Kehilangan insan tersayang adalah detik yang menyukarkan. Di Malaysia, cuti kematian sering disebut sebagai compassionate leave atau cuti ehsan kematian. Walaupun tidak diwajibkan undang-undang, ia sudah menjadi amalan standard dalam kebanyakan syarikat. 

Artikel ini menghuraikan segala yang perlu anda tahu termasuk hak pekerja, amalan majikan, contoh polisi, dokumen diperlukan, sehingga soalan lazim yang sering ditanya berkaitan cuti kematian ahlli keluarga berapa hari.

Adakah Cuti Kematian Ahli Keluarga Diwajibkan Undang-Undang?

Jawapan ringkasnnya adalah tidak. Di bawah Akta Kerja 1955, tiada peruntukan wajib untuk cuti kematian ahli keluarga. Ini bermaksud:

  • Tiada jumlah hari minimum yang ditetapkan undang-undang.
  • Majikan mempunyai kebebasan penuh merangka polisi sendiri.
  • Hak pekerja bergantung pada kontrak pekerjaan, buku panduan pekerja, dan polisi HR syarikat.

Walaupun tidak diwajibkan, kebanyakan syarikat tetap menyediakan bentuk compassionate leave bagi menjaga kebajikan pekerja. Bahkan, syarikat yang mempunyai polisi jelas cenderung mengekalkan hubungan kerja yang lebih sihat dan profesional.

Berapa Hari Cuti Kematian untuk Pekerja Swasta?

Secara umum, syarikat swasta menawarkan:

  • 2–3 hari cuti berbayar untuk ahli keluarga terdekat (pasangan, anak, ibu bapa).
  • 1 hari cuti untuk saudara lebih jauh.
  • Tambahan cuti boleh menggunakan cuti tahunan jika diperlukan.

Selain itu, pekerja lazimnya diminta mengemukakan:

  • Sijil kematian, atau
  • Surat pengesahan hospital/masjid/balai polis bagi kes tertentu.

Sebilangan majikan juga mengambil kira unsur budaya, agama, serta jarak perjalanan. Contohnya, pengebumian di negeri lain atau upacara yang mengambil masa lebih lama mungkin melayakkan pekerja memohon hari tambahan.

Berapa Hari Cuti Kematian untuk Kakitangan Awam?

Penjawat awam mempunyai peraturan lebih jelas:

  • 3 hari cuti tanpa rekod, termasuk hari rehat.
  • Cuti bermula pada hari kematian atau hari berikutnya.
  • Ibu/bapa mentua layak sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan.
  • Sah untuk kategori ahli keluarga tertentu seperti pasangan, anak, ibu bapa, dan ibu bapa mentua.

Polisi ini memudahkan pekerja menguruskan urusan pengebumian tanpa gangguan kewangan atau risiko tindakan tatatertib.

Siapa Dikira sebagai “Ahli Keluarga Terdekat”?

Syarikat biasanya mengiktiraf kategori berikut:

  • Pasangan
  • Anak kandung / anak angkat sah
  • Ibu bapa kandung
  • Ibu bapa mentua

Beberapa syarikat turut meluaskan kelayakan kepada adik-beradik, datuk/nenek, atau penjaga sah bergantung pada kes.

Cuti Kematian Berbayar atau Tidak Berbayar?

Status cuti sama ada berbayar atau tidak berbayar adalah bergantung pada kontrak dan polisi syarikat.

Amalan umum:

  • Cuti kematian untuk ahli keluarga terdekat biasanya berbayar.
  • Untuk saudara jauh, cuti mungkin tidak berbayar (unpaid).

Jika cuti tambahan diperlukan, pekerja boleh memohon:

  • Cuti tahunan
  • Cuti tanpa gaji
  • Atau berunding alternatif seperti bekerja dari rumah (WFH)

Namun, suka diingatkan untuk semak polisi syarikat dan lakukan perbincangan secara profesional dengan HR sering membantu melancarkan proses, terutamanya apabila situasi memerlukan pertimbangan khas.

Bolehkah Majikan Menolak Permintaan Cuti Kematian?

Secara prinsipnya boleh, bergantung pada polisi syarikat dan kesahihan bukti.

Antara keadaan yang membolehkan cuti ditolak:

  • Tiada dokumen sokongan.
  • Hubungan keluarga tidak termasuk dalam kategori polisi.
  • Permohonan dibuat terlalu lewat tanpa makluman awal.

Jika syarikat tidak memiliki polisi cuti kematian, maka majikan boleh tawarkan beberapa pilihan lain seperti:

  • Cuti tahunan
  • Cuti tanpa gaji
  • Kerja dari rumah

Pendekatan empati sering membantu mengekalkan hubungan kerja yang positif.

Baca juga: Cuti-Cuti Khas yang Tiada Dalam Akta Kerja

Kesimpulannya, berdasarkan amalan Malaysia, 2 hingga 5 hari ialah norma bagi cuti ehsan kematian atau compassionate leave. Walaupun tiada undang-undang khusus, syarikat yang memilih untuk menyokong pekerjanya pada waktu berkabung menunjukkan nilai empati dan kemanusiaan.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of female employee holding a clock calculating overtime payment, is public holiday double or triple pay in Malaysia
Cuti Umum Dibayar Dua Kali Ganda atau Tiga Kali Ganda?Fakta HR

Cuti Umum Dibayar Dua Kali Ganda atau Tiga Kali Ganda?

Zahin ByondZahin ByondDecember 17, 2025
Picture of a man stressing, calculating pro-rated leave
Jenis Cuti Yang Tidak Perlu Diprorata di MalaysiaFakta HR

Jenis Cuti Yang Tidak Perlu Diprorata di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondDecember 3, 2025
picture of a man holding employment contract
Bolehkah Pekerja Tolak Surat Tawaran Selepas Tandatangan?Fakta HR

Bolehkah Pekerja Tolak Surat Tawaran Selepas Tandatangan?

Zahin ByondZahin ByondDecember 9, 2025

Leave a Reply