Skip to main content

Antara masalah-masalah utama pembayaran gaji yang majikan hadapi adalah lambat bayar gaji, tidak membayar caruman-caruman wajib pekerja atau tidak patuh Perintah Gaji Minimum seperti yang digazetkan perundangan.

Memang tidak boleh dinafikan apabila sentuh bab gaji pasti ramai individu akan jadi sensitif. Mana tidaknya setiap orang memiliki komitmen masing-masing yang perlu diselesaikan setiap bulan.

Tapi bila majikan hadapi masalah pembayaran gaji ia boleh cetus rasa tidak senang hati pekerja, dan kalau masalah pembayaran gaji berterusan pasti akan runtuhkan semangat pekerja sehingga ada yang mula berhenti kerja.

Bila Majikan Perlu Bayar Gaji?

Kalau dirujuk Akta Kerja 1955, gaji adalah upah wang yang diberikan majikan kepada pekerja atas perkhidmatan yang diberi berdasarkan persetujuan dalam kontrak perkhidmatan.

Kebiasaannya tempoh pembayaran gaji pekerja adalah untuk tempoh bekerja 1 bulan, dan jika tidak dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan sekali pun ia tetap dianggap untuk tempoh 1 bulan.

Senang cerita majikan tidak boleh buat pembayaran gaji pekerja untuk tempoh 2 bulan sekali atau 3 bulan sekali. Majikan perlu membayar gaji pekerja pada tempoh setiap 1 bulan. Syarat ini terpakai kepada semua pekerja tetap dan pekerja sambilan.

Malah, masa untuk pembayaran gaji pekerja pula mesti tidak lewat dari 7 hari selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh upah. Ini bermakna majikan perlu bayar gaji pekerja dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan.

Kesalahan Pembayaran Gaji Yang Sering Dilakukan

Perlu diingatkan bahawa pembayaran gaji pekerja yang dibayar setiap bulan mesti sudah lengkap dengan segala potongan wajib seperti KWSP, PERKESO dan SIP.

Ini bermakna majikan perlu kreditkan amaun gaji ke dalam akaun pekerja dalam bentuk gaji bersih, bukannya dalam bentuk gaji kasar setiap bulan.

Tetapi sesetengah majikan hadapi masalah pembayaran gaji bersih kerana ‘tersangkut’ bayar caruman KWSP, PERKESO atau EIS. Akibatnya gaji pekerja terpaksa dibayar lewat bagi menyelesaikan pembayaran caruman terlebih dahulu.

Masalah lain berkaitan pembayaran gaji yang majikan sering lakukan adalah kesalahan memasukan amaun yang betul. Tugas-tugas melibatkan nombor pada kuantiti yang banyak terdedah kepada risiko melakukan kesalahan, lebih lagi jika dibuat secara manual.

Tentunya pengiraan gaji pekerja ada formulanya yang boleh bantu memudahkan pengiraan, tetapi sifat manusia yang tidak sempurna boleh menyebabkan kesilapan berlaku. Apabila kesilapan berlaku maka gaji pekerja juga terpaksa dibayar lewat.

Secured Payroll MySyarikat

Perkenalkan MySyarikat; platform HR intuitif yang menawarkan pelbagai fungsi dan ciri untuk membantu pegawai HR, majikan dan pekerja dalam menguruskan proses HR dengan lebih cekap dan mudah!

Antara fungsi yang ditawarkan adalah Secured Payroll yang mengautomasikan pembayaran gaji pekerja termasuk mengira segala potongan-potongan wajib secara automatik, seterusnya menjimatkan masa dan tiada kesalahan pengiraan.

Dengan menggunakan MySyarikat, pegawai HR tidak perlu lagi risau dengan pembayaran dan pembahagian gaji pekerja dalam kuantiti yang banyak. Malah, slip gaji juga dijana secara automatik sebaik pengiraan gaji dibuat.

Selain itu, MySyarikat juga menawarkan fungsi lain yang diperlukan untuk memudahkan tugasan pegawai HR seperti:

  1. Kehadiran Pintar/ Smart Attendance
  2. Pengurusan Pekerja/ Employee Management
  3. Memudahkan Permohonan Cuti/ Simplified Leave Processess
  4. Pengurusan tuntutan/ Claim Management
  5. Pengurusan Gaji Automatik dan Terjamin/ Secured and Automated Payroll
  6. Pengumuman Pintar/ Smart Announcement
  7. Mesra Pekerja/ Employee Self Service
  8. Syarikat Pelbagai/ Multi-Company
  9. Notifikasi Terkini/ Real Time Notification

Rasai sendiri pengalaman automasi sistem HR dengan muat turun aplikasi MySyarikat melalui App Store, Google Play Store dan App Gallery secara percuma sekarang!

Leave a Reply