Antara cabaran terbesar yang dihadapi mana-mana syarikat adalah untuk mengekalkan tenaga kerja (employee retention). Apabila ada pekerja tinggalkan syarikat, majikan perlu cari pekerja baru untuk mengisi jawatan tersebut, maka bermulalah proses merekrut pekerja.
Tetapi pada sesetengah kes terdapat pekerja yang tinggalkan syarikat kemudiannya bekerja semula dengan majikan sama selepas berhenti (rehired). Kes ini dipanggil Boomerang Employee, di mana pekerja kembali semula selepas berhenti atau majikan ambil semula pekerja yang berhenti.
Secara dasarnya apabila pekerja berhenti mereka selalunya tidak akan kembali semula ke majikan sama dan kebanyakan syarikat juga memiliki polisi anti-rehired, tetapi Boomerang Employee masih terjadi lebih-lebih lagi semasa tahun 2022 lalu.
Fahami Boomerang Employee
Menurut definisi, Boomerang Employee adalah pekerja yang meninggalkan syarikat atas sebab peribadi atau profesional kemudian kembali bekerja semula dengan majikan yang sama. Boleh jadi pekerja itu dapat semula jawatannya sebelum ini atau jawatan baru.
Contoh Boomerang Employee adalah mendiang Steve Job yang kembali semula ke Apple selepas meninggalkan syarikat yang beliau tubuhkan itu. Walaupun contoh ini sebenarnya kurang tepat tetapi ia mengambarkan situasi rehired dengan mudah.
Contoh lain untuk mengambarkan lagi situasi Boomerang Employee ini adalah syarikat penerbangan tambang murah negara, Capital A mengambil semula pekerja-pekerja yang terpaksa diberhenti semasa pandemik tahun 2020.
Suka untuk dimaklumkan bahawa Boomerang Employee merujuk kepada pekerja yang baru tinggalkan syarikat dalam beberapa bulan sebelum kembali bekerja dengan majikan yang sama. Mereka yang kembali semula bekerja selepas 10 tahun tidak dikira sebagai Boomerang Employee.
Kelebihan Boomerang Employee
Terdapat banyak sebab terjadinya Boomerang Employee atau rehired oleh pihak majikan. Walaupun pada dasarnya Boomerang Employee kedengaran seperti sesuatu yang negatif, ia memiliki kelebihannya tersendiri.
Antara manfaat Boomerang Employee adalah,
- Majikan dapat jimatkan kos perbelanjaan dan masa untuk mencari pekerja baru
- Majikan tidak perlu bimbang untuk latih pekerja baru atau menghantar pekerja ke kursus
- Majikan terima manfaat dari segi pengalaman dan kemahiran pekerja
- Majikan dapat sampaikan mesej kepada pekerja sedia ada tentang prestasi syarikat
- Pekerja sudah mengetahui selok-belok perniagaan syarikat
- Pekerja dapat bekerja dalam suasana yang selesa dan dikenali
- Dinamik kerja antara pekerja mudah terbina
- Pekerja tidak perlu ambil masa lama untuk mengenali tugasan kerja yang diberi
Cara Ambil Boomerang Employee
Jika anda sebagai majikan mahu mengambil Boomerang Employee terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Tentunya pengambilan Boomerang Employee ini mesti dalam kalangan bekas pekerja yang tinggalkan syarikat dengan cara baik.
Prosedur pengambilan Boomerang Employee adalah seperti berikut:
- Lihat sebab kenapa pekerja berhenti kerja suatu masa dahulu
Penting untuk majikan tahu sebab kenapa pekerja berhenti suatu masa dahulu dan boleh memperbaiki kelemahan syarikat bagi memastikan pekerja itu kekal lama.
- Lihat sebab kenapa pekerja ingin kembali bekerja dengan syarikat
Sesetengah kes pekerja ingin bekerja kembali semula dengan majikan adalah mungkin disebabkan perlu pekerjaan atau memiliki hasrat lain yang negatif.
- Lihat jika pekerja ada masalah dengan mana-mana pekerja dalam syarikat
Sebelum mengambil balik mana-mana pekerja yang sudah berhenti, penting untuk majikan kenal pasti jika mereka ada masalah dengan rakan sekerja lain. Pastinya kita tak nak berlaku kes pekerja semasa pula berhenti.
- Lihat kemahiran baru yang pekerja peroleh selepas berhenti bekerja dengan syarikat
Tentunya, majikan mahukan pekerja yang memiliki kemahiran baru atau lebih tinggi untuk bekerja dengan syarikat. Dan ini terguna pakai juga untuk Boomerang Employee.
- Lihat matlamat pekerja yang ingin kembali bekerja semula untuk jangka masa panjang
Satu risiko besar apabila ambil semula pekerja yang sudah berhenti adalah kemungkinan untuk pekerja itu berhenti sekali lagi besar. Oleh itu, majikan perlu ambil maklum matlamat jangka panjang Boomerang Employee itu.
Pengurusan Boomerang Employee dan Pekerja Baru Dengan Sistem MySyarikat
Kesimpulannya, tidak menjadi kesalahan untuk majikan rehired pekerja yang sudah berhenti dan tiada salah untuk pekerja kembali semula bekerja untuk syarikat lama. Asalnya ia memenangkan kedua-dua belah pihak.
Mengambil Boomerang Employee terdapat kelebihannya tersendiri tetapi mengambil pekerja baru juga ada manfaat kepada syarikat. Segala keputusan terletak di tangan majikan dan proses pengambilan pekerja mesti mengikut penetapan yang ditetapkan.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!