Skip to main content

Hampir 60% perniagaan di Malaysia bermula sebagai Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS) atau turut dipanggil Small Medium Enterprise (SME). Jenis perniagaan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu:

  • Pembuatan
    • Industri yang berfokuskan kepada pengeluaran dan berteraskan aktiviti perniagaan yang melibatkan produk fizikal seperti kilang alat ganti
  • Perkhidmatan
    • Industri yang berfokuskan kepada pemberi khidmat atau berteraskan aktiviti perniagaan selain daripada industri pembuatan seperti kedai makan

Walaupun terdapat perbezaan jenis dan corak perniagaan untuk jenis-jenis PKS ini, namun kedua-duanya masih berkongsi satu persamaan iaitu bisnes yang mencari keuntungan dari hasil perniagaan. 

Oleh itu, penting untuk para perniaga dan pemilik bisnes menggunakan peralatan (tool) perniagaan yang efektif untuk bantu mengurus serta melancarkan operasi perniagaan. Dengan era digitalisasi kini semua tool yang diperlukan boleh diakses di hujung jari sahaja.

Tool Perniagaan Yang Diperlukan PKS

Seperti semua sedia maklum, dalam era digitalisasi kini hampir 80% perniagaan dari PKS sehingga syarikat korporat besar mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

Pengguna teknologi ini bukan untuk menggantikan pekerja sedia ada tetapi untuk membantu melancarkan lagi pengurusan serta menjamin gerak kerja yang lebih efektif. Dengan kehadiran kecerdasan buatan (artificial intelligence atau AI), ia memudahkan lagi operasi syarikat untuk mencapai tahap baru.

Selain itu, penggunaan tool teknologi dalam perniagaan ini juga dapat memastikan bisnes kekal berdaya saing dalam pasaran. Mudahnya ia dapat memastikan perniagaan terus kekal relevan dan tidak ketinggalan apabila dibandingkan dengan persaing dalam industri yang sama.

Ini adalah beberapa tool perniagaan yang syarikat korporat gergasi gunakan bagi melancarkan lagi operasi perniagaan dan sangat diperlukan perniagaan PKS untuk mengembangkan lagi perniagaan.

1. Google WorkspaceTingkat Produktiviti dan Kolaborasi Pekerja

Tanpa mengira jenis perniagaan sama ada syarikat korporat ataupun perusaha PKS, kolaborasi antara pekerja sangat penting dalam memastikan produktiviti pekerja terjaga. Tool utama yang sering digunakan kebanyakan bisnes untuk tingkat kolaborasi adalah Google Workspace.

Tool ini menawarkan pelbagai fungsi dengan sistem pengawanan (cloud) yang membolehkan para pekerja berkolaborasi walaupun tidak perlu jumpa berdepan (face-to-face). Ia melancarkan produktiviti pada harga berpatutan dan terdapat juga fungsi percuma yang boleh diakses semua.

2. Canva / AdobeTingkatkan Pemasaran Syarikat

Jenis perniagaan yang berteraskan perkhidmatan sangat tidak asing dengan penggunaan tool kreatif seperti Canva untuk mencipta poster sehingga ke banner. Tarikan visual untuk tujuan pemasaran sangat penting dalam membantu mengembangkan perniagaan.

Bagi syarikat yang betul-betul berterasakan digitalisasi pula mesti tidak asing dengan pnggunaan perisian Adobe yang mampu menawarkan pelbagai fungsi dan terbaru AI. Pemilik perniagaan boleh menggunakannya secara percuma atau melanggan secara bulanan.

3. MySyarikatTingkatkan Pengurusan Sumber Manusia

Antara keperluan utama dalam membina sebuah empayar perniagaa adalah memiliki sistem pengurusan sumbar manusia (HRMS) yang efektif dan automatif. MySyarikat adalah antara sistem HRMS yang automatif dan efektif dalam arena HRMS di Malaysia.

Dengan paparan antara muka yang mesra pengguna, aplikasi yang responsif dan sistem yang bersepadu untuk melaksanakan pelbagai tugasan kerja, MySyarikat adalah tool utama yang pemilik perniagaan perlukan dalam memastikan syarikat beroperasi dengan lancar.

Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!

Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!

Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!

Leave a Reply