Skip to main content

Di bawah pindaan Akta Kerja 1955 terbaru ada satu perubahan kecil dibuat pada Seksyen 60F, Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi. Ia mungkin perubahan kecil tapi sangat penting untuk setiap pekerja cernanya.

Jika anda rujuk pada artikel 6 jenis cuti yang layak pekerja dapat, Cuti Sakit adalah sebahagian daripada hak pekerja untuk bercuti tetapi masih terima gaji seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955.

Definisi Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi

Secara definisinya, Cuti Sakit berbayar pada Seksyen 60F Akta Kerja 1955 adalah tempoh cuti yang diambil seorang pekerja atas faktor masalah kesihatan selepas pemeriksaan oleh,

  • Pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikan
  • Pengamal perubatan lain jika tiada pengamal perubatan yang dilantik atau dalam keadaan tertentu ia tidak didapati pada masa dan jarak yang munasabah 
  • Doktor gigi sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pergigian 1971

Mudah kata pekerja boleh mohon Cuti Sakit berbayar selepas ke klinik panel syarikat atau mana-mana institusi kesihatan lain, dan dapatkan sijil cuti sakit (MC) yang sah. Rujukan lanjut boleh dibuat pada Seksyen 60F, Akta Kerja 1955.

Perlu diingatkan jika seorang pekerja gagal kemukakan MC, ia dianggap gagal patuhi penetapan Seksyen 60F dan pekerja boleh dikategorikan gagal hadir kerja tanpa kebenaran majikan.

Suka juga diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan bila pekerja berikan MC palsu kepada majikan kerana ia bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi tidak beretika.

Cuti Hospitalisasi pula adalah situasi di mana pekerja dimasukkan ke hospital untuk terima rawatan. Biasanya seorang pekerja yang alami masalah kronik dan terpaksa ditahan di hospital akan diberi cuti hospitalisasi sehingga 60 hari setahun.

Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi, Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022

Berkuatkuasa 1 Januari 2023, Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi diasingkan bagi membolehkan pekerja dapat tempoh rawatan serta pemulihan yang mencukupi.

Ini bermakna jumlah cuti sakit berbayar yang pekerja layak dapat dalam setahun boleh meningkat kepada 74 hari, 78 hari atau 82 hari bergantung kepada jangka masa tempoh perkhidmatan seorang pekerja itu.

Ringkasan perubahan tempoh Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi pada Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang berkuatkuasa 1 Januari 2023 adalah seperti berikut:

  • Tempoh perkhidmatan kurang 2 tahun layak dapat cuti sakit berbayar sebanyak 14 hari, dan cuti sakit hospitalisasi berbayar sebanyak 60 hari (74 hari jumlah kelayakan cuti sakit berbayar)
  • Tempoh perkhidmatan kurang 5 tahun layak dapat cuti sakit berbayar sebanyak 18 hari, dan cuti sakit hospitalisasi berbayar sebanyak 60 hari (78 hari jumlah kelayakan cuti sakit berbayar)
  • Tempoh perkhidmatan lebih 5 tahun layak dapat cuti sakit berbayar sebanyak 22 hari, dan cuti sakit hospitalisasi berbayar sebanyak 60 hari (82 hari  jumlah kelayakan cuti sakit berbayar)

Contoh mudah untuk faham dengan bayangkan anda bekerja di sebuah syarikat selama 1 tahun. Ini melayakkan anda dapat 14 hari Cuti Sakit dan 60 hari Cuti Hospitalisasi kerana tempoh perkhidmatan kurang dari 2 tahun.

Anda ambil 3 hari cuti sakit misalnya pada bulan April akibat deman panas, kemudian terlibat dengan kemalangan yang memaksa anda ditahan selama 31 hari di hospital pada bulan Ogos.

Di sini anda telah gunakan sebanyak 34 hari Cuti Sakit berbayar setahun (3 hari MC + 31 hari hospital), jadi baki Cuti Sakit berbayar untuk tahun tersebut adalah 40 hari (74 hari jumlah kelayakan cuti sakit berbayar – 34 hari yang telah digunakan).

Inilah antara perubahan kecil yang dipinda dalam Akta Kerja 1955 berkaitan Cuti Sakit dan Cuti Hospitalisasi. Walaupun perubahannya kecil ia adalah penambahbaikan yang diperlukan bagi beri lebih keterjelasan kepada majikan dan pekerja.

Harapnya majikan dan pekerja kini lebih faham berkenaan kelayakan cuti sakit berbayar supaya tidak berlaku sebarang masalah pembayaran atau kegagalan mematuhi peraturan cuti yang telah ditetapkan.

95 Comments

  • Jacky ang says:

    Salam Sejahtera. Dalam contoh “dengan kemalangan yang memaksa anda ditahan selama 31 hari di hospital pada bulan Ogos.”dakah 31hari termasuk hari cuti umum / Sabtu /Ahad? Thanks

    • Zahin Byond says:

      Cuti Sakit dan Cuti hospitalisasi telah digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 60F. Tempoh cuti sakit tersebut adalah untuk 60 hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi diperlukan sebagaimana yang diperakui oleh pengamal perubatan atau pegawai perubatan.

  • MASDZURINA BINTI BAKAR says:

    Saya nak bertanya..sekiranya pekerja kemalangan dan hanya ditahan selama seminggu, kemudian keluar wad selama beberapa hari dan masuk semula 3 hari , berapa cuti hospitalisai yang perlu dibayar?

    • Zahin Byond says:

      Berdasarkan maklumat yang diberi cuti hospitalisasi yang pekerja ini terima adalah selama 10 hari. Tetapi perlu diingatkan bahawa cuti hospitalisasi yang dibenarkan adalah 60 hari.

  • Roseanne says:

    selamat sejahtera,

    persoalan saya, jika saya mempunyai temujanji di hospital atau di klinik, adakah saya layak memohon cuti sakit atau saya harus memohon cuti tahunan seperti biasa?

    terima kasih

    • Zahin Byond says:

      Cuti sakit terpakai bagi kes pekerja tidak sihat untuk melakukan tugasan kerja pada hari tersebut. Jika pekerja memiliki temujanji maka ia tidak dikategorikan sebagai cuti sakit maka adalah dinasihatkan untuk menggunakan cuti tahunan.

  • Fidah says:

    Saya ada buat operation kecil dan dah guna 14 hari cuti sakit tanpa masuk wad, tetapi Sya akan ada lagi operation kecil sekali lagi,adakah cuti tu company akan bayar dgn tolak cuti hospitality?sebab utk operation kecil tidak masuk wad

    • Zahin Byond says:

      Cuti Sakit dan Cuti hospitalisasi telah digariskan dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 60F. Tempoh cuti sakit tersebut adalah untuk 60 hari kesemuanya setiap tahun kalendar jika hospitalisasi diperlukan sebagaimana yang diperakui oleh pengamal perubatan atau pegawai perubatan.

  • Mohd ra'os sila bin ismail says:

    Kelayakan pekerja Cuti tahun ( AL ) dan cuti sakit (mc ) telah habis digunakan..
    Pekerja masih lagi cuti tanpa gaji dan sering kali cuti sakit…
    Apakah tindakan pihak syarikat boleh ambil terhadap pekerja tersebut…

    • Zahin Byond says:

      Bagi sisi majikan, majikan boleh mengeluarkan surat amaran dan meminta pekerja untuk tulis surat tunjuk sebab. Sebarang masalah berkaitan pekerjaan adalah dinasihatkan untuk rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia bagi mendapatkan pencerahan lengkap.

  • lili says:

    jika staf belum tetap (bagi agensi swasta) majikan boleh potong gaji mengikut hari cuti sakit yang diambil ke? Ada Akta tak?

    • Zahin Byond says:

      Mengikut Akta Kerja 1955 mana-mana pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan layak untuk menerima faedah cuti seperti cuti sakit. Selain itu, majikan tidak dibenarkan untuk membuat sebarang potongan melainkan daripada potongan sah seperti yang dinyatakan pada Seksyen 24 Akta Kerja 1955.

  • Ida says:

    Selamat Sejahtera,
    saya ada sedikit persoalan. Jika pekerja tidak sihat & pergi ke klinik selepas waktu kerja (ke klinik pada waktu malam) adakah majikan boleh menolak cuti sakit tersebut ? kerana pekerja pergi pada waktu telah habis masa bekerja.

    Selain itu, apa boleh kah majikan mengeluarkan memo bahawa cuti sakit hanya boleh diambil pada masa2 ditetapkan.

    • Zahin Byond says:

      Cuti Sakit merupakan hak pekerja seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Ini bermakna majikan tak boleh menolak cuti sakit dimohon pekerja. Selain itu, cuti sakit boleh dimohon dalam tempoh masa 48jam.

  • shahira says:

    Adahkah Hospital memberi cuti sakit saya perlu apply cuti HL ?

    • Zahin Byond says:

      Cuti sakit merupakan hak pekerja seperti dinyatakan dalam Akta Kerja 1955. Di sini pekerja bertanggungjawab untuk memaklum kepada majikan berkenaan cuti tersebut dan kemukakan dokumen sokongan seperti slip MC untuk tujuan dokumentasi syarikat.

  • Siti Salbiah binti Abu Hassan says:

    Adakah syarikat perlu bayar cuti sakit hospitalisasi jika dah keluar dari Hospital?

    • Zahin Byond says:

      Berdasarkan Akta Kerja 1955, cuti hospitalisasi perlukan pengesahan pegawai perubatan sungguhpun pekerja tidak dihospitalisasikan atas sebab-sebab tertentu seperti patah kaki tetapi duduk dirumah. Walaupun berada di rumah pekerja tetap dapat cuti hospitalisasi.

  • NUR AZRIN says:

    Saya nak tanya, kalau hospital kasi saya cuti 43 hari tapi tak kena ward.. company akan tolak hospitalisasi ke atau mc sahaja yg 12 hari sahaja?

    • Zahin Byond says:

      Berdasarkan Akta Kerja 1955, cuti hospitalisasi perlukan pengesahan pegawai perubatan sungguhpun pekerja tidak dihospitalisasikan atas sebab-sebab tertentu seperti patah kaki tetapi duduk dirumah. Walaupun berada di rumah pekerja tetap dapat cuti hospitalisasi.

      • Ramli says:

        adakah ini bermakna sekiranya pekerja itu masuk wad dan dibenarkan pulang ke rumah tetapi doktor berikan MC untuk sambung rehat maka ini termasuk di dalam cuti hopitalisasi?

        • Zahin Byond says:

          Jika disahkan oleh doktor bahawa pekerja tidak boleh bekerja untuk suatu tempoh panjang maka ia akan dikategorikan sebagai cuti hosptalisasi. Namun, dinasihatkan untuk rujuk semula polisi syarikat untuk penerangan lanjut.

          • Nurul says:

            Seandainya di situasi kita dah dimasukkkan ke hospital, dan dah keluar wad, doktor bagi sijil cuti sakit selama 42hari, tarikh bermula dari kemasukan wad sehingga keluar wad selama 4 hari & sambung berehat di rumah selama 38 hari.. Adakah 38 hari tersebut dikira cuti hospital @ cuti sakit? Memandangkan cuti sakit termaktub 14/18 hari saja mengikut tahun perkhidmatan.

          • Zahin Byond says:

            Cuti sakit dan cuti hospitalisasi telah disatukan dalam Akta Kerja 1955.

  • yasmin says:

    Saya nak tanya, apakah akan jadi sekiranya cuti sakit dan cuti hospitalisasi habis tapi pekerja masih tidak sembuh? Adakah syarikat perlu membayar gaji seperti biasa atau hanya berikan cuti tanpa gaji kepada pekerja?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 telah memperuntukkan jumlah cuti sakit dan cuti hospitalisasi yang layak pekerja terima. Bagi pekerja yang sudah kehabisan cuti sakit dan cuti hospitalisasi pula perlu rujuk semula kepada polisi syarikat.

  • Kanapathy says:

    Dalam setahun 14 hari mc kerja bawa 2 tahun..saya dah habis mc saya 14 hari dalam 10 bulan..lepas tu i tak sihat jumpa doctor dapat mc lagi…mc tu boleh laku ke atau tidak.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 telah menetapkan tempoh cuti sakit yang dibenarkan untuk pekerja ambil, andai sudah habis digunakan ia tertakluk kepada polisi dan budi bicara majikan untuk memberikan sama menganggapnya cuti tahunan atau cuti kecemasa atau membenarkan time slip.

  • Azizah says:

    Dalam setahun syarikat memperuntukan 14 hari cuti sakit berbayar, katakan pekerja memasuki kerja pada quater pertama iaitu bulan March 2024, adakan pekerja hanya mendapat purata cuti sakit dalam tahun 2024 itu? mohon pencerahan tuan

    • Zahin Byond says:

      Cuti sakit adalah hak pekerja dan ia tidak perlu prorate kerana ia bukan seperti cuti tahunan. Pekerja yang memasuki kontrak kerja layak mendapat cuti sakit walaupun dalam tempoh percubaan.

  • YUKI says:

    Jika anak pekerja baru 1 bulan masuk wad, ibu adalah pekerja syarikat swasta, bolehkah dibenarkan mengambil cuti hospital anak sebagai cuti berbayar?

    • Zahin Byond says:

      Dalam Akta Kerja 1955 tiada penetapan cuti untuk anak yang dimasukkan wad hospital. Sebaliknya sebarang cuti untuk kes anak kepada pekerja yang dihospitalisasikan adalah berdasarkan polisi syarikat. Dinasihatkan untuk rujuk semula polisi dengan syarikat anda untuk dapatkan pencerahan lanjut.

  • intan says:

    jika mc itu berada di luar daerah tempat kerja, adakah mc itu valid? ada dalam akta ke?

    • Zahin Byond says:

      MC perlu dikeluarkan oleh pegawai perubatan yang dilantik syarikat atau jika tiada boleh diambil oleh pegawai perubatan yang berdaftar.

  • Shahirah says:

    sekiranya company A memperuntukkan cuti sakit 14 hari utk pekerja kurang dua tahun.
    Contohnya staf baru masuk pada bulan Julai. adakah staf tersebut mendapat 14 hari cuti sakit pada tahun tersebut?Adakah cutii sakit boleh prorate?

    • Zahin Byond says:

      Cuti sakit merupakan hak pekerja dan boleh terus digunakan pekerja walaupun baru menyertai syarikat. Apabila masuk tahun baru maka cuti tersebut akan diperbaharui.

  • nurain says:

    Salam sejahtera, jika staff dalam tempoh percubaan dan masuk wad, adakah layak mendapat cuti hospitalisasi ini?

    • Zahin Byond says:

      Untuk cuti seperti cuti sakit dan cuti hospitalisasi semua pekerja tanya pengira status layak untuk mendapatkannya sebaik memasuki kontrak kerja dengan majikan.

  • awra juta says:

    sekiranya AL dan MC masih ada baki, adakah baki cuti tersebut akan dibawa ke tahun hadapan sepenuhnya atau beberapa sahaja?

    • Zahin Byond says:

      Bergantung kepada polisi syarikat. Hal ini kerana MC dan AL tidak dibenarkan untuk carry forward jika ikut Akta Kerja. Tetapi selalunya syarikat membenarkan untuk carry forward sebahagian AL pekerja sementara MC selalunya tidak. Rujuk semula HR dan polisi syarikat untuk penerangan mengenai carry forward cuti ini.

  • zurabakar says:

    salam sejahtera, saya ingin bertanya apabila perkerja alami pembedahan kecil dimasukkan kewad 4hari , dan hari ke 5 telah dibernarkan keluar dari wad bersambung mc dirumah, mc tersebut bertindih dengan hari PUBLIC HOLIDAY adakah mc dikira pada hari PUBLIC HOLIDAY itu sebagai MC atau tidak?

  • Fikry says:

    Jika staff sudah diberikan MC oleh Doktor, tetapi staff masih ingin datang bekerja pada hari yang sama. Adakah MC tersebut dikira “Batal”?

    Tapi malangnya, staff cuma mampu untuk bekerja separuh hari sahaja. Adakah majikan perlu mengira pekerja telah bekerja “Separuh hari” ataupun TIDAK dikira bekerja separuh hari.

  • shahrin says:

    adakah majikan bole menidakan MC untuk tidak dibayar dengan memberi pilihan untuk mengambil anual leave?
    pekerja diambil bekerja mengikut kontrak tahunan….

  • rezz says:

    hai, saya nak tanya . berkaitan seorang pekerja yang diberi cuti sakit selama 30 hari . tetapi baki mc masih berbaki 14 hari . saya hanya perlu bayar gaji dia 14 hari mc atau mengikut akta kerja iaitu 60 hari?

  • Nurul Asmira binti Mohamad Samudin says:

    adakah cuti hospitalisasi ini wajib dalam sesebuah organisasi? bolehkan sekiranya cuti hospitalisasi tidak diambil oleh syarikat dan apakah kesannya atau denda yang akan dikenakan kepada syarikat?

    • Zahin Byond says:

      Cuti hospitalisasi bukan pilihan kerana ia adalah hak pekerja seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja. Kalau tidak patutnya boleh dikenakan tindakan kepada majikan.

  • Mohd Hizam says:

    Salam sejahtera Sy telah di masukkan ke dlm wad Dr tarikh 19-8-24 Dan discharge 26-8-24.syvdi berikan mc hingga 6-10-24.tetapi mc Sy bermula Dr 19-9-24 hingga 6-10-24 adalah mc tidak bergaji.adakah majikan berhak memotong sebahagian gaji mc Sy?

  • lin says:

    pekerja mendapat MC dan cuti sakit total 74 hari, ada satu hari jatuh pada cuti umum. Adakah ia tolak cuti umum dan ditambahkan cuti sakit.

  • lin says:

    jika pekerja mendapat cuti sakit dan hospitalation 64hari. Dalam 64hari semasa cuti sakit, adakah dia entitle mendapat cuti tahunan dalam 64 hari. Boleh kah cuti tahun dikera purate dalam bulan bekerja.

    • Zahin Byond says:

      Cuti sakit/hospitalisasi dan cuti tahunan berbeza. Pekerja yang dapat cuti sakit/hospitalisasi tidak perlu mohon cuti tahunan. Untuk prorata cuti tahunan pula biasanya ia digunakan apabila pekerja sertai syarikat dalam pertengahan tahun kerana belum cukup setahun tempoh perkhidmatan.

  • Agnes says:

    pekerja mendapat MC dan cuti sakit hospitalisasi total 30 hari. Dalam tempoh 30 hari cuti sakit ini, ada 4 hari jatuh pada hari Ahah (rest day) dan 1 hari jatuh pada cuti umum. Adakah pekerja ini dapat ditambahkan cuti sakit 5 hari lagi? (4 hari Ahah + 1 hari cuti umum).

  • MOHD IZAD BIN MORATI says:

    Sy cuti mc 30hari, 5hari dduk wad, majikn byar gji 5hari, ambil mc yg 14hari sthun tu so 19hari mc berbyar,sblh ye mc tak byar.blh ke mjikn xbyar Baki mc sy tu..

  • Nurul says:

    Hi nak tanya, bolehkan majikan limitkan cuti sakit yang kita boleh ambik dalam masa sebulan.
    Contohnya dalam offer letter ada mention cuti sakit yang diberikan ada 14 hari tapi setiap bulan hanya maksima 2 kali cuti sakit sahaja yang dibenarkan untuk apply, sekiranya lebih akan dikira sebagai cuti tanpa gaji. Adakah salah atau company boleh berbuat demikian?

    • Zahin Byond says:

      Cuti sakit adalah hak pekerja. Di sini syarikat sudah betul ikut akta dengan berikan cuti sakit 14 hari kepada pekerja. Untuk kes limitkan penggunaan pula ia bergantung kepada syarikat juga sekiranya pekerja selalu ambil MC sesuka hati maka tidak menjadi kesalahan besar.

  • suhailah says:

    Adakah majikan boleh menolak daripada membayar mc pekerja yang tidak menghantar salinan asal ke pejabat melebihi tempoh 48jam. Syarikat telah menetapkan bahawa salinan mc perlu dihantar pada hari yang sama ataupun tidak melebihi 48jam. Akan tetapi pekerja tidak mengendahkan arahan dan menghantar mc pada hari ke 3 selepas mc tamat ke pejabat. Pekerja hanya memaklumkan mc melalui whatsApp sahaja pada hari pertama mc. Pekerja tidak memberikan alasan munasabah sebab enggan menghantar salinan mc sebelum 48jam ke pejabat.

    • Zahin Byond says:

      Setiap syarikat memiliki polisi tersendiri melibatkan tempoh sah MC. Jika pekerja gagal kemukakan MC dalam tempoh ditetapkan tindakan boleh dikenakan.

  • nurul says:

    Saya ada soalan, :-

    1) sekiranya staf berjaya claim Perkeso untuk Hospitalisasi, ada kah majikan perlu juga membayar gaji kepada staf tersebut sepanjang dia dihospitalisasi ?

  • Airieda Saad says:

    Pekerja dimasukkan ke hospital pada 4/9/24 utk minor surgeri dan discharged pada 9/9/24 kemudian doktor sambung MC utk pekerja rehat sehingga 23/9/24. Adakah dari 10/9/24 hingga 23/9/24 dikira sebagai cuti sakit atau cuti hospitalisasi?

  • Atiqah says:

    Hai saya ada dua soalan

    1) Ada seorang staff baru kerja sebulan tapi kena hospitalization selama 5 hari kerana wabak Influenza A, adakah dia berhak mendapat cuti bergaji?

    2) Seorang staff mendapat surat quarantine selama 5 hari kerana Influenza A, adakah cuti ini perlu ditolak ML dan adakah dia layak cuti bergaji?

    • Zahin Byond says:

      1. Layak. Pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan layak mendapat cuti sakit/ hospitalisasi dari majikan dan ia adalah cuti berbayar tanpa mengira status percubaan atau tidak.

      2. Surat quarantine jika menyatakan pekerja boleh bekerja maka bergantung kepada majikan sama ada untuk anggap pekerja bekerja dari rumah atau jika pekerja mohon cuti sakit maka ia dikira cuti sakit. Cuti sakit adalah cuti bergaji.

  • Mohd Nasron says:

    Salam Sejahtera, Saya kemalangan dimasukkan ke hospital pada 9/9/2024 dan discharge wad pada 17/9/2024 dan doktor mengeluarkan Sijil Cuti Sakit bermula 9/9/2024 hingga 10/10/2024. bermakna baki cuti selama 23 hari saya perlu berehat di rumah. Adakah jumlah selama 30 hari itu dikira sebagai cuti Hospitalisasi? atau hanya 7 hari di wad sahaja dikira sebagai cuti hospitalisasi.

    • Zahin Byond says:

      Jika doktor mengeluarkan arahan bahawa pekerja tidak boleh bertugas untuk suatu tempoh maka cuti tersebut akan dianggap sebagai MC. Hospitalisasi adalah bila pekerja masuk ke hospital dan disahkan oleh pegawai perubatan.

  • Mazliyana says:

    Assalamualaikum saya mahu bertanya boleh kah bos berhentikan perkerja hanya kerana perkerja itu setiap bulan ada mc disebabkan sakit tempoh perhikmatan sudah hampir 9 tahun dengan syarikat tapi hanya pada tahun ini sahaja kesihatan nya ada merosot sedikit

    • Zahin Byond says:

      Tidak, jika MC tersebut mendapat pengesahan pegawai perubatan dan pekerja masih memiliki kuota cuti sakit ditetapkan.

  • Muhammad says:

    Saya nak tanya,(contoh), 5/10/2024 saya dapat mc daripada klinik (Demam),dan pada 6/10/2024 adalah hari off day saya,
    Soalan saya..adakah majikan boleh ambil tindakan,sebab mc dan off day..

  • Aini says:

    Jika pekerja telah pakai MC (14 hari) dan HL (60 hri) sampai habis dan masih dapat HL sebanyak 18 hari adakah masih perlu untuk keluarkan gaji 18 hari tersebut? saya confuse sama ada perlu membayarnya ataupun tidak perlu bayar

  • Suhaiza Nafiah says:

    Saya ingin bertanya,

    Sekiranya pekerja mengalami kemalangan jalan raya yang teruk,mengikut polisi syarikat hanya membayar Hospitalize selama 60hari.

    ada akta ke yang membolehkan pekerja layak dibayar 6bulan gaji penuh,6bulan gaji separuh dan seterusnya tanpa gaji sekiranya doktor mengeluarkan surat yang mana pekerja itu tidak dapat bekerja seperti biasa.

    • Zahin Byond says:

      Di bawah Akta Kerja cuti sakit (MC) dan cuti hospitalisasi digabungkan. Ini bermakna bergantung pada tempoh perkhidmatan, pekerja layak untuk menerima cuti hospitalisasi sehingga 74 hari jika bekerja kurang 2 tahun. Cuti ini merupakan sebahagian daripada cuti berbayar.

  • Anie sabran says:

    Anak saya kemalangan ditempat kerja.dapat mc 11 hari.tapi majikan tak mau bayar mc.

    • Zahin Byond says:

      Perlu difahamkan di sini bahawa MC hanya terpakai untuk pekerja sahaja, ini bermakna doktor sahkan pekerja tidak dapat bertugas. Untuk ahli keluarga yang sakit adalah dinasihatkan untuk mohon Cuti Kecemasan atau berbincang dengan syarikat berkaitan hal ini.

  • Fendi says:

    Assalam… Sy ada seorang pekerja sambilan. Jika pekerja tu mendapat MC selamat 7 hari, ada kah dia layak utk dapat cuti bergaji selama 6 hari , walaupun baru bekerja dalam 3 bulan (Start kerja Mei) ?

  • Fauziah says:

    saya ingin membuat pertanyaan, jika pada hari sabtu kami bekerja half day, jika dapat MC, MC tersebut akan dikira half day ataupun satu hari. soalan kedua, jika MC jatuh pada pada hari cuti peristiwa, atau pada hari rest day, perlukah majikan menolak MC atau jika MC dikira, majikan perlu menggantikan cuti tambahan untuk menggantikan cuti peristiwa atau cuti rest day tersebut.

    • Zahin Byond says:

      Untuk soalan pertama ia akan dikira 1 hari jika polisi syarikat menyatakan hari Sabtu adalah hari bekerja. Bagi soalan kedua, jika MC jatuh pada hari cuti (bertindih) ia tetap akan dikira pekerja cuti dan tiada penambahan cuti.

  • Fikri says:

    Jika saya warded 1 hari di hospital, dan dapat mc hospital 10 hari, adakah perlu tolak cuti sakit atau cuti hospitalisasi? Jika dalam tempoh mc hospital itu saya sudah sembuh, adakah boleh majikan memaksa saya untuk bekerja dan hapuskan mc saya itu?

    • Zahin Byond says:

      Cuti sakit dan cuti hospitalisasi kini telah digabungkan. Ini bermakna Tuan/Puan akan menerima MC dan 1 hari cuti hospitalisasi. Jika masih dalam tempoh MC maka majikan tidak boleh mengganggu pekerja melainkan jika terdapat persetujuan bersama.

  • Fikri says:

    Situasi: Saya sudah ambil cuti tahunan pada 21/10 hingga 22/10 dan telah mendapat pengesahan dari majikan. Pada hari Jumaat (18/10) saya mengalami kemalangan. Doktor berikan saya MC sehingga 25 /10. Apakah cuti tahunan yang saya telah mohon (21-22/10) itu burn begitu sahaja?

  • iza says:

    saya ingin bertanya jika pekerja itu kemalangan dan tidak perlu masuk ke wad .beliau diberi mc selama 25 hari kerana kecederaan beliau tetapi mc beliau cuma ada 14 hari sahaja…adakah majikan perlu membayar gaji untuk lebihan mc tersebut kerana beliau tidak dimasukkan ke wad.atau majikan boleh menolak gaji selama 11 hari pekerja tersebut.

    • Zahin Byond says:

      Seksyen 60F (bb), jika seseorang pekerja itu disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar sebagai cukup sakit yang memerlukan hospitalisasi tetapi tidak dihospitalisasikan atas apa-apa sebab, pekerja itu hendaklah dianggap sebagai dihospitalisasikan.

Leave a Reply