Skip to main content

Setiap tahun sama ada pada hujung tahun atau ketika menghampiri perayaan, normanya di Malaysia adalah kebanyakan syarikat akan berikan bonus hari raya ataupun bonus akhir tahun kepada pekerja.

Tujuan pemberian bonus ini adalah sebagai motivasi tambahan kepada pekerja untuk capai sasaran ditetapkan atau sebagai penghargaan atas kejayaan diperolehi. Pemberian bonus ini juga selalunya datang dalam bentuk sebulan gaji atau separuh daripada gaji pekerja.

Bonus Wajib Ke Di Beri Setiap Tahun?

Pada dasarnya pemberian bonus tidak disebut dalam Akta Kerja 1955 atau pada mana-mana buku undang-undang kerja di Malaysia. Sebaliknya, amalan pemberian bonus ini adalah hasil perjuangan kesatuan sekerja yang menegakkan hak penghargaan kepada pekerja.

Jadi berdasarkan kenyataan di atas majikan dari segi undang-undang tidak wajib untuk berikan bonus kepada pekerja setiap tahun. Namun, dari segi hak penghargaan pula majikan dinasihatkan untuk memberi imbuhan tambahan selain gaji kepada pekerja.

Antara imbuhan tambahan lain selain gaji yang majikan di Malaysia selalu berikan adalah,

  • Bonus : sejumlah penambahan upah (selalunya dalam bentuk wang tunai) yang diberikan kepada pekerja sebagai ganjaran atas prestasi kerja
  • Elaun : bayaran tambahan atau pembayaran wang ehsan yang diterima pekerja dan merupakan sebahagian daripada gaji bulanan 
  • Faedah : kelebihan tambahan yang diberikan syarikat dalam pelbagai bentuk (tidak semestinya wang) untuk dimanfaatkan pekerja 
  • Hadiah : sebarang pemberian khas secara berkala atau sekali (one off) kepada pekerja dalam pelbagai bentuk seperti wang atau keperluan lain

Hak Majikan Untuk Beri Bonus

Seperti yang dibincangkan atas, pemberian bonus ini adalah tidak wajib dan majikan berhak untuk tentukan sama ada untuk beri pekerja bonus atau tidak. Mudah kata pemberian bonus pada akhir tahun atau ketika perayaan bergantung kepada polisi syarikat.

Dan memandangkan tiada perundangan yang mewajibkan pemberian bonus di Malaysia, maka tiada juga penetapan jumlah minimum pemberian bonus yang perlu diberikan kepada pekerja. Segala-galanya bergantung kepada polisi syarikat semata-mata.

Contohnya, syarikat A sering berikan bonus kepada pekerja sebanyak RM500 setiap tahun pada musim perayaan. Namun, akibat penurunan prestasi pada tahun ini syarikat A putuskan untuk tidak berikan bonus RM500 kepada pekerja.

Pada kes seperti ini majikan memiliki hak untuk tidak berikan bonus kepada pekerja kerena tiada perundangan khas yang yang mengatakan kewajipan berikan imbuhan tambahan tersebut. Oleh itu, pekerja juga perlu faham akan hak majikan untuk tidak berikan bonus ini.

Jadi Kenapa Bonus Selalu Ditawarkan Untuk Tarik Perhatian Pekerja?

Antara faktor utama mengapa bonus sering ditawarkan majikan dalam menarik pekerja untuk bekerja dengan syarikat adalah,

  • Tingkatkan semangat dan motivasi pekerja untuk bekerja
  • Ganjaran untuk pekerja mencapai sasaran ditetapkan
  • Penambahan imbuhan pada gaji asas pekerja
  • Menunjukkan penghargaan kepada pekerja
  • Memastikan penawaran setimpal dengan nilai pasaran

Selain daripada tujuan di atas, terdapat sesetengah syarikat juga memberikan bentuk bonus yang lain kepada pekerja seperti berikut:

  1. Bonus Kesetiaan : pemberian bonus kepada pekerja yang kekal bekerja dengan syarikat sebagai ganjaran kesetiaan 
  2. Bonus Rujukan : pemberian bonus kepada pekerja yang membantu syarikat dengan membawa pekerja baru menyertai mereka
  3. Bonus Percutian : pemberian cuti tambahan sebagai tukar ganti wang kepada pekerja untuk menunjukan penghargaan 
  4. Bonus Perkongsian Keuntungan : pemberian bonus hasil daripada keuntungan yang dicapai syarikat pada tahun tersebut

Akan tetapi suka diingatkan bahawa pemberian bonus ini bergantung kepada polisi syarikat semata-mata. Majikan berhak untuk berikan atau tidak bonus kepada pekerja dan pekerja juga perlu fahami hak mereka.

Automasikan Pemberian Bonus dan Gaji Dengan MySyarikat 

Adakah anda alami masalah agihan gaji dan pemberian bonus serentak kerana perlu buatnya secara manual? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk automasikan pengiraan dan agihan gaji dengan MySyarikat!

MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.

Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!

Leave a Reply