Bermula 1 Oktober 2024, had maksimum siling gaji Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000. Peningkatan pada had maksimum siling gaji ini disahkan sendiri oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) melalui agensi PERKESO.
Tujuan utama kepada peningkatan siling gaji PERKESO ini adalah untuk memberikan manfaat yang lebih baik kepada pekerja, dan ia terpakai untuk semua pekerja kontrak perkhidmatan ataupun perantisan yang mencarum setiap bulan.
Oleh itu, artikel kali ini akan menerangkan tentang sebab kepada peningkatan had maksumum siling gaji PERKESO, kesannya kepada faedah-faedah yang ditawarkan PERKESO dan implikasinya kepada pencarum.
Pindaan Akta PERKESO dan Akta SIP
Sebagai makluman, terdapat pindaan baharu pada Akta keselamatan Sosial Pekerja 1969 atau dikenali juga sebagai Akta 4 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800). Antara sorotan utama pindaan kedua-dua akta ini adalah melibatkan peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sebanyak 20.2%.
Rentetan daripada pindaan tersebut, berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024 lalu, had siling gaji terbaru dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000. Ini secara tidak langsung menyaksikan juga peningkataan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 20.2%.
Oh, jadinya lepas ni akan ada perubahan pada faedah yang ditawarkan PERKESO ke?
Betul. Melalui pindaan pada Akta 4 terbaharu ini, pekerja akan menyaksikan kenaikan faedah tunai pada skim-skim yang ditawarkan PERKESO. Antara skim-skim yang terlibat dalam kenaikan faedah tunai tersebut adalah,
- Hilang Upaya Sementara (HUS) (Kadar Harian)
- Hilang Upaya Kekal (HUK) (Kadar Bulanan)
- Faedah Orang Tanggungan (Kadar Bulanan)
- Pencen Ilat dan Pencen Penakat (Kadar Bulanan)
Selain itu, terdapat juga kenaikan pada faedah tunai yang ditawarkan oleh Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) rentetan daripada pindaan Akta 800. Di bawah adalah jenis faedah yang menerima manfaat daripada peningkatan siling gaji PERKESO ini.
- Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Elain Pendapatan Berkurangan (EPB)
- Elain Bekerja Semula Awal (EBSA)
Siapakah yang terlibat dalam pindaan terbaharu ini?
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KESUMA sendiri, dianggarkan 1.5 juta pencarum PERKESO di seluruh Malaysia akan terlibat dalam peningkatan siling gaji ini, dan ia merangkumi pekerja tempatan serta pekerja asing.
Implikasi Pindaan Kenaikan Faedah Tunai Akta 800
Kenaikan pada had maksimum siling gaji PERKESO ini akan menyaksikan peningkatan peratusan faedah sebanyak 20.2%, dan ini secara tidak langsung membolehkan pekerja mendapatkan akses kepada faedah yang lebih banyak.
Apabila dibandingkan, sebelum pindaan siling gaji maksimum RM5,000 jumlah anggaran faedah EMP adalah sebanyak RM13,365 tetapi selepas pindaan siling gaji maksimum RM6,000 ini anggaran jumlah faedah yang ditawarkan adalah sebanyak RM16,065.
Sama juga untuk EPB dan EBSA, akan berlaku peningkatan jumlah faedah sebanyak 20.2% iaitu pada RM16,065 dan RM1,487.50.
Mudah kata di sini peningkatan siling gaji maksimum daripada RM5,000 kepada RM6,000 ini memberi manfaat kepada pekerja, terutamanya mereka yang dilindungi di bawah Akta 800 untuk mendapat perlindungan faedah yang lebih banyak.
FAQ Pindaan Had Maksimum Siling Gaji PERKESO
- Bilakah tarikh berkuat kuasa pindaan had siling gaji PERKESO?
Pindaan had siling gaji PERKESO daripada RM5,000 kepada RM6,000 bermula pada 1 oktober 2024.
- Siapakah terlibat dalam pindaan had siling gaji PERKESO?
Pekerja tempatan dan pekerja asing yang tertakluk di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
- Berapakah peningkatan kadar faedah selepas pindaan had siling gaji PERKESO?
Peratusan peningkatan faedah selepas pindaan adalah sebanyak 20.2%.
- Perlukan majikan patuh kepada pindaan had siling gaji PERKESO?
Perlu. Majikan diminta untuk catat potongan caruman dalam penyataka atau slip gaji pekerja apabila membuat caruman setiap bulan.
- Berapakah kadar caruman gaji yang melebihi RM6,000?
Kadar caruman bagi bergaji RM6,000 ke atas adalah RM133.90 untuk Jenis Pertama, dan RM74.70 untuk Jenis Kedua di bawah Akta 4 sementara RM23.80 untuk Akta 800.
Automasikan Pembayaran Caruman Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, pindaan baru pada Akta 4 dan Akta 800 PERKESO ini memberi manfaat kepada pekerja lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergaji RM6,000. Melalui peningkatan ini juga kita dapat menyaksikan pekerja yang menimpa masalah pekerja ditawarkan faedah yang lebih baik.
Dalam pada itu, syarikat anda memiliki masalah pengurusan, pengiraan, pengagihan dan pembayaran gaji secara efisien?
Berita baik untuk anda semua kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut! Pengurusan gaji syarikat ada boleh jadi efisien dengan fungsi Secured Payroll yang boleh bantu untuk pengiraan, agihan dan bayaran gaji serta OT dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!