Skip to main content

Human Resource Development Corporation (HRD Corp) merupakan sebuah badan berkanun yang diselia bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA). Berdasarkan penetapan Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 (Akta PSMB), ia melaksanakan inisiatif latihan yang boleh dituntut bagi membantu pekerja mengembangkan kemahiran mereka.

Menariknya di sini syarikat-syarikat yang berdaftar dengan HRD Corp boleh memohon dana untuk tujuan menghantar pekerja mereka menjalani latihan berkembangan kemahiran secara percuma.

Apa Itu Dana HRD Corp?

Dana HRD Corp merujuk kepada dana yang disediakan untuk menyokong pembangunan pekerja dalam tenaga kerja Malaysia. Sebagai sebahagian daripada usaha sama bersama KESUMA, inisiatif ini menyokong majikan dalam melaksanakan program latihan berkualiti sambil mengurangkan halangan kewangan.

Siapa Yang Layak Untuk Dana HRDC?

  • Majikan: Syarikat yang berdaftar dengan HRDC dan menyumbang kepada levi.
  • Pekerja: Individu yang mencari peluang peningkatan kemahiran melalui majikan mereka.
  • Penyedia Latihan: Organisasi yang menawarkan program latihan yang diluluskan oleh HRDF.

Akses Kursus Latihan HRD Corp

HRD Corp menawarkan pelbagai akses kepada latihan untuk beberapa bidang berbeza. Setiap latihan ini juga dirangka dengan teliti untuk bersesuaian dengan keperluan tenaga kerja semasa negara dan menyediakan pekerja dengan cabaran dunia pekerjaan masa hadapan.

1. Kemahiran Teknikal & Vokasional

Kursus latihan ini adalah untuk mereka yang memerlukan kemahiran tertentu seperti dalam bidang kejuruteraan, IT, penjagaan kesihatan dan industri teknikal. Ia berfokus kepada kemahiran langsung (fisrt hand experience) dan kemahiran teknikal lain.

2. Kemahiran Pengurusan & Kepimpinan

Kursus latihan ini memberi penekanan kepada penghasilan pemimpin dalam kalangan pekerja itu sendiri. Melalui perancangan strategi, pengurusan berpasukan, penyelesaian masalah dan pembuat keputusan ia dirangka khas untuk bantu pekerja menguruskan hubungan pekerjaan dengan lebih baik.

3. Kemahiran Soft Skill

Kursus latihan ini bertujuan untuk membantu perkembangan kerjaya pekerja dalam bidang yang diceburi melalui penekanan terhadap kemahiran insaniah. Ia memitik beratkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, keyakinan diri (interpersonal) dan pemikiran kreatif.

4. Latihan Berasaskan Industri Tertentu

Kursus latihan ini direka berdasarkan sektor-sektor tertentu seperti pembuatan, perhotelan, perbankan, dan banyak lagi. Ia bertujuan untuk menyediakan pekerja dengan kemahiran baru atau releven yang diperlukan dalam sesuatu industri tersebut.

Kelebihan Kurus Latihan HRD Corp

Terdapat banyak manfaat pekerja hadiri kursus latihan yang dianjurkan HRD Corp ini. Selain itu, para majikan juga dapat kelebihan apabila mendaftar syarikat, menghantar pekerja dan menuntut dana bersama dengan HRD Corp.

  • Pekerja Jadi Lebih Kompeten: Tujuan utama pekerja hadiri kursus latihan HRD Corp adalah untuk memastikan mereka kekal kompeten, dan memastikan output yang dihasilkan syarikat lebih tinggi.
  • Kemahiran Baru dan Releven: Memastikan pekerja dikemas kini dengan kemahiran yang kekal releven dengan industri yang diceburi dan menjamin perkembangan kerjaya yang lebih besar.
  • Kekal Berdaya Saing: Dengan pergerakan dunia perniagaan dan arus ekonomi perdana yang berubah-ubah, penyertaan pekerja dalam kursus latihan ini akan memastikan syarikat memiliki pekerja berkualiti untuk kekal berdaya saing.
  • Dana Boleh Dituntut: Majikan boleh menuntut kos perbelanjaan menghantar pekerja dengan HRD Corp melalui dana yang dicarum setiap bulan.
  • Program Khas Untuk SME: Pemilik SME boleh perolehi akses kepada latihan berkualiti dan berkemahiran tinggi yang disediakan khas oleh HRD Corp untuk membantu perkembangan perniagaan.

Dapatkan MySyarikat Dengan Dana HRD Corp Anda!

Dalam pada itu, tahukah anda bahawa kini anda boleh menggunakan dana HRD Corp untuk dapatkan sistem MySyarikat?

Ya, betul! Kini anda boleh menggunakan dana HRD Corp yang dicarum untuk mendapatkan sistem lengkap MySyarikat. Anda boleh memperolehi semua feature lengkap seperti fungi pengurusan panggajian, pengurusan cuti dan tuntutan, akses kepada sistem merekod kehadiran yang innovatif, sistem memproses KPI, jadual kerja shift dan sistem pendahuluan gaji pekerja, GajiNow!

Jom manfaatkan penggunaan dana HRD Corp anda untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Klik BOOK NOW untuk tempah slop temujanji secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon
pengiraan levy/cukai/dana hrd corp
CukaiFakta HR

Pengiraan Levy HRD Corp

Zahin ByondZahin ByondNovember 20, 2024

Leave a Reply