Skip to main content

Setiap perniagaan yang beroperasi di Malaysia, sama ada syarikat besar mahupun enterprise, wajib memahami proses pemfailan cukai. Ini bukan sekadar isu pematuhan, tetapi juga elemen penting dalam pengurusan kewangan yang sah dan bertanggungjawab. 

Kegagalan memfailkan cukai atau mengemukakan maklumat palsu boleh menyebabkan perniagaan dikenakan penalti, denda yang tinggi, atau lebih buruk, tindakan mahkamah. Oleh itu, memahami proses pendaftaran fail cukai syarikat adalah perkara asas yang tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pemilik bisnes.

Jenis Perniagaan Yang Perlu Daftar Fail Cukai

Perniagaan di Malaysia boleh dikategorikan kepada dua jenis utama dari sudut percukaian:

  1. Syarikat (Sdn Bhd, Berhad)

Syarikat yang berdaftar dikenakan kadar cukai korporat atas keuntungan bersih tahunan. Kadar ini berbeza mengikut saiz dan jenis syarikat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menikmati keistimewaan tertentu, di mana RM600,000 pertama pendapatan bercukai dikenakan cukai hanya sebanyak 17%, manakala lebihan dikenakan kadar standard.

  1. Enterprise (Pemilik Tunggal atau Perkongsian)

Bagi pemilik perniagaan yang menjalankan enterprise, keuntungan perniagaan dianggap sebagai sebahagian daripada pendapatan individu, bukan entiti berasingan. Oleh itu, cukai dikenakan berdasarkan kadar cukai progresif perniagaan enterprise bermula dari 0% hingga 30%, bergantung kepada jumlah pendapatan bercukai tahunan pemilik.

Pendaftaran Fail Cukai Perniagaan

Langkah pertama bagi setiap entiti perniagaan yang telah mula beroperasi adalah mendaftarkan fail cukai dengan LHDN.

Bagi syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui sistem MyCoID, Nombor Pengenalan Cukai (TIN) akan dijana secara automatik dan disalurkan kepada LHDN. 

Namun, bagi kes lain, seperti pemilik tunggal atau perkongsian yang tidak menggunakan MyCoID, pendaftaran fail cukai boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal e-Daftar di platform MyTax.

Pengiraan Cukai Perniagaan Enterprise

Untuk pemilik enterprise seperti perniagaan pemilik tunggal atau perkongsian, pengiraan cukai tidak semudah menunggu angka dari akauntan. Anda perlu tahu bagaimana pendapatan anda dikira, supaya anda tidak tersilap lapor atau terlebih bayar.

Proses kiraan cukai pendapatan perniagaan Malaysia melibatkan beberapa langkah asas:

  • Langkah 1: Kira Pendapatan Kasar

Ini termasuk semua hasil jualan, komisen, sewaan, atau apa sahaja bentuk pendapatan yang diterima oleh perniagaan sepanjang tahun taksiran.

  • Langkah 2: Tolak Perbelanjaan Perniagaan

Ini termasuk kos operasi seperti sewa premis, gaji pekerja, bayaran utiliti, pembelian bahan mentah, serta perbelanjaan lain yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan. Hasilnya ialah pendapatan bersih.

  • Langkah 3: Tolak Pelepasan atau Rebat Cukai

Selepas memperoleh pendapatan bersih, anda boleh menolak pelepasan atau rebat cukai tertentu seperti zakat perniagaan, caruman KWSP individu, dan sumbangan kepada organisasi yang diiktiraf. Ini memberikan anda jumlah pendapatan bercukai.

  • Langkah 4: Kira Cukai Mengikut Kadar Progresif

Kadar cukai progresif perniagaan enterprise bermula dari 0% hingga 30%, bergantung pada jumlah pendapatan bercukai. Ini bermakna lebih tinggi pendapatan, lebih tinggi kadar cukai.

Contoh Pengiraan:

  • Pendapatan kasar: RM150,000
  • Perbelanjaan perniagaan: RM40,000
  • Pendapatan bersih: RM110,000
  • Pelepasan cukai: RM20,000
  • Pendapatan bercukai: RM90,000
  • Cukai yang perlu dibayar (kadar 21%): RM18,900

Penghantaran Borang Cukai

Setiap perniagaan perlu mengisi dan menghantar borang cukai yang sesuai berdasarkan entiti perniagaan mereka.

  • Borang C untuk Syarikat : Borang ini mesti dihantar melalui e-Filing LHDN Malaysia dalam tempoh 7 bulan selepas tarikh penutupan akaun. Pengisian ini wajib walaupun syarikat tidak mencatat keuntungan.
  • Borang B untuk Enterprise : Penghantaran Borang B cukai pendapatan individu mesti dibuat sebelum 30 Jun setiap tahun. Ini boleh dilakukan melalui sistem e-Filing di portal MyTax, yang membolehkan pemilik perniagaan mengisi, semak dan hantar borang cukai secara dalam talian dengan mudah.

Baca jugaPanduan Lengkap Cukai Korporat Untuk Syarikat Malaysia

Kesimpulannya, sama ada anda mengendalikan syarikat Sdn Bhd atau enterprise, memastikan semua borang dan rekod perniagaan untuk audit cukai dikemukakan tepat pada masanya akan menyelamatkan anda dari tekanan kewangan dan undang-undang.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

MySyarikat - sistem HRMS/ HR software terbaik di Malaysia

Leave a Reply