Skip to main content

Sejak pandemik COVID-19 melanda, banyak organisasi telah mula menilai semula struktur kerja tradisional dan membuka ruang kepada model kerja yang lebih fleksibel. Kini, kerja hybrid di Malaysia bukan lagi sekadar inisiatif, tetapi telah menjadi norma baharu.

Apa Itu Kerja Hybrid/Fleksibel?

Secara asasnya, kerja hybrid merujuk kepada susunan kerja di mana pekerja mempunyai kebebasan untuk bekerja dari rumah atau hadir ke pejabat mengikut keperluan. Sementara itu, aturan kerja fleksibel merangkumi perubahan dari segi masa, hari atau tempat bekerja yang dibenarkan oleh majikan berdasarkan permintaan pekerja. 

Kedua-dua konsep ini disokong oleh peruntukan undang-undang menerusi Akta Kerja, khususnya pada Seksyen 60P dan 60Q yang memberi laluan kepada pekerja untuk memohon susunan kerja yang lebih anjal dan sesuai dengan gaya hidup mereka.

Di Malaysia, trend ini bukan sahaja mencerminkan evolusi budaya kerja, malah terbukti memberi pelbagai manfaat seperti kelebihan kerja hybrid, antaranya termasuklah peningkatan produktiviti, pengurangan kos operasi, serta kebolehan syarikat menarik dan mengekalkan bakat terbaik.

Langkah-langkah Pelaksanaan Kerja Hybrid/Fleksibel

  1. Memahami Peraturan dan Garis Panduan

Langkah pertama dalam melaksanakan aturan kerja fleksibel Malaysia ialah memahami kerangka perundangan yang berkaitan. Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 melalui Seksyen 60P dan 60Q membolehkan pekerja memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) secara rasmi.

Majikan perlu menjawab permohonan secara bertulis dalam tempoh 60 hari. Kegagalan memahami garis panduan kerja fleksibel ini boleh memberi implikasi undang-undang dan menjejaskan kepercayaan pekerja terhadap organisasi.

  1. Mewujudkan Polisi dan Prosedur

Polisi kerja yang dokumentasi dan konsisten sangat penting dalam memastikan kelancaran pelaksanaan. Syarikat perlu menetapkan kriteria kelayakan, garis masa, serta proses permohonan yang telus dan boleh diakses.

Keselarasan dengan akta kerja bagi memastikan polisi yang digubal tidak bercanggah dengan hak pekerja yang telah digariskan oleh undang-undang buruh.

  1. Komunikasi dan Latihan

Strategi komunikasi dalaman yang jelas harus diutamakan. Latihan kepada pengurus dan pekerja dapat memperjelaskan peranan masing-masing, mengurangkan salah faham, dan menyelaraskan ekspektasi dalam pelaksanaan kerja hybrid.

Latihan ini turut menyokong persekitaran yang kondusif kepada work-life balance Malaysia, menjadikan komunikasi dua hala sebagai budaya kerja utama.

  1. Kelulusan dan Pemantauan

Setiap permohonan AKF perlu dijawab secara bertulis dalam masa 60 hari. Sekiranya ditolak, alasan yang diberi mesti munasabah. Pemantauan prestasi secara berkala pula membantu mengesan sebarang penurunan prestasi serta mengenal pasti ruang penambahbaikan.

  1. Penyesuaian Infrastruktur dan Teknologi

Sokongan teknologi seperti perisian kolaborasi, VPN, dan peranti kerja jarak jauh perlu disediakan. Selain itu, keselamatan data adalah aspek penting yang tidak boleh dipandang ringan dalam pelaksanaan kerja hybrid Malaysia.

  1. Penilaian dan Penambahbaikan Berterusan

Melalui tinjauan pekerja dan laporan prestasi, majikan boleh menilai keberkesanan polisi sedia ada. Polisi perlu disemak secara berkala agar kekal relevan dengan keperluan semasa dan tidak ketinggalan dalam persaingan pasaran kerja.

Faedah Pelaksanaan Kerja Hybrid/Fleksibel

  • Peningkatan Produktiviti dan Kepuasan Kerja
    • Fleksibiliti kerja membantu meningkatkan fokus dan motivasi, menjadikan kelebihan kerja hybrid sebagai alat strategik untuk hasil kerja yang lebih berkualiti.
  • Keseimbangan Kerja dan Kehidupan
    • Sokongan terhadap work-life balance Malaysia secara langsung mengurangkan burnout dan membantu pekerja mencapai keseimbangan antara tanggungjawab peribadi dan profesional.
  • Penjimatan Kos dan Pengoptimuman Sumber
    • Model kerja fleksibel membantu syarikat menjimatkan kos operasi seperti sewaan, utiliti dan logistik sambil mengekalkan kecekapan tenaga kerja.
  • Menarik dan Mengekalkan Bakat Terbaik
    • Kerja hybrid Malaysia kini menjadi faktor penentu dalam menarik tenaga kerja generasi baharu yang lebih mementingkan fleksibiliti, kebebasan dan nilai kehidupan seharian.

Baca juga: Wujudkah Aturan Kerja Fleksibel di Malaysia?

Kesimpulannya, pelaksanaan kerja hybrid dan aturan kerja fleksibel Malaysia memerlukan strategi yang menyeluruh bukan hanya dari segi logistik, tetapi juga dari sudut undang-undang, dasar, teknologi, dan komunikasi.

Majikan harus bersikap proaktif dan terbuka terhadap perubahan, manakala pekerja perlu celik undang-undang serta mengambil tanggungjawab terhadap permohonan dan pelaksanaan AKF. Kerja fleksibel bukan lagi masa depan, ia kini menjadi realiti yang perlu diurus dengan bijak.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia