Skip to main content

Tidak boleh dinafikan pekerja sektor awam antara yang paling banyak terima faedah. Dari segi penggajian, penjawat awam terima gaji yang agak memuaskan. Atas faktor itu sebilangan besar daripada kita mengimpikan kerjaya di sektor awam.

Tetapi sebesar manakah atau sebanyak manakah gaji penjawat awam sebenarnya? Mari baca artikel ini sampai habis untuk tahu tentang gred gaji kerajaan dan tangga gaji penjawat awam.

Definisi Gaji

Tanpa mengira sektor sama ada kerajaan atau swasta, perundangan buruh Malaysia iaitu Akta Kerja 1955 telah menggariskan segala penetapan dan peraturan berkaitan kerja.

Penetapan Akta Kerja 1955 merangkumi segala aspek dari tempoh kerja ke waktu cuti termasuk penggajian. Ini bermakna tanpa mengira sektor setiap individu yang memasuki kontrak perkhidmatan akan dilindungi.

Secara asasnya gaji adalah bayaran tetap yang diberi majikan kepada pekerja atas perkhidmatan yang ditawarkan. Tempoh pembayaran pula gaji adalah dalam tempoh 7 hari selepas hari terakhir bulan penggajian.

Untuk makluman terdapat tiga bentuk gaji iaitu gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih. Bagi kebanyakan penjawat awam mereka akan terima gaji termasuk elaun khas setiap bulan.

Walaupun pemberian elaun biasanya ditawar berdasarkan polisi syarikat, mereka yang berada di sektor kerajaan hampir semuanya menerima elaun berserta gaji setiap bulan.

Gred dan Tangga Gaji Penjawat Awam

Penjawat awam adalah mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan memasuki kontrak kerja di bawah perkhidmatan kerajaan atau pentadbiran kerajaan. Mereka ini terdiri daripada pegawai kerajaan, polis, tentera, pegawai perkhidmatan awam dan lain-lain.

Selalunya penjawat awam akan dibayar gaji ikut gred gaji yang akan menentukan tangga gaji mereka. Menariknya lagi penjawat awam juga layak menerima faedah lain seperti elaun perumahan dan elaun kesihatan.

Ringkasan gred gaji penjawat awam ditentukan dengan menggunakan angka yang mewakili kelayakan, lagi besar angka tersebut lagi tinggi tangga gaji pekerja. Selain itu, terdapat juga kod huruf yang menentukan kategori jabatan perkhidmatan.

Bagi gred sistem saraan Malaysia, ia bermula dengan angka 1 sebagai gred terendah dan diikuti angka lebih besar untuk gred yang lebih tinggi. Angka ganjil ditetapkan untuk gred lantikan sementara angka genap untuk gred kenaikan pangkat.

Disebabkan terdapat banyak jenis jawatan dalam perhidmatan kerajaan, sistem kod huruf diwujudkan bagi memudahkan penyelarasan gaji. Rujukan untuk setiap kod huruf bagi jawatan kerajaan boleh dibuat pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11.

Cara Pengiraan Gaji Penjawat Awam

Rujukan untuk pengiraan gaji penjawat awam boleh dibuat pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2000. Formula pengiraan gaji penjawat awam adalah seperti berikut:

  • Gaji Harian
    • Kadar Gaji Harian = Gaji Permulaan Sebulan Mengikut Skim Perkhidmatan Pegawai Dilantik bahagi 25 Hari Bekerja
  • Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
    • Kadar ITKA Sehari = Kadar ITKA Mengikut Kategori Perkhidmatan Pegawai Dilantik bahagi 25 Hari Bekerja 
  • Bayaran Lebih Masa
    • Kadar Bayaran Sejam = (Gaji Harian X 25 Hari Bekerja X 12 bulan) bahagi (313 Hari Bekerja X 8 Jam
  • Cuti Rehat Bergaji Penuh
    • Anggota sambilan layak diberi 1 hari Cuti Rehat bergaji penuh bagi setiap kali genap 25 hari bekerja tetapi tidak lebih 7 hari cuti rehat dalam setahun, dan baki cuti rehat tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya

Jelas di sini terdapat sedikit perbezaan dalam pengiraan dan tempoh pembayaran gaji bagi penjawat awam dengan mereka yang bekerja di sektor swasta. Walaubagaimana pun asasnya tetap sama.

Tanpa mengira sektor pekerjaan, pembayaran gaji amat penting kerana ia adalah ganjaran ke atas perkhidmatan yang ditawarkan pekerja.

Jika syarikat anda ada masalah dengan pembayaran gaji pekerja, sudah tiba masa untuk gunakan MySyarikat; sistem HR intuitif yang mengautomasikan segala urusan HR menjadi lebih mudah!

Muat turun aplikasi MySyarikat sekarang di App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma sekarang! Atau klik pada gambar untuk daftar, 100% percuma!

Leave a Reply