Bayangkan setiap hari pergi kerja dengan perasaan gelisah, rasa burnout dari segi emosi dan mental. Motivasi kerja hilang, dan prestasi merundum. Dalam situasi ini ramai tertanya jika terasa burnout bolehkah dapatkan cuti sakit (MC) atau kena gunakan cuti tahunan (AL)?
Jangan risau, artikel ini akan menerangkan sama ada burnout kerja layak dapat MC ataupun pekerja perlu bergantung kepada AL mereka demi menjaga kesihatan diri!
Apa itu Burnout Kerja?
Burnout merujuk kepada keadaan keletihan fizikal, emosi, dan mental akibat stres kerja berpanjangan yang gagal diuruskan dengan baik. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikannya sebagai sindrom klinikal akibat tekanan kerja kronik dalam ICD-11.
Tanda-tandanya burnout kerja ini termasuk:
- rasa lesu setiap hari
- sinis terhadap tugas
- hilang tumpuan
- prestasi menurun.
Mudah kata, burnout ini ialah isu kesihatan yang serius dan jika tidak ditangani dengan betul ia bukan sahaja memberi kesan kepada individu itu tetapi juga boleh menjejaskan produktiviti syarikat secara keseluruhan.
Adakah Burnout Diiktiraf Sebagai Sebab Sah untuk MC?
Jawapannya ya namun tidak semudah itu. Secara prinsipnya burnout kerja boleh diiktiraf sebagai alasan sah untuk MC jika tahap burnout tersebut menjejaskan kesihatan pekerja sehingga tidak mampu bekerja seperti biasa.
Menurut Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan garis panduan KKM, sijil cuti sakit (MC) ialah dokumen perubatan rasmi yang mengesahkan seseorang tidak sihat untuk bekerja pada tempoh tertentu. MC hanya dikeluarkan oleh pengamal perubatan bertauliah setelah pemeriksaan, apabila keadaan kesihatan pesakit memang memerlukan rehat daripada tugas pekerjaan.
Balik semula kepada persoalan di atas, perlu difahami bahawa tiada kategori MC khas untuk ‘MC burnout’. Sebaliknya doktor biasanya akan mengklasifikasikan keadaan pesakit berdasarkan simptom atau diagnosis perubatan barulah boleh diberikan MC.
Contohnya, burnout mungkin datang dengan simptom fizikal seperti sakit kepala teruk, gastrik akibat stres, insomnia atau mental seperti kerisauan melampau atau panik, maka doktor boleh mendiagnosis masalah yang berkaitan dan mengeluarkan MC berdasarkan diagnosis klinikal tersebut.
Adakah Akta Kerja Benarkan Ambil MC Ketika Burnout?
Dalam perspektif undang-undang kerja, tiada peruntukan khas untuk ‘cuti kesihatan mental’ dalam mana-mana pindaan buat masa ini. Oleh itu, burnout dan stres kerja tergolong di bawah cuti sakit biasa jika pekerja mendapat pengesahan doktor tidak sihat untuk bekerja.
Lantaran itu, pihak berkuasa dan pakar yang menyedari akan kekurangan ini telah mencadangkan agar cuti kesihatan mental dimasukkan dalam pindaan Akta Kerja 1955, setara dengan cuti sakit biasa. Namun selagi pindaan itu belum wujud, MC sedia ada meliputi semua jenis sakit sama ada fizikal atau mental.
Bilakah Perlu Guna Cuti Tahunan Jika Burnout?
Meskipun burnout boleh dijadikan sebab untuk MC, terdapat situasi di mana pekerja mungkin perlu menggunakan cuti tahunan (AL) atau cuti selain MC. Antara situasi tersebut termasuklah:
- Doktor tidak mengeluarkan MC
- Burnout belum mencapai tahap memudaratkan kesihatan
- Keadaan mendesak tetapi tidak sempat mendapatkan MC
- MC sudah habis kuota atau burnout memerlukan rehat panjang
- Polisi syarikat mengenai cuti sakit mental
Intinya, dapatkan MC jika burnout anda benar-benar menjejaskan kesihatan. Namun, jika doktor tidak mengesahkan anda sakit, atau anda sendiri sedar perlukan rehat sebelum jatuh sakit, maka gunakanlah cuti tahunan yang ada.
Bolehkah Doktor Keluarkan MC untuk Diagnosis Klinikal?
Ya, doktor boleh mengeluarkan MC untuk penyakit klinikal seperti depresi ataupun anxiety selepas diagnosis dan penilaian dilakukan. Tujuan MC adalah memberi anda rehat supaya tidak memudaratkan kesihatan diri.
Baca juga: Cara Tuntut MC Dari PERKESO
Kesimpulannya, doktor boleh selepas melakukan penilaian mengeluarkan MC jika anda mengalami burnout kerja yang menjejaskan kesihatan diri dan prestasi kerja. Burnout awal yang dirawat mungkin boleh mencegah depresi atau masalah yang lebih serius.
Saranannya di sini adalah anda perlu mengenal pasti simptom-simptomnya dan menguru tugasan kerja dengan bijak lagi mengelakkan stres yang melampau.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







