Skip to main content

Akibat Covid-19 ramai pekerja di Malaysia kini lebih selesa untuk bekerja dari rumah atau work from home (WFH). Malah, kerajaan juga pinda Akta Kerja 1955 bagi membenarkan Aturan Kerja Fleksibel bagi kemudahan WHF untuk pekerja.

Tetapi kebanyakan majikan pula lebih suka para pekerjanya datang ke pejabat untuk bekerja kerana sesetengah majikan sudah bayar sewa bangunan pejabat, jadi rugilah jika tidak digunakan!

Jadi bagi pekerja yang ‘terpaksa’ tinggalkan keselesaan di rumah dan masuk pejabat, ikuti tip-tip berguna ini untuk jadikan tempat kerja anda terasa selesa seperti di rumah.

Tip Jadikan Tempat Kerja Lebih Selesa

Secara purata seorang pekerja habiskan masa di tempat kerja selama 45 jam seminggu, terima kasih kepada pindaan baru yang dibuat pada Akta Kerja 1955 yang mengurangkannya dari 48 jam, berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 lalu.

Jadi penting untuk pekerja bekerja di bawah persekitaran yang selesa dalam jangka masa lama bagi memastikan produktiviti terjaga. Ini adalah antara tip yang pekerja boleh buat untuk pastikan keselesaan di tempat kerja.

1. Kemas dan Susun Tempat Kerja Mengikut Keselesaan

Disebabkan seorang pekerja menghabiskan masa sekruang-kurangnya 8 jam sehari di tempat kerja, penting untuk pekerja jaga kebersihan kawasan tempat kerja. Hal ini kerana tempat kerja yang kemas dan bersih boleh buatkan datangkan keselesaan.

Mudah kata sepertimana anda jaga kebersihan di rumah, anda juga perlu jaga kebersihan di tempat kerja!

Jika diberikan meja kerja, ambil masa untuk kemaskan dan susun barang di atas meja ikut keselesaan dan cita rasa anda. Ingat, anda akan banyak habiskan masa di meja kerja kalau meja kerja bersepah mesti rasa kurang selesa dan tidak bersemangat buat kerja.

2. Pilih Perhiasaan Yang Bersesuaian

Setiap pekerja ada cita rasa yang berbeza-beza, ada yang minat perhiasaan minimalist atau maximalist. Bergantung kepada cita rasa, pilihan perhiasan yang memberikan anda ketenangan dan keselesaan dalam membuat kerja.

Anda juga boleh bawa perhiasan yang mengingatkan anda kepada rumah untuk cipta persekitaran selesa. Tapi perlu ingat bahawa perhiasan yang di bawa mesti bersesuaian di tempat kerja dan tidak menganggu orang lain.

Antara perhiasan tempat kerja yang boleh di bawa adalah kerusi kerja, bantal yang menyokong tulang belakang, baju tebal jika pejabat terlalu sejuk, cawan dan perkakasan makanan sendiri atau lampu meja.

3. Jadikan Kawasan Kerja ‘Happy Space’

Sekali lagi, pekerja akan habiskan masa yang lama di tempat kerja jadi jangan takut untuk wujudkan ‘Happy Space’ untuk diri sendiri. Dalam bekerja kesihatan mental perlu dijaga dengan baik bagi memastikan produktiviti kerja berjalan lancar.

Ajak rakan sekerja anda ‘ngopi’ pada waktu rehat kerana gelak tawa boleh meningkatkan semangat pekerja untuk datang kerja atau ambil masa untuk lelapkan mata (power nap) untuk menyegarkan semula minda.

Ingat, tempat kerja juga adalah tempat di mana pekerja bersosial dan luangkan masa bersama rakan untuk bersantai, cuma perkara-perkara itu tidak boleh dibuat pada waktu kerja sahaja.

4. Cipta Mood Yang Betul

Tempat kerja tidak patut jadi kawasan yang kelam atau senyap, anda boleh bermain dengan pencahayaan, tona warna dan musik (mood) yang bersesuaian untuk naikkan lagi semangat kerja.

Tidak jadi kesalahan jika anda dengar musik ketika bekerja, mengubah posisi meja kerja atau menambah lampu meja untuk naikkan mood kerja, asalkan tidak mengganggu orang lain yang sedang bekerja.

Anda juga boleh cipta mood kerja yang kondusif dengan rakan sekerja yang ‘sekepala’ untuk berborak hal-hal bukan berkaitan kerja ketika waktu rehat atau bermain permainan mudah alih sebelum mula kerja.

Ternyata, untuk jadikan tempat kerja satu kawasan yang selesa seperti di rumah bermula dengan diri sendiri. Tempat kerja tidak semestinya jadi kawasan yang ‘kelam’ apabila anda pandai mencipta suasana gembira dan selesa.

Ingatlah penting untuk cipta keseimbangan hidup dan kerja (work-life balance) dalam memastikan kualiti kehidupan anda jadi lebih baik dan meningkatkan produktiviti kerja untuk syarikat.

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

One Comment

Leave a Reply