Skip to main content

Pengurusan gaji pekerja adalah elemen penting dalam operasi syarikat kecil dan sederhana (SME). Tanggungjawab ini bukan sahaja memastikan pekerja menerima bayaran tepat pada masanya tetapi juga memastikan pematuhan kepada undang-undang buruh di Malaysia.

Jika diuruskan dengan baik, ia boleh meningkatkan kepercayaan pekerja terhadap majikan dan membantu kelancaran operasi perniagaan. Dalam artikel ini, akan berkongsi cara terbaik untuk SME menguruskan gaji pekerja dan langkah memastikan pematuhan undang-undang.

Apa Itu Gaji?

Gaji atau disebut juga sebagai upah menurut Akta Kerja 1955 ia adalah bayaran dalam bentuk wang yang mesti diberikan majikan kepada pekerja sebagai ganjaran ke atas perkhidmatan ataupun tugasan yang dilakukan.

Perihal gaji ini dipandang serius dan terdapat beberapa bahagian dalam Akta Kerja menyentuh tentang pembayaran gaji ini, contohnya pada Bahagian 3 sehingga Bahagaian 5 yang menerangkan tentang cara membayar, potongan daripada gaji dan sistem pembayaran.

  • Gaji pekerja perlu dibayar untuk tempoh 1 bulan dan jika tidak dinyatakan dalam kontrak ia tetap untuk tempoh 1 bulan.
  • Gaji pekerja perlu dibayar selepas memasuki bulan baru dan mesti dijelaskan selewat-lewatnya sebelum 7 hari bulan.
  • Gaji pekerja mesti dipotong untuk caruman-caruman wajib seperti KWSP, PERKESO, SIP, PCB.
  • Gaji pekerja tidak boleh dipotong tanpa sebarang persetujuan pekerja atau mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Jabatan Buruh.
  • Gaji pekerja mesti dibayar dalam bentuk tunai dengan mengkreditkan ke dalam akaun bank milik pekerja, dan pemberian cek hanya boleh dibuat jika mendapat kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Buruh.
  • Gaji pekerja mesti dibayar mengikut kadar gaji minimum semasa negara RM1,500 (RM1,700 pada Februari 2025) untuk majikan yang menggajikan 5 pekerja ke atas.

Kegagalan majikan untuk mematuhi segala penetapan ini boleh dikenakan tindakan kerana ia dianggap melanggar perundangan negara. Jadi bagi majikan SME perlu peka dengan undang-undang kerja yang ditetapkan mengenai gaji ini.

Tip Pengurusan Gaji Gaji Pekerja Untuk SME

Jika anda sebagai seorang pemilik perniagaan SME adalah penting untuk mengetahui cara-cara pengurusan gaji pekerja dengan betul. Andai pengurusan gaji tidak sistamatik ia boleh mendatangkan tekanan kepada perniagaan dan memberi kesan kepada pekerja.

  1. Patuhi Undang-Undang Buruh Malaysia

Majikan mesti mematuhi undang-undang pekerjaan di Malaysia seperti Akta Kerja 1955. Berikut adalah beberapa keperluan penting:

  • Pembayaran gaji tepat masa: Tidak lebih 7 hari selepas akhir bulan.
  • Kadar gaji minimum: RM1,500 sebulan (terkini).
  • Caruman wajib kepada KWSP, PERKESO, dan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Maklumat lanjut tentang kadar caruman dan peraturan boleh didapati di laman rasmi KWSP dan PERKESO.

  1. Tetapkan Polisi Gaji yang Jelas

Mempunyai polisi gaji yang terperinci adalah kunci untuk mengelakkan salah faham. Pastikan polisi anda merangkumi:

  • Tarikh tetap pembayaran gaji.
  • Struktur gaji, termasuk elaun dan bonus.
  • Prosedur untuk kerja lebih masa (overtime).
  • Syarat potongan gaji, jika ada.

Pastikan dokumen ini boleh diakses oleh semua pekerja, contohnya melalui portal HR atau e-mel.

  1. Sediakan Slip Gaji yang Lengkap

Slip gaji adalah dokumen penting bagi pekerja dan majikan. Menurut undang-undang, slip gaji mesti disediakan setiap kali pembayaran dilakukan. Slip gaji harus mengandungi:

  • Nama pekerja dan majikan.
  • Jumlah gaji asas, elaun, dan potongan.
  • Tarikh pembayaran gaji.

Nasihatnya di sini adalah supaya majikan SME menyediakan slip gaji lengkap dan tersusun yang diintegrasikan melalui perisian gaji.

  1. Gunakan Perisian Gaji Automasi MySyarikat

Teknologi memainkan peranan penting dalam memudahkan pengurusan gaji. Perisian automate ini bukan sahaja membantu majikan SME untuk mengira gaji secara automatik, tetapi boleh membantu anda:

  • Mengira gaji secara automatik termasuk potongan seperti KWSP, PERKESO, dan PCB.
  • Menghasilkan slip gaji elektronik.
  • Menyimpan rekod gaji pekerja secara sistematik.

Dengan automasi ini, risiko kesilapan manual dapat diminimumkan. Jika berminat, anda boleh mencuba MySyarikat secara percuma.

MySyarikat yang menawarkan sistem secured payroll untuk membantu majikan SME mengira gaji secara automatik, membayar gaji dan caruman dengan betul serta boleh menjana slip gaji dengan pantas. Dengan sistem ini majikan dapat memberi fokus menjalankan perniagaan dengan tenang tanpa kebimbangan pengurusan.

Selain itu, MySyarikat juga dapat membantu majikan SME mengautomasikan segala pengurusan sumber manusia lain seperti pengurusan permohonan cuti, tuntutan, rekod kehadiran, tetapkan sasaran kerja (KPI) dan pelbagai lagi.

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang! Dan rasai sendiri bagaimana sistem ini membantu menyelesaikan masalah pengurusan majikan SME.

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply