Skip to main content

Semua sedia maklum kalau sakit pekerja dibenarkan untuk tidak hadir bekerja dengan syarat dapatkan surat pengesahan tidak sihat bekerja dari pegawai kesihatan yang dikenali sebagai MC. Sama juga untuk yang dimasukkan ke hospital, pekerja dibenarkan untuk tidak hadir ke pejabat dengan surat pengesahan dari doktor.

Untuk yang ada MC ini anda boleh claim dengan PERKESO. Tapi timbul satu persoalan di mana pekerja yang layak mendapat Cuti Hospitalisasi namun tidak duduk dalam hospital, jadi adakah mereka boleh claim dari PERKESO juga?

Jom ambil tahu tentang skim-skim PERKESO yang ditawarkan kepada pekerja yang mencarum ke dalamnya setiap bulan, dan apakah boleh untuk claim jika dapat cuti hospitalisasi namun tidak masuk ke dalam hospital.

Apa Itu PERKESO?

definisi perkeso

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Social Security Organization (SOCSO) adalah sebuah badan yang menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja di Malaysia dan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia.

PERKESO memainkan peranan penting dalam memberi bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk wang kepada pekerja yang menghadapi masalah pekerjaan. Sama ada anda kehilangan kerja akibat dari kemalangan ataupun kehilangan upaya bekerja, PERKESO boleh membantu melalui skim-skim yang betul.

Atas faktor itu juga Akta Kerja 1955 menetapkan untuk setiap pekerja dan majikan mencarum ke dalam PERKESO setiap bulan. Liputan berkaitan caruman ini juga telah digariskan sendiri pada Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4)

Terdapat 2 jenis caruman untuk PERKESO ini. Berikut adalah ringkasan caruman-caruman yang perlu dibuat.

  1. Caruman Jenis Pertama
    1. Untuk pekerja berumur kurang 60 tahun kecuali yang telah capai umur 55 tahun dan tiada caruman dibayar sebelum. 
    2. Ia dibayar oleh kedua-dua majikan dan pekerja.
    3. Caruman yang perlu dibayar adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
    4. Kadar caruman adalah sebanyak 1.75% syer majikan dan 0.7% syer pekerja mengikut jadual caruman.
  2. Caruman Jenis Kedua
    1. Untuk pekerja yang berumur 60 tahun.
    2. Caruman yang perlu dibayar adalah untuk Skim Bencana Pekerjaan sahaja.
    3. Kadar caruman adalah dari majikan sahaja iaitu sebayak 1.25% mengikut jadual caruman.
    4. Pekerja baharu yang mulai umur 55 tahun perlu dicarumakan di bawah jenis ini.

Skim-Skim PERKESO

skim-skim perkeso

Sebenarnya terdapat banyak jenis skim yang ditawarkan oleh PERKESO bagi membantu ahlinya. Jadi jangan culas pula mencarum kepada PERKESO, dan pastikan majikan juga bayar caruman syer mereka.

Untuk artikel ini skim yang akan diterangkan adalah untuk Pekerja Bermajikan, hal ini kerana topik utama yang ingin diterangkan adalah claim PERKESO untuk yang cuti hospitalisasi. Bagi yang bekerja sendiri jangan risau kerana PERKESO juga ada tawarkan perlindungan kepada pekerjaan sendiri.

Antara skim-skim PERKESO di bawah Pekerja Bermajikan adalah seperti berikut.

  • Skim Bencana Pekerjaan
    • Faedah Perubatan – boleh dapat rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.
    • Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS) – bayaran dibuat sepanjang tempoh cuti sakit yang disahkan doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Ia tidak dibayar jika pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.
    • Faedah Hilang Upaya Kekal (HUK) – dibayar 90% gaji harian purata tertakluk pada minimum RM30 sehari dan maksimum RM148.50 sehari, tuntutan mesti dibuat dalam tempoh 12 bulan dari tarikh terakhir hilang upaya sementara.
    • Elaun Layanan Sentiasa – pekerja yang hilang upaya langsung kekal dan tidak berdaya bekerja boleh menerima elaun dengan pengesyoran doktor pada kadar sebanyak RM500 sebulan.
    • Kemudhaan Pemulihan Jasmani/Vokasional – tanggungan untuk perbelanjaan pemulihan seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, bekalan prostektik, bekalan ortopeduk mengikut kadar serta syarat ditetapkan.
    • Faedah Orang Tanggungan (FOT) – orang tanggungan kayak terima pada kadar harian 90% gaji harian purata pekerja tertakluk pada kadar minimum RM30 sehari dan maksimum RM148.50 sehari.
    • Faedah Pengurusan Mayat – layak terima amaun sebanyak RM3,000 atau jumlah bayaran dibayar sama ada jumlah sebenar perbelanjaan.
    • Faedah Pendidikan – berbentuk pinjaman kepada anak tanggungan. 
  • Skim Keilatan
    • Pencen Ilat – dibayar kepada ahli yang disahkan menghidap keilatan, bermula dari tarikh notis keilatan diterima atau tarikh berhenti kerja dengan syarat ditetapkan PERKESO.
    • Bantuan Ilat – dibayar kepada Orang Berinsurans yang disahkan menhidap keilatan oleh doktor tetapi tidak layak menerima Pencen Ilat kerana tidak penuhi tempoh kelayakan caruman.
    • Elaun Layanan Sentiasa – Orang Berinsurans yang disahkan menghidap keilatan dan tidak berdaya dengan teruknya sehingga sentiasa perlukan layanan seseorang lain pada kadar ditetapkan sebanyak RM500 sebulan.
    • Pencen Penakat – dibayar kepada orang tanggungan yang layak apabila Orang Berinsurans meninggal dunia akibat sebarang sebab yang tidak berkaitan dnegan pekerjaan.
    • Kemudahan Pemulihan Jasmani/Vokasional/Return To Work/Dialisis – diberikan perbelanjaan pemulihan seperti fisioterapi, pembedahan rekonstruktif, bekalan prostektik, bekalan ortopeduk mengikut kadar serta syarat ditetapkan.
    • Faedah Pengurusan Mayat – amaun maksimum sebanyak RM3,000 akan dibayar sekirannya pekerja meninggal dunia akibat sebarang sebab, dan dibayar kepada waris yang layak untuk kos pengebumian.
    • Faedah Pendidikan – berbentuk pinjaman kepada anak tanggungan. 
  • Insurans Pekerjaan

Bagi sebarang rujukan lanjut mengenai skim-skim yang ditawarkan PERKESO, dinasihatkan untuk rujuk laman rasmi PERKESO sendiri untuk mengelakan sebarang salah faham.

Masuk Hospital Boleh Ke Claim PERKESO?

masuk hospital boleh ke claim perkeso?

Berdasarkan penerangan atas, dapat dilihat banyak skim perlindungan ditawarkan PERKESO kepada ahlinya. Daripada kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, kemalangan semasa dalam perjalanan sehingga kemalangan semasa kecemasan pekerja akan tetap dilindungi.

Jadinya di sini andai anda terlibat dalam kemalangan kemudian cedera, maka anda layak untuk membuat permohonan faedah skim PERKESO di bawah Skim Bencana Pekerjaan. Mari lihat contoh situasi di bawah.

Contoh: Anda sedang dalam perjalanan ke pejabat dan berlaku kemalangan sehingga patah tangan. Memandangkan anda memenuhi syarat di bawah Skim Bencana Pekerjaan seperti dalam perjalanan ke tempat kerja dan kehilangan upaya bekerja maka anda boleh mohon faedah HUS.

Pada faedah HUS ini anda layak untuk menerima 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja pada kadar minimum bayaran faedah adalah RM30 sehari dan maksimum RM132 sehari.

Tapi boleh ke claim walaupun tidak masuk ke dalam hospital?

Tentunya apabila anda mengalami kemalangan akan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada sesetengah kes pekerja yang hadapi kemalangan tersebut dibenarkan untuk berehat di rumah namun masih tidak dibenarkan bekerja.

Oleh itu, jawapannya adalah boleh kerana di bawah faedah HUS ini selagi tidak dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan belum dibayar gaji, maka pekerja itu layak untuk mendapatkan manfaat faedah ini walaupun tidak berada dalam hospital.

Selaraskan Bayaran Caruman Bulanan Secara Automatik Dengan MySyarikat!

Kesimpulannya, sungguhpun anda sedang cuti hospitalisasi tetapi tidak berada dalam hospital sekali pun masih layak untuk menerima dan claim faedah yang ditawarkan PERKESO. Ingat untuk mohonnya dalam tempoh ditetapkan untuk memastikan anda perolehi faedah sepenuhnya.

Selain itu, jangan dilupakan juga untuk terus mencarum ke dalam PERKESO serta pastikan majikan turut membayar syer mereka. Caruman ke dalam PERKESO adalah hak pekerja dan jika didapati gagal memenuhi boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah selaraskan caruman bulanan pekerja dan agihan gaji pekerja secara efisien?

Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan tuntuntan syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi Claim Managment yang boleh bantu untuk selaraskan pengiraan, agihan sehingga caruman semuanya dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses cuti, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply