Skip to main content

Memang sudah jadi kebiasaan pekerja minta sijil cuti sakit atau Medical Certificate (MC) dari pegawai kesihatan selepas pergi ke klinik sebagai bukti ketidakhadiran kepada majikan.

Selalunya juga MC diberi bagi tujuan claim kos perubatan, tapi bergantung kepada peruntukan syarikat. Setiap syarikat ada tetapkan polisi jumlah claim kos perubatan yang berbeza-beza.

Tetapi tahukah anda yang pencarum PERKESO juga boleh claim MC atau cuti sakit sehingga 80% daripada gaji harian untuk tempoh 4 hari bercuti!

Tuntut MC Dari PERKESO

Sebenarnya di bawah Skim Bencana Pekerjaan (Employment Insurance Scheme atau EIS) dan Skim Keilatan (Invalidity Scheme) PERKESO, pekerja boleh claim bayaran untuk MC sekiranya terlibat dalam kemalangan.

Telah digariskan di bawah Skim Bencana Pekerjaan bahawa pekerja boleh buat tuntutan kepada PERKESO jika,

  • Diberhentikan kerja atas sebab-sebab yang ditetapkan
  • Waris akan menerima jumlah tuntutan jika pekerja meninggal dunia
  • Terlibat dalam kemalangan atau cuti sakit (MC)

Ini bermakna pencarum PERKSESO layak terima manfaat Skim Bencana Pekerjaan jika berlaku kemalangan termasuk MC selagi belum berusia 60 tahun.

Namun, perlu difahamkan bahawa terdapat syarat situasi tertentu yang bolehkan pekerja buat claim pada Skim Bencana Pekerjaan untuk kemalangan atau MC. Syarat-syarat tersebut adalah,

  • Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumah
  • Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan melakukan tugasan di luar
  • Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat rehat (lunch hour) 
  • Kemalangan berlaku ketika berada berdekatan atau di tempat kerja

Selain itu, di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara PERKESO pekerja juga boleh claim bayaran kos MC sehingga 80% daripada jumlah gaji harian.

Syarat untuk menuntut manfaat Faedah Hilang Upaya Sementara adalah seperti berikut:

  • Tempoh cuti sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemelaangan dan disahkan pegawai kesihatan
  • Bayaran tidak terpakai pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji
  • Penyakit mesti berpunca dari kawasan kerja seperti pencemaran bahan kimia di tempat kerja

Mudah kata sebarang penyakit atau kemalangan yang berlaku di tempat kerja sehingga sebabkan pekerja hilang keupayaan bekerja buat sementara waktu layak untuk tuntut Faedah Hilang Upaya Sementara. Rujukan lanjut boleh di buat pada PERKESO.

Cara buat Tuntutan Kepada PERKESO

Sekarang sudah tiba masa untuk belajar cara claim MC dari PERKESO. Suka diingatkan untuk buat tuntutan, pekerja mesti berdaftar sebagai ahli PERKESO. Rujukan cara mendaftar PERKESO telah diterbitkan sebelum ini.

Kelayakan untuk anda claim faedah MC dari PERKESO adalah seperti berikut:

  1. Pekerja perlu memiliki sijil cuti sakit yang telah disahkan oleh pegawai kesihatan
  2. Pekerja mesti yang ingin menuntut faedah MC perlu patut syarat situasi yang dinyatakan di awal artikel
  3. Pekerja perlu muat turun dan lengkapkan borang Bayaran Ganti Belanja (BGB) di laman PERKESO
  4. Jika pekerja alami kemalangan yang memerlukan cuti selama 4 hari berturut-turut atau lebih, pekerja boleh claim bantuan Faedah Hilang Upaya Sementara

Sungguhpun begitu, pekerja perlu diingatkan di bawah Akta Kerja 1955 ada dinyatakan peruntukan jumlah cuti sakit yang layak pekerja dapat bergantung pada tahun perkhidmatan.

Pekerja juga dinasihatkan untuk tidak beri MC palsu kepada majikan ataupun bagi tujuan claim dengan PERKESO. Ia bukan sahaja salah dari segi etika tetapi juga salah di sisi perundangan.

Bagi sebarang fahaman lanjut untuk tuntutan serta syarat-syarat PERKESO boleh dirujuk pada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau layari terus laman sesawang PERKESO.

Sebelum anda buat sebarang claim untuk MC dengan PERKESO, ingat untuk kenal pasti terlebih dahulu syarat situasi dan kelayakan agar proses tuntutan yang dibuat akan berjalan lancar.

Leave a Reply