Skip to main content

Sejak kebelakangan ini semakin banyak syarikat mula beralih ke arah sistem pengurusan digital. Baik dari syarikat gergasi konglomerat sehingga ke perusaha industri kecil dan sederhana (IKS) mula adaptasi kegunaan sistem yang moden.

Penggunaan sistem pengurusan digital bukan sahaja memudahkan tugasan rutin seperti rekod data pekerja, malah kini dapat menyelesaikan tugasan berat seperti pengiraan gaji dan tuntutan cukai.

Jadi artikel kali ini akan menerangkan kelebihan sesebuah syarikat tidak kira kecil atau sederhana atau besar dalam menggunakan sistem pendigitalan pada bahagian sumber manusia (HR).

Apa Itu HRMS?

Istilah Sistem Pengurusan Sumber Manusia atau Human Resource Management System (HRMS) bukan perkara asing dalam sesebuah organisasi. Ia dicipta bagi memudahkan tugasan pekerja di bahagian HR.

Secara definisi HRMS merujuk kepada sebuah perisian atau aplikasi yang menyepadukan, mengurus dan mengautomasikan rutin harian HR dalam syarikat. Ini juga menandakan HRMS merangkumi tugasan dari pengurusan dan pentadbiran.

Populariti HRMS dilihat terus berkembang di Malaysia dengan kebolehcapaian perisian sepertinya menyediakan pelbagai fungsi-fungsi penting termasuk pengiraan gaji sehingga ke tuntutan pekerja.

Malah, kebolehan HRMS kini yang menyokong fungsi layan diri (self-service) telah memudahkan pekerja untuk buat sebarang permohonan berkaitan cuti tanpa perlu berjumpa secara terus dengan bahagian HR.

Kelebihan HRMS

Seperti yang dinyatakan awal tadi, HRMS menyepadukan dan mengautomasikan segala rutin HR untuk jadi lebih mudah serta efisien. Daripada tugasan yang dibuat manual, dengan HRMS kini ia menjadi digitalisasi.

Antara kelebihan utama HRMS yang menjadikannya pilihan dalam kalangan syarikat-syarikat diluar sana adalah,

  • Menyimpan dan mengurus data pekerja dalam kuantiti yang banyak pada satu aplikasi
  • Melancarkan urusan pentadbiran termasuk panggajian pekerja
  • Menyaring calon pekerja dalam membantu proses pengambilan pekerja syarikat
  • Menganalisa data dan rekod pekerja termasuk kehadiran dalam mengurusan gaji
  • Meningkatkan produktiviti tempat kerja dan memudahkan pentadbiran syarikat

Mudah kata penggunaan HRMS ini dapat meningkatkan efisiensi apabila tugasan yang melibatkan data dan rekod yang banyak dapat disimpan dengan baik, selain mengurangkan kesalahan pengiraan pegawai HR.

HRMS-MySyarikat

Jika HRMS terbaik yang anda cari, MySyarikat adalah jawapannya!

MySyarikat menawarkan segala fungsi yang diperlukan dalam satu aplikasi yang mudah diakses semua. Dari tugasan pengurusan pekerja seperti cuti dan tuntutan sehingga ke urusan pentadbiran seperti gaji, MySyarikat ada segala fungsinya!

Perkenalkan fungsi-fungsi utama MySyarikat dalam memudahkan segala urusan syarikat seperti, 

  • Kehadiran Pintar/Smart Attendance
    • Rekod kehadiran pekerja melalui selfie sahaja! Fungsi ini memodenkan pengalaman pekerja merekod kehadiran dan pekerja HR dapat memantau pada peranti sahaja
  • Pengumuman Pintar/Smart Announcement
    • Sebarang pengumuman syarikat kini dihantar terus ke peranti pekerja dan memastikan tiada pekerja yang tertinggal. Pekerja  HR juga boleh memantau maklum balas pekerja pada peranti sahaja
  • Pengurusan Cuti/Leave Management
    • Permohonan cuti pekerja kini lebih mudah dengan MySyarikat membolehkan pekerja mohon cuti pada peranti dan pekerja HR boleh meluluskan permohonan dengan pantas
  • Pengurusan Tuntutan/Claim Management
    • Pekerja boleh mengimbas resit pada peranti mereka dan menghantar tuntutan terus untuk diluluskan dengan MySyarikat. Ia memudahkan semua pihak dalam menguruskan tuntutan
  • Pengurusan Gaji/Secured Payroll
    • Proses penggajian bulanan pekerja diautomasikan dengan MySyarikat, kini pekerja HR tidak perlu bimbang lagi pengiraan gaji pekerja dalam kuantiti yang banyak dan pastinya tiada kesalahan pembayaran berlaku

Dengan hanya satu klik, sistem intuitif MySyarikat dapat menyelesaikan segala tugasan secara automatik tanpa menelan sebarang kos tambahan!

Rasai sendiri pengalaman automasi sistem HR dengan muat turun aplikasi MySyarikat di App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma sekarang! Atau klik pada gambar untuk mendaftar, 100% percuma!

Leave a Reply