Skip to main content

Pernah dengar tentang HRDC claimable, tetapi tak pasti bagaimana ia berfungsi? Jangan risau! Dalam artikel ini akan diterangkan apa itu HRDC claimable, langkah tuntutan, dan kursus yang sesuai untuk majikan, pegawai HR, dan pekerja.

Sebagai majikan atau pegawai HR, peluang ini bukan sahaja menjimatkan kos latihan tetapi juga meningkatkan kemahiran pasukan kerja anda. Jadi, mari kita fahami bagaimana anda boleh memanfaatkannya!

Apa Maksud HRDC Claimable?

HRDC claimable bermaksud kursus yang telah diluluskan oleh Human Resource Development Corporation (HRDC), yang diselia bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 dan boleh dituntut semula melalui levi HRDF.

  • Siapa yang layak?
    • Majikan yang membayar levi HRDF, pegawai HR, dan pekerja yang terlibat dalam program pembangunan sumber manusia.
  • Kelebihan HRDC claimable?
    • Penjimatan kos latihan.
    • Peningkatan kemahiran pekerja.
    • Memenuhi keperluan pembangunan tenaga kerja negara.

Oleh itu, majikan dinasihatkan untuk mendaftaran HRD Corp bagi memperoleh akses kepada modul latihan dan kemahiran berkualiti, bantuan kewangan penuh dan sokongan teknikal terbaik dalam memgembarkan kualiti pekerja.

Bagaimana Nak Tahu Jika Kursus Layak HRDC Claimable?

  • Semak Kelulusan HRDC: Pastikan penyedia kursus berdaftar dengan HRDC. Anda boleh periksa status ini di laman web mereka.
  • Pastikan Levi Dibayar: Hanya syarikat yang membayar levi layak membuat tuntutan.
  • Rujuk Direktori HRDC: Gunakan direktori seperti MySyarikat Academy untuk semak senarai penyedia kursus berdaftar.

Jenis Kursus HRDC Claimable

Pelbagai kursus tersedia di bawah HRDC claimable. Pilih mengikut keperluan organisasi anda:

1. Kursus Pembangunan Kemahiran

Kursus teknikal seperti pensijilan IT, kemahiran mekanikal, dan lain-lain.

2. Latihan Kepimpinan dan Pengurusan

Fokus pada kemahiran membuat keputusan, strategi, dan komunikasi untuk pengurus.

3. Kemahiran Insaniah (Soft Skills)

Melibatkan latihan komunikasi, pengurusan konflik, dan kerja berpasukan.

4. Program Industri Khusus

Kursus yang disesuaikan untuk sektor tertentu seperti perubatan, pembuatan, atau pelancongan.

Langkah-Langkah Tuntutan HRDC Claimable

  1. Pilih Kursus Berdaftar: Cari kursus yang telah disahkan HRDC, seperti yang ditawarkan oleh MySyarikat Academy.
  2. Mohon Kelulusan Awal: Hantar permohonan melalui sistem e-TRiS (Electronic Training Information System).
  3. Hadiri Kursus: Pastikan peserta lengkapkan latihan.
  4. Hantar Dokumen Tuntutan: Sertakan rekod kehadiran, invois, dan resit.
  5. Terima Bayaran Balik: Tunggu proses HRDC untuk menyelesaikan tuntutan anda

Soalan Lazim (FAQ)

1. Siapa yang boleh tuntut HRDC claimable?

Syarikat yang membayar levi HRD di bawah Akta PSMB.

2. Berapa lama proses tuntutan?

Kebiasaannya, 30 hingga 60 hari, bergantung pada kelengkapan dokumen.

3. Adakah kursus dalam talian layak untuk HRDC claimable?

Ya, banyak kursus dalam talian yang disahkan oleh HRDC.

Kesimpulannya, kursus HRDC claimable ialah peluang terbaik untuk majikan dan pekerja di Malaysia. Dengan manfaat seperti penjimatan kos dan peningkatan kemahiran, ia adalah pelaburan berbaloi untuk organisasi anda.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

Leave a Reply