Skip to main content

Mengambil pekerja yang berkualiti dapat memberikan impak positif kepada perkembangan keseluruhan organisasi syarikat dan perniagaan. Hal ini kerana pekerja yang berkualiti bukan sahaja menaik taraf tenaga kerja tetapi turut menambah produktiviti keseluruhan syarikat.

Ekoran itu penting sebenarnya untuk majikan dan bahagian sumber manusia membuat pilihan yang betul sebelum mengambil pekerja menyertai syarikat. Terdapat beberapa ciri yang boleh dikenal pasti dalam memilih pekerja berkualiti untuk syarikat.

Kelebihan Memilih Pekerja Berkualiti

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan adalah proses pengambilan pekerja boleh menelan perbelanjaan besar dan mahal. Atas faktor itu kebanyakan syarikat sangat berhati-hati dalam pemilihan pekerja.

Antara sebab dan kelebihan memilih pekerja berkualiti adalah,

  • Menjimatkan Masa dan Kos

Memiliki pekerja yang berkualiti boleh syarikat mengurangkan kos pengambilan pekerja yang mahal. Ini secara tidak langsung boleh bantu syarikat memberi fokus kepada perkembangan dan perancangan masa depan.

  • Menambah Baik Tenaga Kerja

Dengan adanya pekerja berkualiti ini moral tenaga kerja syarikat boleh bertambah positif. Apabila ramai pekerja bersemangat untuk bekerja ini boleh menambah baik kualiti semua tenaga kerja secara keseluruhan.

  • Meningkatkan Produktiviti

Apabila kualiti tenaga kerja secara keseluruhan bertambah baik, ia dapat membantu tingkatkan produktiviti bekerja. Ini juga boleh memastikan keuntungan syarikat bertambah baik dan mengembirakan pekerja juga.

  • Mengurangkan Masalah Pemberhentian

Pekerja berkualiti yang selari dengan misi, visi dan matlamat syarikat boleh meningkatkan kesetiaan, seterusnya mengurangkan risiko berhenti. Ini secara keseluruhannya dapat menjimatkan lagi kos dan masa proses pengambilan pekerja.

6 Ciri Pekerja Berkualiti

Sebenarnya sukar untuk menentukan kualiti seseorang pekerja sebelum mereka diberi peluang untuk tunjukkan kebolehan diri. Oleh itu, majikan dinasihatkan untuk memberi ruang dan masa kepada pekerja serta bantu mereka untuk capai potensi diri yang sebenar.

Akan tetapi terdapat beberapa ciri awal yang boleh dikenal pasti untuk menentukan sama ada seorang pekerja itu berkualiti atau tidak. Ini merupakan tips dalam mengenal pasti kualiti seseorang pekerja itu.

  1. Bercita-Cita Tinggi

Bermula dari masa interview lagi, majikan boleh mengenal pasti ciri-ciri seorang pekerja yang berkualiti jika mereka memiliki cita-cita tinggi dan berpandangan jauh. Seoarang yang memiliki visi, misi dan matlamat kerjaya yang jelas adalah contoh pekerja berkualiti.

  1. Komited, Bersemangat dan Berkeyakinan

Mereka yang komited dan bersemangat untuk bekerja adalah individu yang sanggup melakukan mengambil langkah tambahan bagi memperbaiki diri, dan secara tidak langsung ia akan memberi kesan kepada syarikat.

  1. Berorientasikan Perincian

Seorang pekerja yang teliti dan berorintasikan perincian adalah pilihan kebanyakan syarikat. Hal ini kerana mereka yang teliti akan membuat kerja dengan sehabis baik dan tidak mudah berpuas hati serta akan selalu cuba memperbaiki kelemahan diri.

  1. Jujur, Rendah Diri dan Amanah

Kualiti tidak hanya terhad kepada gerak kerja semata-mata, ia boleh jadi satu perkara subjektif seperti keperibadian seseorang itu. Antara kualiti yang sukar dijumpai dan sangat dihargai pada seorang pekerja adalah sifat jujur, rendah diri dan amanah dalam melakukan tugasan.

  1. Memiliki Sifat Kepimpinan

Sifat kepimpinan berkait rapat dengan kualiti dan pekerja yang memiliki kepimpinan tinggi secara semula jadi merupakan pekerja yang sangat diperlukan dalam syarikat. Namun, suka diingatkan bahawa sifat kepimpinan ini boleh dilatih dan diraih dengan pengalaman.

  1. Mudah Berkomunikasi

Salah satu perkara yang membezakan seorang pekerja itu berkualiti atau tidak adalah kebolehan mereka untuk berkomunikasi. Ini termasuk cara interaksi pekerja antara pekerja dan pembawakan diri dalam sesebuah organisasi.

Naik Taraf Kualiti Pekerja Dengan MySyarikat HR Software Terbaik Di Malaysia!

Adakah anda sedang mencari HR software terbaik yang boleh bantu menaik taraf kualiti pekerja dan pengurusan syarikat anda? Jika jawapannya ‘YA’, berita baik kepada anda kerana HR software MySyarikat adalah pilihan pengurusan kepada bisnes-bisnes di Malaysia.

Dengan sistem HR software MySyarikat, pengurusan sumber manusia syarikat akan akan menjadi lebih efisien dan efektif! Daripada pengurusan gaji, cuti, tuntutan sehingga merekod kehadiran dan banyak lagi dapat diselesaikan dengan HR software yang moden dan inovatif ini.

Mari tingkatkan kualiti kerja tempat kerja, melancarkan operasi perniagaan dan merevolusikan syarikat anda dengan sistem HR software moden MySyarikat

Jom rasai sendiri pengalaman menggunakan HR software MySyarikat sekarang secara percuma dengan ‘Book Demo’ bersama kami!

2 Comments

  • Kalau masalah kami ni macam mana…kami kerja dengan orang yang sapkon…kerja HDD…gaji di kira hari,masalahnya sekarang kerja selalu tiada..kadang dalam sebulan kami hanya berkerja seminggu..gji hari kalau tak dak projet kami tiada gaji…kadang sebulan dapat 500 mana la nak cukop ..MCM mna kami nk buat aduan..

    • Zahin Byond says:

      Upah ertinya pembayaran kepada pekerja bagi kerja yang dibuat mengenai kontark perkhidmatannya. Jika kontrak mengatakan gaji hari dan dibayar mengikut kerja, hanya bayaran terbabit sahaja akan dibayar. Tiada bayaran akan diberikan sekiranya tiada kerja yang dilakukan. Seeloknya berbincang dengan majikan berkaitan kerja.

Leave a Reply