Antara masalah kesihatan yang sering berlaku dalam dunia pekerjaan adalah isu burnout. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri juga menyatakan bahawa isu burnout sebagai satu masalah kesihatan awam (public health) yang memudaratkan.
Menurut definisi burnout adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami tekanan (stress) melampau atau kronik akibat daripada melakukan satu tugasan tanpa menghiraukan kesihatan fizikal dan mental.
Contoh kes burnout kronik adalah budaya kerja di Jepun. Kita pasti pernah dengar tentang etika kerja di Jepun yang sanggup korbankan masa tidur dan makan semata-mata untuk menyiapkan tugasan. Akhirnya ia membawa kepada masalah kesihatan, malah ada yang maut.
Walaupun situasi di Malaysia tidak seperti di Jepun, namun masalah burnout masih wujud dan boleh mendatangkan kemudaratan jika tidak dicegah. Oleh itu, pegawai HR perlu ambil maklum cara tangani burnout dalam artikel ini bagi memastikan kesihatan pekerja terjamin.
Kenal Pasti Tanda-Tanda Burnout di Tempat Kerja
Sebelum kita mahu merawat atau mencegah sesuatu masalah itu, adalah lebih baik untuk difahamkan puncanya terlebih dahulu. Antara gejala umum burnout adalah kelesuan di tempat kerja sehingga mengganggu prestasi kerja dan hubungan dengan rakan sekerja.
Namun, masalah burnout ini bukan hanya sekadar perubahan pada luaran (fizikal) sahaja. Hal ini kerana masalah burnout turut memberi kesan kepada mental dan emosi seseorang itu. Sesetengah pakar juga berpendapat burnout boleh membawa kepada tekanan perasaan (depression).
Antara gejala-gejala lain seseorang itu sedang mengalami burnout adalah,
- Kelesuan (Fatigue)
- Hilang Semangat Kerja
- Hilang Daya Tumpuan
- Gangguan Tidur (Insomnia)
- Resah dan Gelisah (Anxiety)
- Mudah Jatuh Sakit
Sekiranya anda dapati diri atau rakan sekerja mengalami gejala-gejala seperti di atas, dinasihatkan untuk berjumpa pakar kesihatan bagi mendapatkan rawatan dan maklumkan kepada majikan secepat mungkin.
Mengetahui gejala sahaja tidak mencukupi sekirannya tidak memahami faktor yang membawa kepada burnout. Dalam kes dunia pekerjaan ada beberapa faktor yang menjadi punca kepada seseorang itu mengalami burnout. Antaranya adalah seperti berikut:
- Kekurangan Kawalan
Ketidakupayaan pekerja untuk membuat keputusan seperti jadual kerja atau agihan bebanan kerja boleh menyebabkan keletihan melampau sehingga menganggu emosi dan mental.
- Sasaran Kerja Tidak Jelas
Penetapan sasaran yang tidak jelas atau kurang realistik kepada pekerja, menyukarkan mereka untuk melaksanakan tugasan seperti yang diminta sehingga mencetus masalah keyakinan diri.
- Gangguan Dinamik Kerja
Penambahan kerja diluar bidang (ad-hoc) berlebihan sehingga menganggu tugasan hakiki pekerja boleh mendatangkan tekanan berlebihan kepada diri pekerja.
- Tiada Sokongan Sosial
Tempat kerja yang tidak mengamalkan sokongan seperti aktiviti sosial dan hanya berfokuskan kerja semata-mata boleh meningkatkan risiko tekanan melampau kepada pekerja.
- Ketidakseimbangan Hidup dan Kerja (Work-life)
Pekerja tidak diberikan rehat sepenuhnya atau diarahkan bekerja pada kadar bayaran minimum juga boleh menyumbang kepada tekanan perasaan serta kesihatan mental.
Cara Mencegah Burnout di Tempat Kerja
Dalam merawat sebarang masalah kesihatan termasuk burnout, dinasihat untuk berjumpa dengan pakar yang bertauliah. Senarai yang dibincangkan dalam artikel ini hanya sekadar langkah pencegah awal sahaja.
Ini adalah beberapa cadangan langkah pencegahan masalah burnout yang boleh syarikat amalkan.
- Berikan Waktu Rehat Mencukupi
Syarikat perlu memberikan waktu rehat mencukupi kepada pekerja dengan tidak menambah bebanan kerja. Pekerja pula dinasihatkan untuk memanfaatkan faedah cuti seperti yang tertulis pada Akta Kerja 1955.
- Wujudkan Aktiviti Sosial atau Riadah
Berikan fokus kepada aktiviti fizikal yang dapat membantu pekerja menstabilkan emosi dan mental adalah penting dalam mencegah mana-mana penyakit. Aktiviti sosial ini tidak perlu besar dan boleh juga dibuat ringkas seperti makan tengah hari bersama.
- Pisahkan Kerja dan Kehidupan
Cara paling mudah untuk mencegah masalah burnout adalah dengan memisahkan kerja dan kehidupan. Elakkan dari sentuh kerja semasa sedang cuti dan majikan juga perlu menghormati waktu cuti pekerja.
- Fokus Kepada Pencegahan Daripada Pemulihan
Perkara utama dalam menyelesaikan mana-mana masalah kesihatan adalah memberi fokus kepada langkah pencegahan daripada pilih untuk memulihkannya. Biarkan yang pakar untuk pulihkan masalah daripada kita memandai-mandai buatnya.
Amalkan Keseimbangan Hidup-Kerja Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, masalah kesihatan burnout ini adalah perkara membimbangkan dan jika ada pekerja mengalaminya cepat-cepat berjumpa dengan pakar. Amalkan keseimbangan hidup-kerja yang baik adalah langkah pencegahan burnout terbaik.
Sebagai majikan dan pegawai HR anda perlu pastikan pekerja berada dalam keadaan kesihatan yang baik kerana perkembangan syarikat bergantung kepada dinamik kerja pekerja yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!