Seperti semua sedia maklum, setiap pekerja yang memasuki kontrak pekerjaan layak untuk dilindungi undang-undang buruh negara, Akta Kerja. Ini termasuk layak untuk mendapat cuti tahunan (annual leave) dan cuti sakit (medical leave).
Namun, untuk melayakkan seorang pekerja itu memperolehi annual leave, mereka perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan bersama dengan majikan yang sama. Jika tiada cuti tahunan, pekerja selalunya akan mengambil cuti tanpa gaji (unpaid leave).
Artikel ini akan menerangkan tentang kelayakan annual leave, polisi unpaid leave, dan situasi di mana unpaid leave ditukar kepada annual leave. Jika anda pekerja atau majikan, penting untuk anda mengetahui hak ini.
Apa Itu Cuti Tahunan (Annual Leave)?
Di bawah Seksyen 60E Akta Kerja 1955 telah dinyatakan bahawa pekerja yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 12 bulan berhak dapat cuti tahunan berbayar. Ia merupakan hak utama pekerja yang dilindungi.
Bilangan haru cuti bergantung kepada tempoh perkhidmatan seseorang pekerja itu,
- Kurang 2 tahun = 8 hari cuti
- 2 tahun hingga 5 tahun = 12 hari cuti
- Lebih 5 tahun = 16 hari cuti
Suka diingatkan bahawa cuti tahunan ini merupakan cuti berbayar penuh dan tidak boleh dipinda atau ditolak tanpa persetujuan pekerja. Namun, kelulusan untuk permohonan cuti ini terletak pada majikan.
Apa Itu Unpaid Leave?
Cuti tanpa gaji seperti namanya merupakan cuti yang tidak dibayar. Kebiasanya ia digunakan apabila pekerja telah kehabisan cuti tahunan atau menghadapi situasi luar jangka seperti kecemasan.
Berbeza dengan cuti tahunan, cuti tanpa gaji tidak diperuntukan dalam Akta Kerja. Sebaliknya , ia bergantung kepada budi bicara majikan serta persetujuan bersama antara majikan dan pekerja. Jadi tidak hairan ada sesetengah syarikat tidak mengamalkannya.
Fakta Cuti Tahunan dan Cuti Tanpa Gaji
Tahukah anda bahawa majikan berhak menukar cuti tanpa gaji kepada cuti tahunan?
Secara prinsipnya, pekerja perlu memanfaatkan cuti tahunan mereka terlebih dahulu. Hal ini kerana cuti tahunan merupakan cuti yang diberikan undang-undang, manakala cuti tanpa gaji pula sebenarnya hanya diberikan berdasarkan polisi syarikat semata-mata.
Dalam kebanyakan kes, pekerja yang memiliki cuti tahunan akan dinasihatkan untuk menggunakannya telebih dahulu sebelum memohon cuti tanpa gaji. Jika ada baki cuti tahunan majikan boleh menukarkannya daripada cuti tanpa gaji.
Akan tetapi pertukaran ini mesti dibuat berdasarkan persetujuan bersama antara pekerja dan majikan. Komunikasi adalah penting untuk memastikan semua pihak mendapat hak mereka terjamin.
Penting: Sebarang kelayakan cuti mesti dirujuk pada Akta Kerja dan polisi yang diamalkan syarikat.
Baca juga: Pengiraan Cuti Tanpa Gaji/Unpaid Leave (UPL)
Secara tuntas, majikan boleh menukar unpaid leave kepada annual leave tetapi dengan persetujuan pekerja. Cuti tahunan adalah hak pekerja yang dilindungi di bawah Seksyen 60E Akta Kerja 1955, dan sebarang pertukaran perlu dirundingkan secara telus serta direkodkan dengan jelas dalam dokumen rasmi.
Sebagai langkah pencegahan, pekerja dan majikan digalakkan untuk merujuk semula kepada kontrak pekerjaan dan polisi syarikat, serta mengekalkan komunikasi terbuka demi menjaga keharmonian tempat kerja.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:
- Mengautomasikan tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk dapatkan sistem MySyarikat sekarang!
