Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum kita memasuki tahun 2025, pastinya ramai daripada kita sedang melakukan ‘pecutan terakhir’ untuk memenuhi azam tahun ini ataupun menyelesaikan tugasan yang perlu disiapkan sebelum tahun baru muncul.
Bagi yang sudah selesai pasti teruja untuk memasuki tahun baru, dan sesetengah daripada kita mungkin sedang merancang cuti untuk tahun hadapan. Jadi bagi mereka, sama ada pekerja atau pegawai HR atau majikan, yang ingin merancang percutian dan aktiviti syarikat boleh merujuk pada kalendar 2025 di bawah ini.
Senarai Tarikh Hari Cuti Umum 2025
Januari 2025
- 1 Januari (Rabu) – Tahun Baru [Semua Negari kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terrengganu].
- 14 Januari (Selasa) – Hari Keputeraan YDPB Negeri Sembilan [Negeri Sembilan].
- 27 Januari (Isnin) – Israk dan Mikraj [Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu].
- 29 Januari (Rabu) – Tahun Baru Cina [Semua Negeri]
- 30 Januari (Khamis) – Tahun Baru Cina Hari Kedua [Semua Negeri kecuali Kelantan].
Februari 2025
- 1 Februari (Sabtu) – Hari Wilayah Persekutuan [Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya].
- 11 Februari (Selasa) – Hari Thaipusam [Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor].
Mac 2025
- 2 Mac (Isnin) – Awal Ramandan [Johor & Kedah].
- 3 Mac (Selasa) – Cuti Awal Ramadan [Johor].
- 4 Mac (Selasa) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu [Terengganu].
- 18 Mac (Selasa) – Hari Nuzul Al-Quran [Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak].
- 23 Mac (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Johor [Johor].
- 24 Mac (Isnin) – Cuti Hari Keputeraan Sultan Johor [Johor].
- 31 Mac (Isnin) – Hari Raya Aidilfitri [Semua Negeri].
April 2025
- 1 April (Selasa) – Hari Raya Aidilfitri Hari Kedua [Semua Negeri].
- 2 April (Rabu) – Cuti Hari Raya Aidilfitri [Melaka].
- 18 April (Jumaat) – Good Friday [Sabah & Sarawak].
- 26 April (Sabtu) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu [Terengganu].
- 27 April (Ahad) – Cuti Hari Keputeraan Sultan Terengganu [Terengganu].
Mei 2025
- 1 Mei (Khamis) – Hari Pekerja [Semua Negeri].
- 12 Mei (Isnin) – Hari Wesak (Semua Negeri].
- 17 Mei (Sabtu) – Hari Keputeraan Raja Perlis [Perlis].
- 22 Mei (Khamis) – Hari Hol Pahang [Pahang].
- 30 Mei (Jumaat) – Pesta Keaamatan [Labuan & Sabah].
- 31 Mei (Sabtu) – Pesta Keaamatan Hari Kedua [Labuan & Sabah].
Jun 2025
- 1 Jun (Ahad) – Hari Gawai [Sarawak].
- 2 Jun (Isnin) – Hari Gawai Hari Kedua [Sarawak].
- 2 Jun (Isnin) – Hari Keputeraan YDP Agong [Semua Negeri].
- 3 Jun (Selasa) – Cuti Hari Keputeraan YDP Agong [Sarawak].
- 7 Jun (Sabtu) – Hari Raya Haji [Semua Negeri].
- 8 Jun (Ahad) – Hari Raya Haji Hari Kedua [Kedah, Kelantan Perlis & Terangganu].
- 22 Jun (Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah [Kedah].
- 27 Jun (Jumaat) – Awal Muharram [Semua Negeri].
- 29 Jun (Ahad) – Cuti Awal Muharram [Kedah].
Julai 2025
- 12 Julai (Sabtu) – Harijadi Yang di-Pertuan Negeri Pulau Pinang [Pulau Pinang].
- 22 Julai (Selasa) – Hari Sarawak [Sarawak].
- 30 Julai (Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Pahang [Pahang].
- 31 Julai (Khamis) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar [Johor].
Ogos 2025
- 24 Ogos (Ahad) – Harijadi Yang di-Pertuan Negeri Melaka [Melaka].
- 25 Ogos (Isnin) – Cuti Harijadi Yang di-Pertuan Negeri Melaka [Melaka].
- 31 Ogos (Ahad) – Hari Kebangsaan [Semua Negeri].
September 2025
- 1 September (Isnin) – Cuti Hari Kebangsaan [Semua Negeri kecuali Kedah, Kelantan & Terengganu].
- 5 September (Jumaat) – Maulidur Rasul [Semua Negeri].
- 7 September (Ahad) – Cuti Maylidur Rasul [Kedah].
- 16 September (Selasa) – Hari Malaysia [Semua Negeri].
- 29 September (Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan [Kelantan].
- 30 September (Selasa) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua [Kelantan].
Oktober 2025
- 4 Oktober (Sabtu) – Harijadi Yang di-Pertuan Negeri Sabah [Sabah].
- 11 Oktober (Sabtu) – Harijadi Yang di-Pertuan Negeri Sarawak [Sarawak].
- 20 Oktober (Isnin) – Deepavali [Semua Negeri kecuali Sarawak].
November 2025
- 7 November (Jumaat) – Hari Keputeraan Sultan Perak [Perak].
Disember 2025
- 11 Disember (Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Selangor [Selangor].
- 24 Disember (Rabu) – Cuti Hari Natal [Sabah].
- 25 Disember (Khamis) – Krismas [Semua Negeri].
Suka diingatkan bahawa tarikh-tarikh yang dinyatakan dalam ini adalah berdasarkan kalendar Gregorian – Kelandar Kuda 2025. Sebarang penambahan tarikh cuti peristiwa atau penambahan cuti oleh kerajaan akan dikemas kini dari masa ke semasa.
Akhir kata, rancang percutian anda dengan baik dan manfaatkan faedah cuti tahunan yang menjadi hak pekerja. Bagi majikan pula adalah sebaiknya membuat perancangan rapi untuk perniagaan anda pada tahun depan. Pilih tarikh-tarikh yang bersesuaian bagi memastikan keuntungan maksimum dapat diraih.
Automasikan Penjadualan dan Proses Cuti Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah memproses cuti pekerja secara efisien? Atau sering berdepan masalah penjadualan gerak kerja pekerja semasa bercuti? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan cuti pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Leave Management MySyarikat yang direka untuk membantu proses permohonan cuti pekerja, selaraskan penjadualan kerja syarikat secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!