Skip to main content

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Social Security Organization (SOCSO) merupakan satu badan kerajaan yang bertindak untuk menyediakan perlindungan dan keselamatan sosial kepada pekerja di Malaysia.

Perlaksanaan sebarang keperluan perlindungan sosial ini telah termaktub di dalam Akta Keselamatan Sosial Pekrja 1969, termasuk kewajipan pekerja serta majikan untuk mencarum sebahagian daripada gaji bulanan yang diterima.

Peranan dan Caruman Ke Dalam PERKESO

Antara peranan utama PERKESO dalam memberi perlindungan keselamatan sosial pekerja di Malaysia adalah,

  • Pendaftaran ahli untuk pekerja dan majikan
  • Mengutip caruman dari pekerja dan maikan
  • Menyediakan faedah pemulihan vokasional dan fizikal
  • Membayar faedah kepada pekerja dan tanggungan mereka
  • Mempromosikan kesedaran kesihatan dan keselamatan pekerjaan

Untuk pengiraan kadar caruman PERKESO pula ia bergantung kepada penetapan yang digariskan pada Kadar Caruman Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Akta 4). Perlu difahamkan di sini bahawa terdapat 2 jenis caruman untuk PERKESO ini iaitu:

  1. Skim Bencana Pekerjaan
  • Memberi perlindungan kepada pekerja daripada kemalangan dan penyakit yang berpunca semasa bekerja
  1. Skim Keilatan
  • Memberi perlindungan terhadap ketidakupayaan atau kematian akibat apa sebab semasa bekerja

Dalam pada itu, mengikut penepatan yang dikeluarkan oleh PERKESO jumlah upah yang didefinisikan untuk membuat caruman merangkumi,

  • Gaji
  • Bayaran kerja lebih masa (OT) 
  • Komisen dan caj perkhidmatan
  • Bayaran untuk cuti; tahunan, sakit, bersalin, hari rehat, cuti umum dan lain-lain
  • Elaun termasuk insentif, shift, makanan, kos sara hidup, perumahan dan lain-lain

Cara Daftar PERKESO Pekerja dan Majikan

Suka dimaklumkan bahawa penerangan dalam artikel ini hanya tutorial ringkas sahaja. Untuk penerangan lanjut dan sebarang penerangan lengkap boleh dibuat pada portal ASSIST atau layari laman rasmi PERKESO sendiri.

Menurut penetapan PERKESO pihak majikan perlu mendaftarkan pekerja baru dalam tempoh masa 30 hari setelah pengambil pekerja itu. Kemudian pihak majikan perlu menlengkapkan Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1) dan Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2). Proses ringkasnya adalah seperti di bawah.

  1. Langkah Pertama
  • Muat turun dan lengkapkan borang-borang yang diperlukan
    • Borang 1 – Pendaftaran Majikan
    • Borang 2 – Pendaftaran Pekerja
    • Borang SIP 1 – Pendaftaran Majikan
    • Borang SIP 2 – Pendaftaran Pekerja
  • Sediakan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan
  1. Langkah Kedua
  • Layari dan lengkapkan Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal ASSIST PERKESO untuk menerima ID
  • Log masuk ke dalam ASSIST menggunakan ID diberi
  1. Langkah Ketiga
  • Lengkapkan butiran yang diperlukan di ASSIST (majikan)
  • Muat naik borang-borang serta dokumen yang diisikan
  • Hantar dan dapatkan emel pengesahan 

Secara keseluruhannya, proses mendaftar PERKESO tidak mengambil masa yang panjang dan kini lebih mudah dengan adanya portal ASSIST. Bagi majikan yang memiliki pekerja dinasihatkan untuk segera mendaftar bersama PERKESO.

Untuk pekerja pula dinasihatkan untuk semak dan dapatkan nombor PEKKESO kemudian berikan kepada majikan. Perlu diingatkan caruman ke dalam PERKESO adalah wajib dan ia memberi jaminan keselamatan kepada pekerja juga.

MySyarikat HR Software Terbaik Di Malaysia Untuk Automasikan Pembayaran PERKESO!

Adakah anda sedang mencari HR software terbaik yang boleh selaraskan pembayaran caruman pekerja sebaik masukkan data penggajian? Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.
Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat!

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

Leave a Reply