Setakat kini aplikasi sistem pengurusan sumber manusia atau human resource management system (HRMS) MySyarikat telah digunakan oleh lebih daripada 12,000 pengguna di sekitar Malaysia, Singapura dan Brunei.
Ini menunjukkan aplikasi MySyarikat menjadi pilihan utama dalam menguruskan perihal bahagian sumber manusia (HR), dan diyakini oleh sejumlah besar syarikat-syarikat di serantau Malaysia.
Kebolehcapaian aplikasi MySyarikat yang merentasi platform, boleh digunakan pada peranti pintar dan komputer, bukan sahaja mudah digunakan tetapi juga mesra pengguna dan menawarkan harga yang kompetitif.
Oleh itu, artikel kali ini akan memberi panduan cara mendaftar dan log masuk (login) aplikasi MySyarikat untuk para majikan, pegawai HR dan pekerja di luar sana.
Daftar dan Login MySyarikat
MySyarikat adalah sebuah perisian HRMS yang menawarkan platform intuitif kepada pegawai HR, majikan dan pekerja untuk segala pengurusan serta pentadbrian syarikat.
Fungsinya merangkumi segala aspek tugasan yang diperlukan syarikat seperti pembayaran gaji; permohonan cuti; tuntutan perbelajaan dan percukaian; membuat pengumuman; dan merekod kehadiran pekerja.
Aplikasi MySyarikat boleh dimuat turun secara percuma di dalam gedung atas talian seperti App Store, Google Play Store dan App Gallery, atau boleh layari terus pada laman utama MySyarikat.
Sebaik membuka aplikasi MySyarikat, majikan atau pegawai HR boleh mula mendaftar dengan klik butang ‘Sign Up’ kemudian isikan butiran yang diminta. Proses pendaftaran ini sangat mudah dan pantas, jika ada sebarang persoalan pasukan sokongan kami bersedia untuk bantu.
Untuk pendaftaran kali pertama majikan atau pegawai HR perlu mengesahkan pembukaan akaun dengan mengikuti arahan ‘verification’ yang dihantar melalui emel. Bagi yang sudah memiliki akaun majikan atau pegawai HR hanya boleh klik butang ‘Login’ untuk log masuk.
Bagi para pekerja yang menggunakan peranti pintar seperti smartphone, anda boleh tekan butang ‘Login’ sebaik membuka aplikasi. Pekerja kemudian perlu mengisi username dan password yang diberikan majikan untuk pengaktifan akaun buat kali pertama.
Selepas selesai verify, majikan atau pegawai HR perlu melengkapkan butiran syarikat seperti alamat, nombor pendaftaran syarikat, maklumat perbankan, maklumat pekerja, butiran KWSP, SOCSO, LHDN dan memuat naik gambar logo syarikat jika ada.
Seterusnya, sistem MySyarikat akan meminta majikan atau pegawai HR melengkapkan pula tetapan (setting) untuk fungsi utama aplikasi seperti bahagian permohonan cuti, department kerja dalam syarikat, makluman notifikasi pengumuman dan sistem kehadiran pekerja.
Antara fungsi menarik MySyarikat adalah kebolehan untuk merekod kehadiran pekerja melalui selfie. Fungsi inovatif, pertama dalam arena HRMS di Malaysia, telah diperkenalkan untuk menggantikan sistem punch-card dan thumbprint yang lebih memudahkan.
Pekerja hanya perlu mengambil selfie dengan aplikasi MySyarikat pada smartphone, semak lokasi serta masa dan tekan ‘Submit’. Sistem kemudian akan autmasikan rekod kehadiran dan gaji pekerja untuk pihak majikan atau pegawai HR.
Menariknya lagi, majikan atau pegawai HR dan pekerja tidak perlu bimbang kerana segala rekod akan disimpan secara pengawanan (clouding) yang akan memastikan keselamatan daripada risiko kehilangan data.
Bagi proses menambah pekerja ke dalam sistem MySyarikat, majikan atau pegawai HR boleh klik pada butang ‘Employee’ di bawah bahagian Adminstration muka utama aplikasi. Tekan pada butang ‘Add New User’ kemudian isi maklumat pekerja satu persatu.
Atau majikan dan pegawai HR boleh tekan pada butang ‘Import User’ yang akan memberikan templat untuk kemudahan mengisi data pekerja dalam kuantiti banyak. Selepas mengisinya majikan atau pegawai HR boleh tekan butang ‘Upload’ dan sistem akan jananya secara automatik.
Ini hanya sebahagian daripada kelebihan menggunakan MySyarikat! Kemampuan sistem HRMS kami untuk mengautomasikan segala urusan dapat membantu syarikat anda berkembang dengan lebih besar.
Untuk tutorial lebih lanjut, anda boleh lihat video di bawah.
Nak automasikan pengurusan HR? MySyarikat kan ada!