Satu perkara yang pasti adalah pekerja layak untuk menerima faedah Cuti Sakit, seperti yang digariskan pada Seksyen 60F Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, selepas disahkan oleh pegawai kesihatan tidak sihat untuk melakukan tugasan.
Namun, untuk mendapatkan faedah Cuti Sakit ini pekerja perlu perolehi sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) yang hanya boleh dikeluarkan oleh pakar kesihatan di klinik/hospital swasta. Bagi yang ke klinik/hospital kerajaan pula selalunya mereka akan diberikan time slip.
Apakah Itu Time Slip?
Time slip merupakan dokumen yang dikeluarkan oleh pegawai kesihatan sebagai bukti pekerja menghadiri klinik atau hospital kerajaan bagi mendapatkan rawatan, kemudian ia diberikan kepada majikan.
Ianya berfungsi sebagai bukti kepada majikan bahawa sepanjang tempoh pekerja tidak bekerja tersebut, mereka sedang mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Ini bermakna pekerja bukan tidak hadir bekerja sesuka hati.
Selalunya time slip ini akan diberikan kepada pekerja,
- Yang tidak berkelayakan untuk mendapatkan MC
- Ibu bapa yang meninggalkan waktu bekerja untuk bawa anak dapatkan rawatan
- Melawat ke klinik atau hospital kerajaan
Maksimum masa untuk sebuah time slip ini dibenarkan selalunya selama 2 jam, atau mengikut kebenaran polisi sesebuah syarikat. Tetapi dalam kebanyakan kes di Malaysia tempoh masa yang dibenarkan time slip dikeluarkan oleh klinik atau hospital kerajaan adalah 2 jam sahaja.
Bolehkah Dapat MC dan Time Slip Sekali?
Jawapan kepada persoalan dapatkan MC dan time slip dalam satu masa ini adalah TIDAK BOLEH. Hal ini kerana time slip hanya dikeluarkan oleh klinik atau hospital kerajaan atau jika pekerja tidak layak dapat MC.
Contoh mudah untuk menerangkan situasi ini adalah andai pekerja diberikan faedah Cuti Sakit selama 14 hari dan telah habis menggunakannya, jadi untuk kali ke-15 tersebut klinik atau hospital akan memberikan time slip sebagai bukti pekerja mendapatkan rawatan.
Perlu difahamkan di sini bahawa tiada istilah cuti time slip. Maka ia membawa maksud pekerja yang menerima time slip ini tidak menerima cuti, sebaliknya hanya diberikan masa sekejap oleh syarikat untuk dapatkan rawatan.
Andai kata masa yang diambil oleh pekerja melebihi tempoh masa yang diberikan dalam time slip, selalunya syarikat akan menganggap pekerja mengambil cuti tahunan atau cuti kecemasan jika kouta cuti sudah habis.
Adakah Time Slip Sama Dengan Time-Off?
Bagi situasi time-off pula perlu difahamkan bahawa tempoh tersebut merujuk kepada tempoh masa penggantian (in lieu). Ia selalunya diberikan kepada pekerja yang telah bekerja lebih masa tetapi tidak menerima bayaran.
Atau time-off juga diberikan contohnya kepada pekerja yang bekerja dalam rotation shift berterusan, maka majikan memberikan satu hari cuti tambahan kepada pekerja sebagai ganti kepada hari pekerja bekerja.
Untuk perkaitan time off dan pemberian time slip ini pula ia bergantung kepada polisi syarikat tersebut semata-mata. Pada kebanyakan kes jika pekerja mengambil masa sehingga separuh hari walaupun time slip membenarkan hanya 2 jam, mungkin syarikat terus memberikan time-off.
Tetapi suka untuk ditekankan bahawa time slip tidak bermaksud pekerja menerima time-off. Ia bergantung kepada polisi syarikat untuk membenarkan lebihan masa daripada time slip ini dianggap sebagai time-off atau tidak.
Kesimpulannya, time slip adalah berbeza dengan MC. pekerja yang menerima time slip dari klinik atau hospital perlu kembali bertugas semula selepas tamat tempoh mendapatkan rawatan.
Sebagai pekerja ataupun majikan perlu ambil maklum tentang perbezaan antara time slip dan MC ini. Sungguhpun kedua-duanya dikeluarkan oleh pihak klinik dan hospital, kegunaannya berbeza-beza.
Permohonan Cuti Pekerja Kini Lebih Mudah Dengan MySyarikat!
Adakah syarikat anda menghadapi masalah pengurusan pekerja? Perlukan sistem yang boleh lancarkan permohonan dan pengesahan cuti secara automatik? MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan!
Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami.
Hi, nak tanya. Kalau pekerja sudah bekerja separuh hari dan balik ambil MC sebab sakit. Adakah gaji boleh dikira sebagai halfday atau dikira MC ?
Di kira gaji penuh kerana MC merupakan cuti sakit berbayar.
Salam Tuan/Puan,
sekiranya sudah mengambil timeslip (HKL), contoh masa dari 9pagi – 1 tengahari, tetapi dalam masa tempoh itu ( 1pm) masih lagi menunggu giliran untuk mendapatkan ubat ( 1.30tghari ) , selepas itu pekerja tidak masuk ke premis, boleh kah di anggap pekerja cuma mengambil cuti setengah hari yaitu waktu sebelah petang ( mengira time slip yang telah di terima sebagai waktu bekerja sebelah pagi )
Time slip tiada ditetapkan dalam Akta kerja. Ianya berdasarkan polisi syarikat. Jika syarikat membenarkan time slip seperti yang diberikan oleh hospital atau klinik, ianya tiada masalah. Tetapi jika pekerja tidak juga melapor diri ke kerja selepas dari masa yang diberikan, pihak syarikat boleh mengambil tindakan kerana ianya dikira tidak hadir tanpa persetujuan majikan selepas mengeluarkan surat tunjuk sebab diatas ketidakhadiran pekerja terbabit
hi, saya nak tanya, jika time slip pagi smpai 12 tgh hari…12 tgh hari masuk kerja..dalam attendance dia kira full 1 day kerja la kan?
Dinasihatkan untuk merujuk semula polisi syarikat berkaitan time slip ini.
hi saya nak tanya , saya telah dapat surat time slip sehingga 2 petang tetapi atas nasihat doktor jika nak mc datang kembali ke klinik atau kalau tidak larat untuk datang kembali klinik boleh buat surat sendiri untuk tidak hadir bekerja . boleh ke macamni ? sebab saya firstime kene macamni
MC hanya boleh dikeluarkan oleh pegawai perubatan yang berdaftar atau oleh panel klinik syarikat sahaja.
hi . saya kerja dari 830am-5pm tp sy dpr time sleep pukul 2pm dan sy tak masuk ke premis sampai 5 . adakah ianya valid ?
Bergantung kepada time slip yang dikeluarkan, kebiasaanya time slip adalah untuk 2 jam.
Pihak syarikat mengeluarkan memo untuk pemansuhan Time Slip kepada perkerja dan perlu diganti kepada cuti tahunan, ada kah memo trsebut valid
Valid kerana ia adalah polisi syarikat ya.