Dalam banyak-banyak tarikh, tarikh hari gaji adalah yang paling dinanti-nanti, baik anda bekerja dalam sektor awam ataupun swasta. Oleh itu, penting untuk anda kenal pasti tarikh penggajian untuk tahun 2026 bagi menyusun perjalanan kewangan anda.

Di Malaysia, sistem pembayaran gaji bagi penjawat awam telah ditentukan oleh Jabatan Akauntan Negara manakala tarikh gaji swasta pula bergantung pada polisi dan amalan syarikat masing-masing.

Artikel ini memberi panduan  jadual penuh tarikh gaji 2026, menjelaskan perbezaan kedua-dua sistem, dan menawarkan tip kewangan praktikal untuk memastikan anda sentiasa selangkah di hadapan.

Tarikh Gaji 2026 Penjawat Awam

Untuk tahun 2026, pembayaran gaji penjawat awam ditetapkan melalui pekeliling rasmi Jabatan Akauntan Negara. Seperti biasa, beberapa bulan akan menyaksikan pembayaran lebih awal terutamanya apabila tarikh gaji asal bertembung dengan sambutan perayaan utama seperti Tahun Baharu Cina, Hari Raya, Deepavali, dan Krismas.

Berikut ialah jadual lengkap tarikh pembayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2026:

  • Januari – 22 Januari 2026 (Khamis)
  • Februari – 12 Februari 2026 (Khamis) (awal kerana CNY 17–18 Februari)
  • Mac – 16 Mac 2026 (Isnin) (awal sebelum Hari Raya Aidilfitri 21–22 Mac)
  • April – 20 April 2026 (Isnin)
  • Mei – 21 Mei 2026 (Khamis) (awal sebelum Hari Raya Haji 27–28 Mei)
  • Jun – 25 Jun 2026 (Khamis)
  • Julai – 23 Julai 2026 (Khamis)
  • Ogos – 24 Ogos 2026 (Isnin)
  • September – 24 September 2026 (Khamis)
  • Oktober – 22 Oktober 2026 (Khamis)
  • November – 25 November 2026 (Rabu) (awal sebelum Deepavali 8 November)
  • Disember – 21 Disember 2026 (Isnin) (awal sebelum Krismas 25 Disember)

Tarikh Gaji 2026 Swasta

Tidak seperti penjawat awam, tarikh gaji swasta tidak ditetapkan oleh kerajaan. Tiada pekeliling, tiada jadual bulanan wajib. Setiap syarikat mempunyai sistem dan kitaran gaji yang berbeza mengikut keperluan operasi.

Biasanya ia bergantung pada:

  • Kontrak pekerjaan
  • Polisi dalaman syarikat
  • Payroll cycle mingguan

Walau apa pun, suka diingatkan bahawa tarikh pembayaran gaji telah ditetapkan dalam Akta Kerja 1955. Majikan wajib membayar gaji pekerja dalam tempoh antara 1 haribulan sehingga 7 haribulan selepas memasuki bulan penggajian baharu.

Jika gagal, pekerja berhak membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Tip Mengurus Kewangan Gaji

  1. Buat Bajet Bulanan

Tetapkan bahagian wajib seperti sewa, simpanan, komitmen pinjaman, dan belanja asas sebelum tarikh gaji tiba.

  1. Rancang Perbelanjaan Perayaan

Bagi bulan yang menerima gaji lebih awal, pecahkan perbelanjaan kepada beberapa minggu supaya gaji tidak habis sebelum waktunya.

  1. Simpan Dana Kecemasan

Jika gaji masuk awal, jangan terburu-buru berbelanja. Salurkan sebahagian ke tabung kecemasan.

  1. Kawal Overspending

Gaji awal boleh mencipta ‘zon bahaya’ kerana tempoh menunggu untuk gaji seterusnya menjadi lebih panjang. Kekalkan disiplin perbelanjaan. 

Baca jugaCara Pengiraan Gaji Pekerja

Kesimpulannya, mengetahui tarikh gaji bukan sekadar menunggu angka masuk dalam akaun. Dengan memahami tarikh gaji 2026, sama ada anda dalam sektor awam atau swasta, anda dapat membuat keputusan kewangan yang lebih bijak, lebih tenang, dan lebih tersusun.

Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
  • Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!

picture of 2 man angry and want to file report to labor department
Cara Failkan Aduan ke JTK: Panduan Lengkap TerkiniUmum

Cara Failkan Aduan ke JTK: Panduan Lengkap Terkini

Zahin ByondZahin ByondNovember 21, 2025
picture of female interview candidate and male interviewer
Persiapan Sebelum Interview Kerja: Tips Interview KerjaUmum

Persiapan Sebelum Interview Kerja: Tips Interview Kerja

Zahin ByondZahin ByondNovember 21, 2025
Contoh Pelanggaran Kontrak (Breach of Contract) Ikut Akta KerjaUmum

Contoh Pelanggaran Kontrak (Breach of Contract) Ikut Akta Kerja

Zahin ByondZahin ByondNovember 4, 2025

Leave a Reply