Dalam dunia pekerjaan, peranan bahagian sumber manusia (HR) bukan sekadar menguruskan gaji atau cuti pekerja. Sebaliknya, HR juga memainkan peranan dalam memastikan pematuhan undang-undang buruh, khususnya berkaitan dengan Akta Kerja 1955.
Kegagalan untuk melaksanakan Akta Kerja secara menyeluruh boleh mengundang risiko seperti saman, kehilangan pekerja kerana pemberhentian, yang turut boleh mengakibatkan kerosakan pada imej syarikat.
Oleh itu, memahami dan melaksanakan Akta Kerja dalam HR bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan asas demi kelangsungan dan integriti syarikat.
- Fahami Akta Kerja 1955 & Pindaan Terkini
Langkah pertama dalam pelaksanaan ialah mengenal pasti dengan jelas apakah yang terkandung dalam Akta Kerja 1955 serta sentiasa mengemas kini dengan pindaan-pindaan terbaharu yang dibuat.
Melalui ini, anda sebagai HR dapat mengenal pasti semua hak sebagai majikan termasuk hak-hak perlindungan pekerja yang digariskan oleh undang-undang. Antara hak-hak asas yang perlu diambil tahu adalah,
- Waktu kerja: Had mingguan dikurangkan kepada 45 jam, dan waktu kerja sehari adalah 8 jam.
- Cuti: Cuti bersalin selama 98 hari, cuti paterniti selama 7 hari. Cuti tahunan berdasarkan tempoh perkhidmatan pekerja.
- Tempoh Notis: Tatacara berhenti kerja yang betul dan tempoh notis yang perlu diberikan apabila ingin berhenti kerja.
- Gaji: Tempoh bayaran, jumlah bayaran, dan jenis caruman rasmi perlu dibuat dengan betul mengikut undang-undang.
- Pastikan Polisi Selaras dengan Undang-Undang
Selepas memahami penetapan asas, langkah berikutnya ialah memastikan semua polisi dan prosedur dalaman selari dengan keperluan Akta Kerja. Ini termasuk mengemas kini polisi seperti:
- Pembayaran gaji melalui institusi kewangan sahaja seperti yang ditetapkan oleh pindaan terkini.
- Penyesuaian polisi cuti agar sejajar dengan tempoh cuti bersalin dan paterniti yang diwajibkan.
- Mengurangkan waktu kerja mingguan mengikut peruntukan baharu.
Audit dalaman juga wajar dijalankan secara berkala untuk mengenal pasti sebarang jurang atau ketidakpatuhan yang mungkin berlaku tanpa disedari, terutamanya dengan pelbagai pindaan terbaharu dari semasa ke semasa.
- Laksanakan Tindakan Disiplin Dengan Adil
Salah satu aspek paling penting dalam implementasi Akta Kerja dalam HR ialah pengurusan disiplin pekerja. Kesilapan dalam langkah ini boleh menyebabkan majikan didakwa kerana pemecatan tidak adil atau pelanggaran prosedur.
Oleh itu, pastikan setiap tindakan disiplin mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Akta seperti yang disyorkan:
- Amaran lisan: Sebagai peluang awal untuk pekerja membetulkan kesalahan.
- Amaran bertulis: Jika kesalahan berulang, berikan notis rasmi yang menyatakan butiran pelanggaran.
- Siasatan dalaman: Jalankan siasatan yang adil dan telus, libatkan kedua-dua pihak untuk mendapatkan pandangan seimbang.
- Surat tunjuk sebab: Pekerja mesti diberi ruang untuk mempertahankan diri sebelum keputusan dibuat.
- Latihan Berkala untuk Staf HR & Pengurusan
Perundangan buruh sentiasa dikemas kini. Oleh itu, latihan dan pembangunan kemahiran secara berkala adalah penting agar staf HR dan pengurusan tidak ketinggalan.
Latihan ini bukan sahaja menyegarkan semula pengetahuan tentang Akta Kerja, tetapi juga memperkasa staf dalam menangani situasi sensitif di tempat kerja. Antara modul latihan HR yang dicadangkan:
- Pindaan terbaharu dalam Akta Kerja;
- Prosedur tindakan disiplin yang sah;
- Pelaksanaan dan pengurusan kerja fleksibel;
- Pencegahan diskriminasi dan gangguan di tempat kerja.
Majikan juga digalakkan untuk bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau menghantar pekerja bagi menjalankan sesi latihan khas yang diperakui HRD Corp seperti di MySyarikat Academy.
- Urus Pekerja Asing dan Kontrak Kerja Bertulis dengan Teliti
Majikan perlu lebih berhati-hati apabila menggajikan pekerja asing seperti mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah JTK, dan sebarang pelanggaran boleh mengakibatkan hukuman berat di sisi undang-undang.
Selain itu, kontrak kerja bertulis adalah dokumen penting yang menjadi asas hubungan pekerjaan. Akta Kerja mewajibkan kontrak ini disediakan bagi setiap pekerja, dengan butiran seperti:
- Tajuk jawatan dan tanggungjawab
- Waktu kerja dan cuti
- Gaji dan faedah
- Terma penamatan kontrak
Ketiadaan kontrak bertulis boleh menyukarkan majikan dalam kes pertikaian undang-undang dan menjejaskan kepercayaan pekerja terhadap integriti organisasi. Oleh itu, jelas dan terperinci dalam penulisan syarat kerja adalah kunci untuk mengelakkan salah faham dan memelihara kepercayaan dua hala.
Baca juga: Akta Kerja 1955: Apa Yang Majikan dan Pekerja Perlu Tahu?
Kesimpulannya, gunakan Akta Kerja 1955 sebagai panduan, bukan hanya untuk elak penalti, tetapi sebagai asas membina budaya kerja sihat dan adil. Dalam jangka panjang, pematuhan HR yang konsisten akan meningkatkan reputasi syarikat, memelihara kesejahteraan pekerja, dan mengurangkan risiko tuntutan undang-undang.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Adakah semua syarikat wajib patuh kepada Akta Kerja 1955?
Ya, semua syarikat yang menggaji pekerja mengikut definisi dalam Akta adalah tertakluk.
2. Adakah latihan HR diwajibkan oleh undang-undang?
Tidak wajib, tetapi sangat disarankan untuk meningkatkan kepatuhan dan kefahaman staf. Anda boleh hadiri kursus latihan yang ditawarkan MySyarikat Academy kerana ia diiktiraf oleh HRD Corp dan membolehkan anda membuat tuntutan perbelanjaan.
3. Bagaimana cara terbaik uruskan rekod pekerja?
Gunakan sistem HR digital seperti HRMS untuk automasi, simpanan selamat, dan pelaporan tepat masa.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
