Skip to main content

Adakah anda seoarang pegawai HR atau majikan yang sering bergelut untuk menguruskan proses cuti dan tuntutan pekerja? Jika jawapannya, ya, maka MySyarikat ada menawarkan penyelesaian terbaik untuk anda.

Untuk pengetahuan anda sistem MySyarikat sememangnya direka khas untuk membantu memudahkan proses pengurusan seperti memohon cuti, meluluskan permintaan cuti pekerja, serta mengurus proses tuntutan dengan pantas. 

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan cara bagaimana untuk menggunakan feature Leave dan Claim Management MySyarikat, langkah-langkah penggunaannya, dan manfaat yang anda boleh terima dengan feature ini.

Kenapa Perlu Guna MySyarikat?

Penggunaan sistem pengurusan automasi seperti MySyarikat memberikan pelbagai kelebihan, termasuk:

  1. Memudahkan Pengurusan
  • Tidak perlu lagi bergantung pada borang manual atau komunikasi e-mel yang berselerak. Dengan MySyarikat, semua maklumat tentang cuti dan tuntutan disimpan dalam satu platform yang teratur.
  1. Ketelusan Data
  • Anda boleh memeriksa baki cuti, status permohonan, atau tuntutan anda pada bila-bila masa tanpa perlu bertanya kepada HR.
  1. Menjimatkan Masa
  • Dengan beberapa klik sahaja, anda boleh menyelesaikan permohonan cuti atau menghantar tuntutan tanpa perlu melalui proses yang rumit.
  1. Akses Mudah
  • Reka bentuk mesra pengguna membolehkan sesiapa sahaja, termasuk yang kurang mahir teknologi, menggunakan aplikasi ini dengan mudah.

Feature Leave Management

Feature Leave Management – MySyarikat direka untuk memberikan pengalaman yang lebih lancar untuk pekerja dan majikan. Ia membantu mempermudahkan proses permohonan cuti, kelulusan, dan rekod pengurusan cuti pekerja.

Antara fungsi utamanya adalah,

  • Permohonan Cuti
    • Pekerja boleh menghantar permohonan cuti secara langsung melalui aplikasi, sama ada untuk cuti tahunan, cuti sakit, atau cuti kecemasan.
  • Kalendar Cuti
    • Majikan dan pekerja boleh melihat kalendar untuk memantau siapa yang sedang bercuti, mengelakkan pertindihan.
  • Laporan Baki Cuti
    • Sistem ini akan menunjukkan baki cuti yang tinggal, supaya pekerja dapat merancang dengan lebih baik.

Cara Guna Leave Management MySyarikat

  1. Buka aplikasi MySyarikat
  2. Tekan pada bahagian ‘Leave
  3. Semak jenis cuti pada bahagian ‘Leave Balance
  4. Piliha jenis cuti yang ingin dimohon pada bahagian ‘Leave Type
  5. Isikan maklumat yang diperlukan pada bahagian ‘Leave Reason‘ dan tekan ‘Apply Now
  6. Bagi cuti sakit anda boleh muat naik dokumen sokongan seperti sijil MC pada bahagian ‘Supporting Document
  7. Tekan ‘Apply Now

Feature Claim Management

Selain mengurus cuti, MySyarikat juga menawarkan kemudahan untuk mengurus tuntutan pekerja. Sama ada anda perlu menuntut kos perjalanan, makan, atau pembelian berkaitan kerja, semuanya boleh dilakukan dengan pantas.

Antara fungsi utamanya adalah,

  • Hantar Tuntutan Secara Digital
    • Tiada lagi resit yang hilang! Anda hanya perlu muat naik gambar resit sebagai bukti semasa membuat tuntutan.
  • Proses Kelulusan Mudah
    • Majikan boleh menyemak dan meluluskan tuntutan dengan hanya beberapa klik.
  • Rekod Simpanan Automatik
    • Semua tuntutan yang dihantar akan disimpan dalam sistem untuk rujukan masa depan.

Cara Guna Claim Management MySyarikat

  1. Buka app MySyarikat
  2. Tekan pada bahagian ‘Claim’ dan kemudian ‘Expenses Claim
  3. Isikan butiran seperti tarikh, jenis tuntutan, jumlah tuntutan, dan sebab tuntutan
  4. Muat naik dokumen sokongan seperti gambar resit
  5. Tekan ‘Apply Now

Tips untuk Maksimumkan Penggunaan MySyarikat

Untuk memastikan anda menggunakan aplikasi ini dengan berkesan, berikut adalah beberapa tips berguna:

  • Kemaskini Maklumat Secara Berkala
    • Pastikan anda mengemaskini maklumat peribadi, seperti alamat e-mel atau nombor telefon, agar tidak terlepas sebarang pemberitahuan penting.
  • Sahkan Bukti Tuntutan
    • Semasa menghantar tuntutan, pastikan semua dokumen yang dilampirkan jelas dan lengkap. Ini akan mempercepatkan proses kelulusan.
  • Manfaatkan Sokongan Pelanggan
    • Jika anda menghadapi masalah teknikal, hubungi pasukan sokongan pelanggan MySyarikat yang sentiasa bersedia membantu.

Jika syarikat anda belum menggunakan MySyraikat, inilah masanya untuk dapatkan sistem HRMS kami. Muat turun aplikasi MySyarikat pada App StoreGoogle Play, atau App Gallery

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

Leave a Reply