Dalam dunia pekerjaan, mereka yang bersifat ekspresif dan mudah bergaul dengan orang lain (extrovert) sering menjadi pilihan majikan. Keperibadian mereka yang lantang menyuarakan pendapatan dan idea sering dikaitkan dengan ciri seorang pemimpin.
Namun, tidak dapat dinafikan juga mereka yang pendiam dan bersifat introspektif (introvert) juga mampu menjadi seorang pemimpin yang baik. Malah ada sesetengah syarikat juga lebih gemar seorang pemimpin yang bersifat introvert kerana sifat mereka yang neutral.
Pekerja Extrovert vs Pekerja Introvert
Introvert dan extrovert adalah sebahagian daripada personaliti seseorang, mengikut terma psikologi ia merujuk kepada cara pemikiran individu dalam membentuk keperibadian mereka. Selain itu, personaliti-personaliti ini tiada kelebihan ataupun kekurangan berbanding satu sama lain.
Pada asasnya perbezaan antara personaliti-personaliti tersebut adalah seperti berikut:
- Introvert : dikaitkan dengan personaliti diri yang pasif dan menjaga keadaan emosi secara peribadi, seseorang yang interovert lebih selesa dalam persekitaran bersendirian atau lebih gemarkan interaksi dalam kumpulan kecil
- Extrovert : dikaitkan dengan personaliti diri yang ceria dan menjadi pusat perhatian (center of attention), seseorang yang extrovert sukakan dinamik yang tinggi atau kencerung untuk interaksi dalam kumpulan besar
Beralih ke alam pekerjaan, pekerja yang introvert dan extrovert ini ada kelebihan mereka masing-masing. Dan kebanyakan syarikat kini gemar untuk lakukan ujian personaliti semasa dalam proses merekrut pekerja.
Hal ini kerana apabila majikan mengetahui personaliti para pekerjanya, mereka dapat merancang pendekatan dan strategi terbaik untuk menguruskan seterusnya mengeluarkan potensi yang ada pada pekerja.
Perlu difahamkan di sini bahawa setiap individu adalah berbeza, dan pendekatan yang digunakan juga pastinya tidak sama antara satu sama lain. Oleh itu penting untuk majikan dan pegawai sumber manusia (HR) mengetahui cara menguruskan pekerja dengan betul.
Cara Betul Urus Pekerja Introvert
Dalam menguruskan seorang pekerja introvert penting untuk majikan dan pegawai HR faham bahawa mereka yang berpersonaliti seperti ini bukannya seorang penakut atau tidak memiliki kemahiran bersosial (anti-social).
Sebaliknya, pekerja introvert lebih cenderung untuk memiliki sifat berdikari dan juga memiliki kesedaran diri tinggi termasuk sifat ingin tahu. Cumannya mereka perlukan masa untuk sesuaikan diri dan gemar bekerja dalam kumpulan kecil.
Malah, pada kebanyakan kes juga pekerja introvert boleh jadi seorang pemimpin yang baik kerana sifat mereka yang tidak terbawa oleh emosi dalam membuat keputusan dan merupakan seorang pendengar baik.
Antara pendekatan dan strategi yang boleh digunakan untuk mengeluarkan potensi diri seorang pekerja interovert adalah,
- Berikan Arahan Yang Jelas
Perbezaan utama antara pekerja introvert dan pekerja extrovert adalah sorang merupakan active listener manakala seorang lagi active talker. Dalam menguruskan seorang yang active listener, penting untuk berikan arahan sejelas mungkin supaya introvert dapat mesej yang cuba disampaikan.
- Sentiasa Berkomunikasi
Dalam menguruskan pekerja introvert penting untuk sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Hal ini kerana introvert jarang untuk meluahkan masalah yang mereka hadapi secara terbuka, sebaliknya mereka lebih gemar untuk kongsikan dengan orang yang boleh dipercayai.
- Libatkan Aktiviti Berkumpulan Dalam Skala Kecil
Sungguhpun seorang introvert lebih gemar bekerja bersendirian ini tidak bermakna penglibatan mereka dalam kumpulan tidak diperlukan. Penglibatan pekerja intorvert dalam aktiviti berkumpulan penting dalam memastikan keseimbangan dan dinamik kumpulan.
- Tetapkan Sasaran dan KPI
Cara terbaik untuk mengeluarkan potensi seseorang pekerja tentunya dengan menetapkan sasaran dan KPI untuk mereka bekerja. Lebih-lebih lagi untuk pekerja introvert, tetapkan KPI dapat bantu mereka untuk lebih berdaya saing dengan pekerja lain.
- Jangan Mendesak dan Bersabar
Penting untuk majikan dan pegawai HR untuk bersabar dalam menguruskan pekerja introvert. Pada kebanyakan masa pekerja introvert tidak akan melakukan tugasan jika tidak diminta, maka arahan yang betul perlu diberikan supaya mereka tahu akan tugasan lain yang perlu dibuat.
- Cipta Persekitaran Yang Selesa
Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif dapat membantu pekerja tanpa mengira personaliti, bekerja dengan lebih produktif. Jika segala kelengkapan dan keperluan pekerja mencukupi maka pekerja dapat bekerja dengan lebih lancar.
Urus Setiap Pekerja Secara Neutral
Walau apa pun personaliti seseorang pekerja itu, majikan sebetulnya mesti berlaku neutral. Hal ini kerana pekerja adalah manusia biasa yang memiliki perasaan dan hati. Tentunya pekerja akan terasa hati jika layanan yang diberikan berbeza-beza mengikut personaliti.
Kesimpulannya, tip-tip pengurusan pekerja yang di atas boleh digunakan untuk membantu para majikan dan pegawai HR menguruskan pekerja introvert mahupun pekerja extrovert. Perkara paling penting dalam pengurusan pekerja adalah menyediakan segala keperluan bekerja bagi pekerja.
Efisienkan Pengurusan Pekerja Dengan MySyarikat
Adakah anda alami masalah pengurusan pekerja kerana terdapat staff dari pelbagai latarbelakang berbeza? Jika jawapannya ‘Ya’ sudah tiba masa untuk efiseinkan pengurusan pekerja dengan MySyarikat!
MySyarikat, satu-satunya sistem HR software yang anda perlukan! Dengan MySyarikat pengurusan sumber manusia anda akan lebih efisien dan efektif. Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang ditawarkan termasuk pengurusan gaji, cuti, tuntutan, termasuk feature rekod kehadiran dan membuat pengumuman yang moden serta inovatif.
Dengan HR software terbaik di Malaysia ini, operasi syarikat anda akan lebih teratur dan efisien, serta meningkatkan kualiti kerja pekerja dan produktiviti. Masa untuk digitalisasikan pengurusan sumber manusia syarikat anda dengan MySyarikat! Rasai pengalaman menggunakan HR software Malaysia terbaik sekarang dengan ‘Book Demo’ secara percuma bersama kami!