merujuk kepada kaedah pengiraan yang mengambil kira tempoh sebenar seseorang pekerja berkhidmat dalam satu tempoh pembayaran tertentu. Ia biasanya digunakan untuk memastikan keadilan dalam pengagihan bayaran, terutamanya apabila pekerja tidak berada dalam organisasi untuk keseluruhan tempoh tersebut.
Bila Prorata Digunakan?
Pengiraan prorata lazimnya berlaku dalam situasi seperti:
- Pekerja mula bekerja pertengahan bulan.
- Pekerja berhenti kerja sebelum bulan atau tahun tamat.
- Pekerja mengambil cuti tanpa gaji yang panjang.
- Pekerja berstatus kontrak jangka pendek atau interim.
Penting: Pengiraan secara prorata dianggap satu amalan adil dan beretika kerana ia menyesuaikan bayaran dengan sumbangan sebenar pekerja dalam tempoh tersebut.
Bonus: Boleh atau Tidak Diprorata?
Dari sudut undang-undang buruh di Malaysia, bonus tidak dianggap sebagai kewajipan kecuali ia dinyatakan secara spesifik dalam kontrak pekerjaan atau perjanjian bersama (collective agreement).
Sekiranya tiada klausa berkaitan, majikan berhak untuk menentukan sama ada bonus diberikan, dan jika diberikan, bentuk dan pengiraannya adalah tertakluk kepada budi bicara mereka.
Kenapa Majikan Memilih untuk Prorata Bonus?
Majikan biasanya memilih untuk memproratakan bonus bagi pekerja yang:
- Baru menyertai syarikat selepas tahun kewangan bermula.
- Berhenti kerja sebelum akhir tempoh bonus.
- Bekerja sebahagian tahun atau kurang daripada 12 bulan penuh.
Contoh Pengiraan Bonus Prorata
- Bonus tahunan: RM6,000
- Tempoh bekerja dalam tahun tersebut: 7 bulan
- Tempoh bonus penuh: 12 bulan
Formula:
Bonus Prorata = (7/12)×RM6,000=RM3,500
Ini bermakna, pekerja yang hanya bekerja 7 bulan layak menerima RM3,500 sebagai bonus prorata, tertakluk kepada kelulusan dan dasar syarikat.
Elaun: Perlu Diprorata atau Tidak?
Elaun boleh dikategorikan kepada dua jenis utama:
- Elaun Tetap: Diberikan secara berkala tanpa mengira kehadiran penuh, contohnya elaun rumah, elaun makan.
- Elaun Tidak Tetap: Hanya diberikan jika memenuhi syarat tertentu, contohnya elaun kehadiran penuh, elaun outstation, atau elaun kerja malam.
Situasi Elaun Diprorata
Dalam beberapa keadaan, elaun tetap juga boleh diprorata, terutamanya apabila:
- Pekerja mula bekerja atau berhenti kerja di pertengahan bulan.
- Pekerja mengambil cuti tanpa gaji untuk tempoh tertentu.
- Pekerja berstatus kontrak jangka pendek dalam sistem bayaran bulanan.
Contoh Pengiraan Elaun Prorata
Katakan seorang pekerja menerima elaun tetap bulanan sebanyak RM600, tetapi hanya bekerja selama 15 hari dalam bulan tersebut (30 hari):
Elaun Proratan= (15/30) × RM600 = RM300
Pengiraan ini membantu memastikan pekerja hanya dibayar mengikut tempoh sebenar berkhidmat dalam bulan tersebut.
FAQ dan Kesalahan Umum Berkaitan Prorata
- Adakah Bonus dan Elaun Wajib Dibayar Penuh?
Tidak. Ramai pekerja menyangka bahawa bonus dan elaun mesti dibayar penuh, walaupun mereka hanya bekerja separuh bulan atau baru menyertai syarikat.
- Dalam Kontrak Tiada Sebut Pasal Prorata?
Selalunya dalam kontrak pekerjaan majikan jarang meletakkan klausa berkaitan prorata. Oleh itu, penting untuk memastikan kontrak disusun secara jelas, terperinci, dan mencerminkan dasar syarikat.
- Macam mana nak tahu kena prorata?
Semua polisi berkaitan pembayaran, termasuk pengiraan prorata, harus dijelaskan seawal mungkin lebih-lebih lagi semasa onboarding, pertukaran jawatan, atau penghujung tempoh perkhidmatan.
Baca juga: Cara Kira Gaji Prorata Untuk Majikan dan Pekerja
Kesimpulannya, prinsip utama amalan prorata adalah keadilan, bukan pemotongan hak. Ia memastikan ganjaran seperti bonus dan elaun diberikan secara adil berdasarkan tempoh sebenar sumbangan pekerja terhadap organisasi.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
