Baru-baru ini kerajaan telah mengeluarkan Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri 2026. Ini bermakna anda sudah boleh mula merancang cuti bermula daripada sekarang.
Sama ada anda seorang majikan, pegawai sumber manusia (HR) atau pekerja, mengetahui tarikh-tarikh cuti umum ini penting dalam membantu merancang percutian, aktiviti bersama keluarga, dan kawan-kawan atau mendapatkan rehat yang panjang.
Senarai Hari Cuti Umum 2026
Sebagai makluman, senarai hari cuti umum di bawah adalah berdasarkan kalendar kuda 2026. Sebarang perubahan pada tarikh cuti atau penambahan cuti yang diumumkan akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Berikut adalah senarai tarikh-tarikh cuti umum 2026 (termasuk Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Hari Kelepasan Am Negeri):
Bulan | Tarikh | Catatan | Negeri |
Januari 2026 | 1 Januari (Khamis) | Tahun Baru | Semua kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu |
14 Januari (Rabu) | Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan | |
17 Januari (Sabtu) | Israk dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan, Perlis & Terengganu | |
18 Januari (Ahad) | Terengganu | ||
Februari 2026 | 1 Februari (Ahad) | Thaipusam | Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya & Selangor |
1 Februari (Ahad) | Hari Wilayah | Kuala Lumpur Labuan & Putrajaya | |
17 Februari (Selasa) | Tahun Baru Cina | Semua negeri | |
18 Februari (Rabu) | |||
19 Februari (Khamis) | Awal Ramadan | Semua negeri | |
20 Februari (Jumaat) | Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan | Melaka sahaja | |
Mac 2026 | 4 Mac (Rabu) | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu sahaja |
7 Mac (Sabtu) | Nuzul Al-Quran | Semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah & Sarawak | |
21 Mac (Sabtu) | Hari Raya Aidilfitri | Semua negeri | |
22 Mac (Ahad) | |||
23 Mac (Isnin) | Hari Keputeraan Johor | Johor sahaja | |
30 Mac (Isnin) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah | Sabah sahaja | |
April 2026 | 3 April (Jumaat) | Good Friday | Sabah & Sarawak |
26 April (Ahad) | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu sahaja | |
Mei 2026 | 1 Mei (Jumaat) | Hari Pekerja | Semua negeri |
17 Mei (Ahad) | Hari Keputeraan Raja Perlis | Perlis sahaja | |
22 Mei (Jumaat) | Hari Hol Pahang | Pahang sahaja | |
27 Mei (Rabu) | Hari Raya Haji | Semua negeri | |
28 Mei (Khamis) | |||
30 Mei (Sabtu) | Pesta Kaamatan | Labuan & Sabah | |
31 Mei (Ahad) | Hari Wesak | Semua negeri | |
Jun 2026 | 1 Jun (Isnin) | Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong | Semua negeri |
2 Jun (Selasa) | Hari Gawai | Sarawak sahaja | |
17 Jun (Rabu) | Awal Muharram | Semua negeri | |
21 Jun (Ahad) | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah sahaja | |
Julai 2026 | 7 Julai (Selasa) | Hari Bandar Warisan Dunia Georgetown | Pulau Pinang sahaja |
11 Julai (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang sahaja | |
21 Julai (Selasa) | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor sahaja | |
22 Julai (Rabu) | Hari Sarawak | Sarawak sahaja | |
30 Julai (Khamis) | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang sahaja | |
Ogos 2026 | 24 Ogos (Isnin) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka sahaja |
25 Ogos (Selasa) | Maulidur Rasul | Semua negeri | |
31 Ogos (Isnin) | Hari Kebangsaan | Semua negeri | |
September 2026 | 16 September (Rabu) | Hari Malaysia | Semua negeri |
29 September (Selasa) | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan sahaja | |
30 September (Rabu) | |||
Oktober 2026 | |||
10 Oktober (Sabtu) | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak sahaja | |
November 2026 | 6 November (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak sahaja |
8 November (Ahad) | Hari Deepavali | Semua negeri kecuali Sarawak | |
Disember 2026 | 11 Disember (Jumaat) | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor sahaja |
24 Disember (Khamis) | Cuti Hari Krismas | Sabah sahaja | |
25 Disember (Jumaat) | Hari Krismas | Semua negeri |
Baca juga: 6 Cuti Yang Berhak Untuk Pekerja
Akhir kata, rancang percutian anda dengan baik dan manfaatkan faedah seperti cuti tahunan yang menjadi sebahagian daripada hak pekerja.
Bagi majikan pula adalah sebaiknya membuat perancangan rapi untuk perniagaan anda pada tahun depan. Pilih tarikh-tarikh yang bersesuaian bagi memastikan keuntungan maksimum dapat diraih.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
