Skip to main content

Sejak tahun 1970-an, kerajaan telah memberi tumpuan kepada mempelbagaikan ekonomi dan mempercepatkan pertumbuhan industri bagi memenuhi keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tumpuan pada Ketika itu adalah pada industri berorientasikan eksport dan intensif buruh.

Kemudian pada tahun 80-an, program perindustrian negara telah melalui satu lagi pembangunan iaitu industri berat bertujuan untuk mengukuhkan lagi asas perindustrian negara dan meningkatkan kemahiran rakyat dalam bidang teknikal yang lebih tinggi. Kerajaan mempunyai peranan langsung dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri berat kerana sektor swasta tidak mampu menanggung kos yang tinggi.

Malaysia sebagai negara anggota kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk mematuhi 11 indikator buruh paksa termasuk aspek penyediaan tempat tinggal yang kondusif kepada pekerja yang memerlukan.

Justeri dengan itu, pihak yang bertanggungjawab komited dengan dasar sedia ada telah mewajibkan majikan yang ingin menggajikan pekerja warga asing untuk mematuhi sepenuhnya Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Jenis-Jenis Pas Bagi Warga Asing

Warga asing yang melawat Malaysia mesti mendapatkan pas di pintu masuk sebagai tambahan kepada visa yang diperlukan untuk membenarkan tinggal sementara di Malaysia. Semua jenis pas bagi warga asing boleh dimohon di Jabatan Imigresen Malaysia yang berhampiran.

Semua permohonan mesti ditaja di Malaysia di mana penaja bersetuju untuk bertanggungjawab ke atas penginapan dan penghantaran pulang pelawat dari Malaysia jika perlu.

Pas yang dikeluarkan semasa ketibaan pelancong asing adalah seperti berikut:

Pas Lawatan (Sosial) Jangka Pendek

  • Pas Lawatan diberikan kepada warga asing untuk tujuan lawatan sosial dan atau perniagaan.
  • Pemilik dan wakil syarikat yang memasuki Malaysia untuk menghadiri mesyuarat, persidangan atau seminar syarikat, memeriksa akaun syarikat atau untuk memastikan kelancaran syarikat.
  • Pelabur atau ahli perniagaan yang memasuki untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan atau menubuhkan kilang pembuatan.
  • Wakil-wakil asing dari syarikat yang memasuki untuk memperkenalkan barang-barang bagi pembuatan di Malaysia, tetapi tidak terlibat dalam jualan secara langsung atau pengedaran
  • Pemilik harta yang masuk untuk berunding, menjual atau menyewakan hartanah.
  • Wartawan asing atau wartawan dari agensi media massa yang masuk untuk melaporkan sebarang peristiwa di Malaysia.
  • Para atlet atau peserta yang terlibat dalam acara sukan.
  • Pelajar yang ingin menduduki peperiksaan di universiti tempatan atau mengikuti kunjungan muhibah.
  • Pelawat yang masuk bagi aktiviti selain di atas yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Imigresen.
  • Pas-pas ini tidak boleh digunakan untuk pekerjaan atau untuk menyelia pemasangan jentera baharu dan pembinaan kilang.

Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang

Pas lawatan sosial jangka panjang boleh dikeluarkan kepada warga asing yang tinggal sementara di Malaysia sekurang-kurangnya enam bulan. Pelanjutan boleh diberikan jika kelayakan pelawat dan syarat tertentu dipenuhi.

Pasangan asing pemegang Pas Lawatan Sosial jangka panjang Malaysia boleh memohon apa-apa jenis pekerjaan bergaji, perniagaan atau pekerjaan profesional tanpa menukar status Pas Lawatan Sosial mereka kepada Pas Pekerjaan atau Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara).

Pas Lawatan (Pekerjaan Sementara)

Pas ini dikeluarkan kepada warga asing yang memasuki negara untuk bekerja tidak melebihi 24 bulan.

Pas Pekerjaan

Pas pekerjaan ini dikeluarkan kepada warga asing yang memasuki negara ini untuk bekerja sekurang-kurangnya dua tahun. Permit kerja dikeluarkan selepas pemohon mendapat kelulusan untuk bekerja ke luar negara daripada agensi yang diberi kuasa berkenaan.

Pas Lawatan (Profesional)

Ianya dikeluarkan kepada warga asing untuk tujuan yang melibatkan kontrak jangka pendek dengan mana-mana agensi.

Kategori warga asing yang layak adalah seperti berikut

1)Pekerja Professional/Sukarelawan

  • Penyelidik diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia iaitu ahli organisasi-organisasi antarabangsa.
  • Pensyarah.
  • Pakar dalam pemasangan atau penyelenggaraan mesin.
  • Individu mahu pun kumpulan yang memberikan latihan teknikal dan lain-lain.

2)Artis

  • Artis yang masuk bagi tujuan penggambaran dan persembahan bagi tujuan mempromosi album atau produk baharu dan lain-lain.

3)Pendakwah (Islam atau lain-lain agama)

  • Mereka yang masuk bagi tujuan keagamaan.
  • Kesahihan lulus adalah berbeza tetapi tidak melebihi dua belas bulan pada satu-satu masa.
  • Permohonan perlu dilakukan agensi yang berkenaan.

Manfaat Yang Diterima Pekerja Warga Asing Di Malaysia

Pekerja warga asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) layak mendapat manfaat di bawah agensi itu sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan ketika bekerja. Bagi pekerja asing yang mencarum dengan Perkeso, meereka layak menerima faedah di bawah Skim Bencana Pekerjaan Pekerja Asing dan jika melibatkan kematian, waris boleh menuntut Faedah Orang Tanggungan.

Selaras dengan penguatkuasaan Seksyen 60K Akta Kerja 1955 bermula 1 Januari 2023, mana-mana majikan yang ingin menggajikan pekerja asing hendaklah mendapatkan kelulusan awal daripada JTKSM terlebih dahulu sebelum meneruskan proses seterusnya di agensi yang berkaitan.

Oleh itu, buat majikan yang mahu mendapatkan sistem pengurusan sumber manusia yang teratur bagi pekerja warganegara dan warga asing boleh mendapatkan khidmat professional daripada kami di MySyarikat.

Leave a Reply