Dalam era perdagangan global tanpa sempadan, isu buruh paksa boleh menjadi cermin reputasi bukan sahaja untuk sesebuah negara tetapi syarikat.

Beberapa tahun lalu, sekatan perdagangan oleh Amerika Syarikat terhadap syarikat tempatan menjadi tamparan hebat. Walaupun sekatan itu telah ditarik balik dan Malaysia meratifikasi Protokol 29 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sebagai bukti komitmen, persoalannya adakah perlindungan sebenar telah dilaksanakan?

Jawapannya terletak pada undang-undang di mana melalui Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, kerajaan memperkemas peruntukan berkaitan larangan buruh paksa.

Perundangan Buruh di Malaysia

Perbincangan mengenai perlindungan larangan buruh paksa mesti bermula dengan dokumen tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah Bahagian II, Perkara 6:

  • Perkara 6(1): Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
  • Perkara 6(2): Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang.

Prinsipnya di sini mudah: tiada manusia boleh dipaksa bekerja tanpa kerelaan, diugut, atau dilayan seperti hamba, sama ada secara fizikal, psikologi atau kewangan.

Perlindungan ini diperkukuh lagi melalui Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, yang mentakrifkan eksploitasi sebagai satu bentuk jenayah. Ini termasuk perhambaan, kerja paksa dan penghambaan hutang.

Namun realitinya, walaupun rangka perundangan kukuh, amalan buruh paksa masih wujud dalam sesetengah industri. 

Indikator Buruh Paksa Mengikut Piawaian Antarabangsa

Menurut Konvensyen Buruh Paksa 1930 oleh International Labour Organization, buruh paksa ditakrifkan sebagai:

“Sebarang kerja atau perkhidmatan yang dilakukan di bawah ancaman hukuman dan tanpa kerelaan.”

ILO mengenal pasti 11 indikator utama yang sering menjadi petanda kepada amalan buruh paksa:

  1. Penganiayaan golongan rentan
  2. Penipuan
  3. Penghambaan hutang
  4. Keganasan fizikal atau seksual
  5. Ancaman dan ugutan
  6. Isolasi
  7. Penahanan dokumen pengenalan diri
  8. Penahanan atau kelewatan bayaran gaji
  9. Kerja lebih masa berlebihan tanpa persetujuan
  10. Sekatan pergerakan
  11. Tempat kerja atau tempat tinggal tidak selamat dan tidak kondusif

Perincian ini penting. Kerana buruh paksa tidak selalu datang dalam bentuk rantai besi. Ia boleh muncul dalam bentuk kontrak yang mengelirukan, potongan gaji tidak munasabah, atau ugutan halus yang memerangkap pekerja dalam ketakutan.

Akta Kerja 1955

Titik perubahan sebenar berlaku melalui pindaan kepada Akta Kerja 1955. Melalui Seksyen 90B (berkuat kuasa 1 Januari 2023), undang-undang kini secara spesifik mentakrifkan bahawa:

  • Ugutan
  • Penipuan
  • Paksaan
  • Menghalang pekerja daripada meninggalkan tempat kerja

boleh diklasifikasikan sebagai amalan buruh paksa.

Antara contoh yang termasuk dalam takrif ini:

  • Mengugut mencederakan pekerja atau tidak membayar gaji
  • Mengugut menyerahkan pekerja bukan warganegara kepada pihak berkuasa
  • Menipu kadar bayaran gaji atau skop kerja
  • Membuat potongan kos imigresen tanpa persetujuan
  • Memaksa kerja lebih masa tanpa kerelaan
  • Memaksa pekerja bekerja dalam persekitaran berbahaya tanpa perlindungan keselamatan
  • Meletakkan pengawal bagi menyekat pekerja keluar dari premis

Hukumannya bukan ringan.

Majikan yang didapati bersalah boleh dikenakan:

  • Denda sehingga RM100,000, atau
  • Penjara sehingga dua tahun, atau
  • Kedua-duanya sekali.

Pekerja pula mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.

Buruh Paksa: Isu Undang-Undang atau Isu Budaya Korporat?

Secara teknikal, Malaysia mempunyai kerangka undang-undang yang memadai untuk membanteras buruh paksa. Namun, cabaran sebenar adalah budaya.

Sesetengah majikan melihat pematuhan sebagai kos. Hakikatnya, ia adalah pelaburan.

Persekitaran kerja yang selamat, telus dan beretika bukan sahaja melindungi pekerja tapi ia meningkatkan produktiviti, reputasi syarikat dan daya saing global.

Baca juga: Bolehkah Majikan Paksa Pekerja Kerja Lebih Masa?

Kesimpulannya, larangan buruh paksa bukan perkara baharu dalam sistem perundangan Malaysia. Ia termaktub dalam Perlembagaan, diperkukuh melalui undang-undang khusus, dan kini diperjelas melalui pindaan Akta Kerja 1955.

Dalam pada itu, jika anda ingin tambah pengetahuan tengah Akta Kerja 1955, jom sertai kursus anjuran MySyarikat Academy yang merupakan program di bawah HRD Corp. Melaluinya, anda bukan sahaja boleh dapatkan kursus percuma (HRD Corp Claimable) tetapi anda juga mendapat latihan rapi yang diajar oleh HRD Corp certified trainer.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk mendapatkan sistem MySyarikat sekarang!

Panduan Lengkap: Kelayakan Cuti Penjawat Awam di MalaysiaAsas HR

Panduan Lengkap: Kelayakan Cuti Penjawat Awam di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondFebruary 11, 2026
picture of a man holding a payslip with LHDN logo
Apa Itu PCB Dalam Slip Gaji? Maksud & Cara Kira PCBAsas HR

Apa Itu PCB Dalam Slip Gaji? Maksud & Cara Kira PCB

Zahin ByondZahin ByondFebruary 10, 2026
picture of a public servant with JPA logo
Cuti Rehat dan GCR Penjawat AwamAsas HR

Cuti Rehat dan GCR Penjawat Awam

Zahin ByondZahin ByondFebruary 4, 2026

Leave a Reply