Slip gaji (payslip) wajib dikeluarkan oleh majikan setiap bulan selepas mengkreditkan gaji pekerja. Kewajipan mengeluarkan slip gaji ini juga telah dinyatakan dalam Akta Kerja 1955 pada Bahagian 3.
Tapi apakah yang perlu ada dalam slip gaji? Bagaimana untuk menghasilkan sebuah slip gaji yang mengikut penetapan Akta Kerja 1955?
Mari baca artikel ini sampai habis untuk dapatkan templat slip gaji yang mengikut penetapan Akta Kerja 1955 yang dijana secara automatik dengan gunakan MySyarikat.
Apa Yang Perlu Ada Dalam Slip Gaji?
Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa syarikat wajib mengeluarkan sebuah penyata atau slip gaji pekerja yang mengandungi butiran-butiran penggajian yang lengkap. Ini termasuk jumlah upah diterima pekerja, elaun tambahan serta maklumat caruman yang dibuat.
Dalam bahasa mudahnya slip gaji ini memainkan peranan dalam memberi maklumat berkaitan penggajian pekerja sebagai rujukan apabila perlu. Ia umpama resit yang kita boleh rujuk semula segala perbelanjaan yang maklumat yang diperlukan.
Sebagai pengetahuan, andai majikan gagal untuk mengeluarkan slip gaji pekerja selepas mengkreditkan gaji setiap bulan, majikan itu boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- Denda tidak lebih dari RM10,000.
- Dipenjaran tidak lebih dari 6 bulan.
- Kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Jadi macam mana nak keluarkan slip gaji? Apa yang perlu ada dalam slip gaji?
Bagi yang menggunakan sistem MySyarikat anda tidak perlu risau kerana slip gaji boleh dijana secara automatik dan lengkap. Anda hanya perlu masukkan butiran penggajian pekerja, dan sistem akan janakannya untuk anda.
Jadi jika anda sudah menerima slip gaji, ini adalah komponen-komponen utama atau maklumat penting yang perlu dikenal pasti.
- Maklumat Syarikat
- Nama syarikat
- Alamat syarikat
- Nombor pendaftaran syarikat
- Logo syarikat
- Maklumat Pekerja
- Nama pekerja
- Nombor kad pengenalan pekerja
- Nombor dan jawatan pekerja
- Nombor KWSP, PERKESO pekerja
- Nombor perbankan
- Maklumat Pendapatan
- Tarikh penggajian
- Jumlah gaji pokok
- Jumlah elaun (jika ada)
- Jumlah komisen (jika ada)
- Jumlah gaji bersih dibayar
- Maklumat Caruman
- Jumlah potongan KWSP pekerja
- Jumlah potongan PERKESO pekerja
- Jumlah potongan SIP pekerja
- Jumlah potongan PCB
- Jumlah potongan untuk pendahuluan (jika ada)
- Jumlah potongan zakay (jika ada)
- Maklumat Pengesahan
- Pengesahan cop syarikat
- Pengesahan cop majikan
Templat Slip Gaji MySyarikat
Walaupun setiap syarikat memiliki reka bentuk slip gaji yang berbeza-beza, namun maklumat-maklumat yang diserta adalah sama sahaja. Jika ada sedang mencari templat slip gaji yang mudah, minimalist dan yang paling penting boleh dijana secara automatik, MySyarikat adalah jawapannya.
Ini adalah contoh templat slip gaji yang dikeluarkan oleh MySyarikat.
Untuk menjana slip gaji seperti ini, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah di bawah. Jika anda masih belum ada MySyarikat boleh muat turunnya di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery.
- Pada bahagian Dashboard utama, pergi pada bahagian Administration
- Pada Payment, tekan Salary Payroll
- Dalam Dashboard Salary Payroll, tekan Run Payment
- Isikan butiran Payroll Information dan tekan Generate Payment selepas selesai
- Kemas kini butiran maklumat penggajian pekerja dan tekan Submit Payment
- Pergi bahagian Salary Payroll Approval dan tekan Apply
- Pada bahagian Payment & Close, masukkan butiran perbankan dan tekan Complete
- Untuk Payslip pekerja boleh lihat pada bahagian My Record, Payment, Salary Payroll
Dalam pada itu, MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!