Pada 30 Oktober 2025 lalu, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Pekerja atau LINDUNG 24/7 dalam bacaan pertamanya yang berlangsung di Dewan Rakyat.
Menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), skim terbaharu di bawah pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) ini diharapkan dapat memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara untuk menjadi lebih baik.
Apa Itu Skim LINDUNG 24/7?
Skim LINDUNG 24/7 ialah inisiatif di bawah program LINDUNG Pekerja yang diperkenalkan oleh PERKESO untuk memperluas perlindungan keselamatan sosial kepada semua pekerja formal di Malaysia.
Seperti namanya, skim ini memberi perlindungan berterusan tanpa mengira masa, tempat atau situasi, merangkumi kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja termasuk ketika melakukan aktiviti harian biasa.
Tujuan utama pelaksanaan Lindung 24/7 PERKESO adalah untuk menutup jurang perlindungan yang sebelum ini wujud dalam sistem sedia ada, di mana tuntutan bagi kemalangan luar waktu kerja sering tidak layak diterima.
Kini, setiap pekerja dilindungi di bawah satu payung perlindungan sosial yang lebih inklusif dan menyeluruh.


Tujuan Skim LINDUNG 24/7
Sebelum pengenalan Skim LINDUNG 24/7, hanya kemalangan yang berlaku semasa waktu kerja atau dalam perjalanan rasmi layak dianggap sebagai ‘kemalangan pekerjaan’. Ini mewujudkan situasi di mana pekerja yang terlibat dalam kemalangan luar waktu kerja tidak menerima pampasan.
Menerusi rekod PERKESO antara tahun 2018 hingga 31 Ogos 2025, sebanyak 26,865 kes tuntutan telah ditolak kerana dikategorikan sebagai bukan bencana kerja, maka LINDUNG 24/7 PERKESO dilahirkan sebagai tindak balas kepada keperluan baharu ini dalam memastikan perlindungan sosial tidak berhenti sebaik jam pejabat tamat.
Lebih daripada itu, skim ini selaras dengan aspirasi kerajaan Malaysia untuk memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara dan menjadikannya setanding dengan amalan antarabangsa, selaras dengan prinsip Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Kelayakan Skim LINDUNG 24/7
Skim ini diperkenalkan untuk semua pekerja formal yang dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). Ia merangkumi pekerja tempatan yang mencarum dengan PERKESO.
Pekerja yang telah berdaftar dan mencarum secara aktif dengan PERKESO akan secara automatik layak menikmati perlindungan di bawah Skim LINDUNG 24/7, tertakluk kepada kategori pekerjaan dan status caruman mereka.
Langkah ini menunjukkan komitmen PERKESO untuk memastikan tiada pekerja tercicir daripada jaringan perlindungan sosial nasional, sekaligus memperkukuh prinsip keadilan sosial untuk semua golongan tenaga kerja di Malaysia.
Dalam pada itu, faedah yang diterima menerusi skim ini termasuk Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Elaun Layanan Sentiasa (ELS), Faedah Pengurusan Mayat (FPM), Faedah Pemulihan dan Faedah Pendidikan.
Baca juga: Tutorial Cara Daftar PERKESO Untuk Majikan dan Pekerja
Kesimpulannya, Skim LINDUNG 24/7 ini mencerminkan usaha kerajaan Malaysia bagi memastikan bahawa setiap pekerja dilindungi pada setiap masa tanpa mengira di mana mereka berada.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!







