Skip to main content

Voluntary Separation Scheme (VSS) atau Skim Pemisahan Sukarela merupakan salah satu mekanisme yang paling banyak digunakan oleh majikan-majikan di Malaysia dalam proses mengurangkan bilangan pekerja yang bekerja di sesuatu syarikat.

Ia menawarkan pilihan kepada pekerja untuk meninggalkan pekerjaan mereka secara sukarela sebagai pertukaran untuk suatu pampasan tertentu. Kata kuncinya di sini adalah ‘sukarela’, ini bermakna ia perlu dipersetujui oleh pihak majikan dan pekerja.

Tetapi bagaimana untukmemastikan VSS ini dilakukan dengan betul? Apakah pengiraan pampasan VSS yang adil untuk kedua-dua belah pihak antara majikan dan pekerja?

Artikel ini akan mengupas lebih lanjut mengenai proses VSS, rangka undang-undang pemecatan di Malaysia dan cara pengiraan pampasan VSS yang wajib setiap pihak tahu supaya tidak berlakunya kes pemecatan tidak adil.

Apa Itu Voluntary Separation Scheme (VSS)?

voluntary separation scheme (vss)

Skim pemisahan ini merujuk kepada sebuah mekanisma pemecatan yang ditawarkan majikan kepada pekerja untuk meninggalkan syarikat secara sukarela. Ini bermakna majikan tawarkan pilihan kepada pekerja untuk mengundur diri atas pilihan pekerja itu sendiri, dengan pampasan dipersetujui.

Ia berbeza dengan Mandatory Separation Scheme (MSS) atau Skim Pemisahan Wajib yang menyaksikan persetujuan bersama diantara majikan dan pekerja untuk menamatkan kontrak pekerjaan selepas capai kata sepakat yang memuaskan.

Kejap, kenapa majikan nak buat VSS pula?

Untuk makluman, VSS ini diguna pakai syarikat untuk menyelaraskan semula tenaga kerja. Ini boleh terjadi kerana syarikat mungkin mahu mengurangkan kos operasi atau terdapat penukaran dalam organisasi pemilikan sesebuah syarikat.

Dalam kebanyakan kes VSS ini sering digunakan apabila syarikat menghampiri hayat terakhir perniagaan atau berlakunya prestasi yang merundum, dan terpaksa melakukan pemberhentian pekerja (layoff) bagi mengimbangi semula kos operasi.

Undang-Undang Berkaitan VSS di Malaysia

undang-undang pemecatan di malaysia

Untuk memahami undang-undang berkaitan VSS, adalah lebih baik untuk kita faham terlebih dahulu tentang perundangan berkaitan pemecatan dan pemberhentian di Malaysia. Seperti biasa apabila bercakap tentang undang-undang kerja negara sumber rujukan utamanya adalah Akta Kerja 1955.

Di bawah Seksyen 12, Notis Penamatan Kontrak, Akta Kerja 1955 ada menerangkan bahawa,

  • Mana-mana pihak, sama ada majikan atau pekerja, yang berhasrat untuk berhenti kerja boleh berikan notis kepada pihak satu lagi pada bila-bila masa.
  • Panjang tempoh notis yang dihantar mestilah sama untuk kedua-dua pihak, sama ada majikan atau pekerja, seperti yang telah ditetapkan dalam syarat kontrak perkhidmatan.
    • 4 minggu notis bagi pekerja yang berkhidmat kurang daripada 2 tahun.
    • 6 minggu notis bagi pekerja yang berkhidmat 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun.
    • 8 minggu notis bagi pekerja yang berkhidmat 5 tahun atau lebih.
  • Sekiranya atas faktor-faktor berikut juga majikan mesti memberikan pekerja notis penamatan perkhidmatan mengikut tempoh notis ditetapkan.
    • Majikan ingin menghentikan perniagaan.
    • Majikan ingin menukar tempat perniagaan.
    • Majikan ingin mengurangkan atau memansuhkan suatu pekerjaan.
    • Pekerja tidak mahu menerima pemindahan.
    • Berlaku perubahan dalam pemilikan atau organisasi perniagaan.
  • Notis penamatan kontrak mestilah dalam bentuk bertulis, dan boleh diberikan pada bila-bila masa bermula dari masa notis dihantar.

Jadi VSS jatuh di bawah Seksyen 12 ke?

Ya. VSS ini dikawal selia di bawah penetapan undang-undang dalam Akta Kerja 1955 serta Akta Perhubungan Industri 1967. Perlu difaham di sini bahawa penetapan yang dibuat ini adalah untuk melindungi hak pekerja dan majikan supaya tidak berlakunya pemecatan tidak adil.

Kriteria Kelayakan VSS

Sungguhpun VSS dibenarkan dalam perundangan yang melibatkan pemberhentian di Malaysia, terdapat beberapa kriteria kelayakan dalam melaksanakannya. Sebagai makluman juga kelayakan VSS ini berbeza dan bergantung pada polisi syarikat.

Apa yang dibentangkan dalam artikel ini adalah secara amnya sahaja. Untuk rujukan lanjut mengenai VSS syarikat anda, adalah dinasihatkan untuk lihat semula buku panduan polisi dan kontrak pekerjaan yang dipersetujui.

  1. Tempoh Perkhidmatan: Panjang tempoh seseorang pekerja itu bekerja boleh diambil kira sebelum membuat keputusan untuk laksanakan VSS. 
  2. Umur: Had umur seseorang pekerja itu bekerja boleh diambil kira sebelum membuat keputusan untuk laksanakan VSS.
  3. Jawatan: Jawatan seseorang pekerja itu di dalam syarikat boleh diambil kira sebelum membuat keputusan untuk laksanakan VSS.

Pampasan VSS dan Formula Pengiraan Pampasan VSS

Sekali lagi diingatkan bahawa polisi VSS setiap syarikat adalah berbeza. Andai anda diberhentikan kerja dan memerlukan pampasan dari pihak PERKESO sebagai bantuan tambahan, dinasihatkan untuk layari laman rasmi mereka.

Antara pampasan untuk VSS yang boleh diberi majikan dan diterima oleh pekerja adalah seperti berikut:

  • Bayaran Ganti Rugi: Boleh jadi sejumlah wang yang dibayar kepada pekerja untuk tempoh perkhidmatan mereka dengan syarikat.
  • Faedah Pemecatan: Boleh jadi bayaran tambahan yang dibayar kepada pekerja kerana VSS.
  • Bantuan Pekerjaan: Boleh jadi bantuan pekerjaan lain seperti faedah perubatan, elaun kesihatan, perkhidmatan bantuan pekerjaan dan lain-lain.
formula kira pampasan vss

Untuk pengiraan pampasan VSS ini pula ia perlu dibayar oleh majikan berdasarkan tempoh perkhidmatan pekerja itu bersama dengan syarikat. Formula untuk pengiraan dan contohnya adalah seperti berikut:

Tempoh Perkhidmatan x (Gaji + Elaun) = Pampasan VSS

Contoh: Wani bekerja selama 5 tahun dan menerima gaji sebanyak RM2,500 serta elaun sebanyak RM500 setiap bulan. Akibat daripada penurunan prestasi dan syarikatnya ingin mengurangkan jumlah pekerja Wani terpilih untuk VSS.

Maka, pengiraan untuk pampasan VSS Wani adalah seperti di bawah.

5 tahun [Tempoh Perkhidmatan] x (RM2,500 [Gaji] + RM500 [Elaun]) = RM15,000 [Pampasan VSS]

Kesimpulannya, VSS ini boleh dilakukan sekirannya syarikat menepati syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Majikan dan pekerja perlu peka dengan hak-hak masing-masing apabila VSS berlaku. Sekirannya berlaku pemecatan tidak adil adalah dinasihatkan untuk anda membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja.

Automasikan Sebarang Pembayaran dan Pengiraan dengan MySyarikat!

Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pengiraan dan pembayaran gaji pekerja secara efisien? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! 

Pengurusan gaji pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi Payroll MySyarikat yang direka untuk membantu pengurus perniagaan mengira, membayar dan menetapkan jadual pembayaran gaji bulanan secara automatik dalam satu sistem sahaja!

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon
beza rest day dan off day
Asas HR

Beza Antara Rest Day dan Off Day

Zahin ByondZahin ByondDecember 6, 2024

Leave a Reply