Skip to main content

Salah satu persoalan yang kerap timbul dalam kalangan pekerja dan juga majikan ialah bolehkah cuti sakit diprorata, terutamanya apabila pekerja masih baru atau ingin berhenti. Soalan ini nampak mudah, tetapi jika tidak difahami dengan jelas, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakadilan di tempat kerja.

Topik ini sangat penting kerana ia melibatkan hak pekerja dan tanggungjawab majikan. Dengan pemahaman yang betul, kedua-dua pihak dapat mengelakkan konflik serta memastikan pematuhan kepada undang-undang pekerjaan sedia ada di Malaysia.

Cuti Sakit Tidak Boleh Diproratakan

Untuk menjawab secara terus terang, TIDAK, cuti sakit tidak boleh diprorata di Malaysia. Dalam erti kata lain, setiap pekerja yang memenuhi syarat kelayakan berhak menerima cuti sakit berbayar penuh, walaupun belum genap setahun bekerja.

Ini bermakna jika seseorang pekerja mula bekerja pada bulan Oktober, dia tetap layak untuk menerima jumlah cuti sakit tahunan penuh mengikut kategori tempoh perkhidmatan yang diperuntukkan, selagi dia mengemukakan sijil cuti sakit yang sah (MC).

Undang-Undang Cuti Sakit di Malaysia

Seperti biasa apabila bercakap tentang undang-undang rujukan utamanya perlu dibuat pada Akta Kerja 1955. Menurut Seksyen 60F Akta Kerja 1955, kelayakan cuti sakit berbayar diklasifikasikan seperti berikut:

  • Kurang daripada 2 tahun perkhidmatan: 14 hari setahun
  • 2 hingga kurang 5 tahun perkhidmatan: 18 hari setahun
  • 5 tahun ke atas: 22 hari setahun
  • Tambahan 60 hari setahun sekiranya pekerja memerlukan rawatan di hospital

Menariknya di sini, kesemua kelayakan ini diberikan secara penuh, dan bukannya berdasarkan jumlah bulan seseorang itu telah bekerja.

Fahami Konsep Tahun Kalendar dan Prorata Bulanan

Konsep penting yang perlu difahami di sini ialah tahun kalendar. Dalam konteks cuti sakit, ‘tahun kalendar’ merujuk kepada tempoh dari 1 Januari hingga 31 Disember. Maka, pekerja dinilai kelayakannya berdasarkan tahun kalendar, bukan secara prorata mengikut bulan masuk kerja.

Sebagai contoh, jika seseorang pekerja yang baru bekerja pada bulan Mei sudah memenuhi syarat kelayakan, majikan masih perlu memberikan jumlah cuti sakit penuh seperti ditetapkan oleh Akta Kerja. 

Oleh itu, cuti sakit prorata tidak sah di sisi undang-undang Malaysia dan tidak sepatutnya diamalkan oleh mana-mana organisasi.

Hak Majikan & Pekerja Berkaitan Cuti Sakit

Hak Majikan

Bagi pihak majikan, adalah menjadi tanggungjawab undang-undang untuk mematuhi Akta Kerja dan memberikan cuti sakit berbayar penuh kepada pekerja, tanpa sebarang pemotongan secara prorata. 

Sekiranya gagal berbuat demikian, majikan mungkin terdedah kepada:

  • Tindakan undang-undang oleh pekerja
  • Penalti daripada Jabatan Tenaga Kerja
  • Kesan reputasi yang boleh menjejaskan imej syarikat

Hak Pekerja

Pekerja pula harus memahami hak cuti sakit mereka. Ramai pekerja baru tidak tahu bahawa mereka sebenarnya layak menerima jumlah cuti penuh mengikut kategori perkhidmatan, walaupun belum genap 12 bulan bekerja.

Sekiranya anda diberitahu bahawa cuti sakit anda dikira secara prorata, anda boleh:

  • Semak semula kontrak dan dasar syarikat
  • Rujuk terus kepada Akta Kerja 1955
  • Laporkan kepada Jabatan Tenaga Kerja sekiranya berlaku pelanggaran

Baca juga: Kelayakan Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi

Sebagai rumusan, cuti sakit tidak boleh diprorata di Malaysia. Ia adalah hak asas yang dijamin oleh Akta Kerja, dan tidak boleh dikurangkan walaupun seseorang pekerja baru sahaja menyertai syarikat.

Majikan perlu memastikan dasar dalaman mereka selari dengan perundangan semasa, manakala pekerja pula perlu cakna terhadap hak mereka. Untuk elakkan salah faham atau pelanggaran hak, rujuklah kepada sumber sahih seperti Akta Kerja 1955 dan nasihat pakar HR tempatan.

Dalam pada itu, anda masih keliru tentang bagaimana perlaksanaan undang-undang kerja di Malaysia? Mari sertai program Akta Kerja 1955 – Implementasi di Dalam Pengurusan Sumber Manusia yang dianjurkan MySyarikat Academy.

Pogram MySyarikat Academy ini adalah program yang diiktiraf oleh HRD Corp dan anda boleh membayar harga program dengan dana HRDC yang terkumpul!

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply