Secara purata seoarang pekerja menghabiskan masa di tempat kerja selama 8 jam sehari dan sekurang-kurangnya 45 jam seminggu. Penetapan tempoh masa bekerja ini telah digariskan sendiri dalam Akta Kerja 1955 pada Seksyen 60A (1).
Untuk pengetahuan tempoh waktu bekerja negara sebenarnya telah dikurangkan dari 48 jam kepada 45 jam seminggu bagi membantu pekerja mengimbangi kehidupan dan kerja (work-life balance). Malah, tempoh waktu bekerja ini juga dipinda bagi meningkatkan produktiviti pekerja apabila mereka mendapat rehat yang mencukupi.
Namun, satu tinjauan yang dibuat pada tahun lepas mendapati hanya 3 daripada 10 pekerja sahaja yang merasakan produktiviti kerja mereka meningkat selepas perubahan tempoh waktu kerja ini. Selebihnya merasakan produktiviti mereka terganggu kerana keadaan tempat kerja yang kurang kondusif.
Apa itu Persekitaran Kerja Kondusif?
Terdapat banyak maksud untuk menjelaskan persekitaran kerja kondusif. Persekitaran kerja kondusif ini sebenarnya melibatkan perasaan (mood) dan perspektif seseorang pekerja itu sendiri terhadap keadaan tempat kerja mereka.
Tetapi pada dasarnya persekitaran kerja kondusif ini boleh diterangkan sebagai suasana kerja yang selesa, lengkap dengan keperluan dan selamat untuk pekerja melakukan tugasan diberi. Ini termasuk keselesaan secara fizikal dan mental seseorang pekerja itu sendiri.
Cara Cipta Mood di Tempat Kerja
Memang sukar untuk dinafikan tempat kerja dan rumah adalah dua kawasan yang berbeza. Pekerja boleh cuba jadikan tempat kerja selesa seperti dirumah, namun pada zahirnya pemikiran separa sedar pekerja tetap anggap pejabat sebagai tempat yang serius dan untuk bekerja.
Oleh itu, penting untuk pekerja hingga pegawai di bahagian sumber manusia (HR) dan majikan tahu cara mencipta mood bekerja kondusif di tempat kerja. Ini kerana keselesaan di tempat kerja dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja sambil menjaga kesihatan mental.
Bawah adalah beberapa cara untuk cipta mood kerja kondusif di tempat kerja.
- Rehat Apabila Perlu
Salah satu cara untuk cipta atau tingkatkan mood kerja yang paling mudah adalah dengan ambil masa berehat apabila perlu. Mengikut kajian seseorang individu yang mengambil masa untuk berehat selama 15 minit selepas 45 minit bekerja, berjaya menyiapkan lebih banyak tugasan berbanding individu yang berterusa buat kerja tanpa rehat.
- Kemaskan Ruang Kerja
Memiliki tempat kerja kondusif bermaksud mewujudkan persekitaran yang selesa. Apabila tempat kerja berada dalam keadaan yang bersih, ini dapat mempengaruhi minda untuk merangsang mood positif. Ambil masa lebih kurang 10 minit sebelum atau selepas waktu kerja untuk kemaskan ruang kerja supaya ruangan kerja berasa lebih selesa.
- Berbual Dengan Rakan Sekerja
Manusia adalah makhluk yang memerlukan interaksi jadi jangan berasa takut atau rasa bersalah untuk berbual dengan rakan sekerja. Perbualan dengan rakan sekerja ini bukan sahaja dapat mencipta mood yang lebih baik tetapi juga dapat eratkan perhubungan diantara satu sama lain.
- Kurangkan Kerja Lebih Masa
Antara faktor utama yang mengganggu mood kerja seseorang individu adalah apabila terpaksa bekerja lebih masa sedangkan badan dan minda sudah penat. Kerap melakukan kerja lebih masa ini bukan sahaja ganggu work-life balance tetapi turut memberi kesan kepada kesihatan mental apabila minda terlalu penat untuk bekerja namun masih dipaksa.
- Tetapkan Matlamat Kerja
Memiliki matlamat kerja yang jelas dan mudah dicapai adalah cara terbaik untuk mencipta mood kerja yang kondusif. Ini kerana pekerja akan berasa lebih bersemangat untuk bekerja bagi mengejar matlamat yang ditetapkan tersebut. Matlamat tersebut tidak perlu besar, cukup hanya sekadar ingin menyiapkan tugasan bagi mendapatkan lebih banyak masa rehat.
- Manfaatkan Musik dan Perhiasan
Elemen seperti musik sangat membantu dalam mencipta mood. Satu kajian mendapati pekerja yang memasang musik sambil membuat kerja berasa lebih produktif berbanding buat kerja dalam kesunyian. Selain itu, elemen perhiasan juga memainkan peranan dalam mencipta mood yang selesa untuk bekerja seperti perhiasan minimalist.
Penuhi Keperluan dan Keselesaan Tempat Kerja Dengan MySyarikat!
Kesimpulannya, mood kerja yang kondusif memainkan peranan penting kepada persekitaran kerja yang positif. Mencipta mood yang positif ini adalah tanggungjawab semua termasuk pihak pegawai HR dan majikan bagi memastikan pengurusan pekerja berasa dalam keadaan yang baik.
Suka diingatkan bahawa pengurusan sumber manusia amat penting bagi memastikan kelancaran dan efisiensi perniagaan dalam memastikan syarikat terus berdaya saing dan berkembang maju.
Berita baik kepada semua, aplikasi super – MySyarikat sistem pengurusan sumber manusia (HRMS) adalah satu-satunya perisian yang anda diperlukan!
Terdapat pelbagai fungsi pengurusan yang diperlukan majikan, pegawai bahagian HR dan syarikat ditawarkan MySyarikat dari pengurusan gaji (Secured Payroll); pengurusan cuti (Leave Management); pengurusan tuntutan (Claim Management); merekod kehadiran (Smart Attendance) hingga membuat pengumuman (Smart Announcement) dan banyak lagi!
Dengan sistem pengurusan sumber manusia digitaliasi yang mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat mampu untuk merevolusikan cara syarikat anda bekerja dan menaik taraf kualiti kerja pekerja dengan sekelip mata!
Rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem MySyarikat sekarang! Klik ‘Book Demo’ untuk tetapkan sesi demo bersama kami, 100% percuma!