Dalam dunia perniagaan yang semakin dinamik, perubahan cara kerja dan keutamaan pekerja mendorong syarikat untuk mengadaptasi dan menyesuaikan budaya syarikat mereka dengan keperluan semasa.
Menjelang tahun 2025, pembentukan budaya kerja progresif adalah penting bagi HR dan syarikat di Malaysia dalam memastikan diri kekal berdaya saing, mengekalkan pekerja dengan sayrikat dan memacu pertumbuhan perniagaan.
Artikel ini akan membincangkan 8 budaya yang harus diterapkan untuk memastikan kejayaan masa depan syarikat anda terutamanya bagi perusaha kecil dan sederhana (SME) di Malaysia.
- Budaya Kerja Fleksibel/ Hybrid
Selepas era pandemik, fleksibiliti kerja telah menjadi faktor utama yang mendorong pekerja dalam membuat keputusan untuk bekerja dengan sesebuah syarikat. Ramai pekerja memilih syarikat yang tawarkan kerja hybrid, kerja dari rumah (remote) atau waktu kerja fleksibel berbanding masuk ke dalam pejabat.
Malah, kajian turut mendapati bahawa syarikat yang mengamalkan budaya kerja fleksibel ini menyaksikan peningkatan produktiviti pekerjanya selain turut menyaksikan kadar pekerja berhenti lebih kurang berbanding sebelumnya.
- Budaya Kerja Terbuka dan Kepelbagaian (Diversity)
Kepelbagaian kaum, bangsa dan etnik di Malaysia harus dimanfaatkan. Amalan budaya kerja terbuka dengan diversity ini membantu mencipta persekitaran kerja yang inovatif apabila terdapat pelbagai perspektif yang berbeza tanpa prajudis.
Lebih menariknya lagi syarikat yang cenderung mengamalkan budaya kerja terbuka lebih menjadi pilihan kebanyakan pekerja lebih-lebih lagi dalam kalangan pekerja muda (gen-z) yang mengutamakan keadilan sosial.
- Budaya Kerja Pembelajaran Berterusan
Dengan perkembangan teknologi seperti AI dan automasi, pekerja perlu memperbaharui kemahiran mereka untuk kekal relevan. HR perlu menyediakan platform pembelajaran dan peluang pembangunan kerjaya untuk pekerja.
Apabila pekerja dapat mencapai kepuasan kendiri mereka, ia adakan mendatang perasaan berpuas hati dan membuatkan pekerja kekal lama di sesebuah syarikat. Selain itu, ia juga meningkatkan kualiti pekerja yang boleh dimanfaatkan oleh syarikat.
- Budaya Kerja Kesihatan Mental
Isu kesihatan mental semakin mendapat perhatian, khususnya selepas pandemik. Syarikat yang menitikberatkan kebajikan pekerja dapat meningkatkan semangat kerja dan mengurangkan kadar tekanan pekerja serta pemberhentian.
Untuk mengamalkan budaya ini syarikat boleh menyediakan cuti khas untuk kesihatan mental atau bekerjasama dengan organisasi yang menyediakan kaunseling pekerja. Atau menambah cuti sedia ada pekerja seperti cuti tahunan dan cuti umum.
- Budaya Kerja Berasakan Nilai (Value-Driven)
Mempunyai nilai teras yang jelas membantu syarikat untuk mencapai tujuan perniagaan kepada pekerja dan pelanggan. Ia secara tidak langsung memastikan semua unit dalam syarikat bergerak selari dengan objektif sama.
Selain itu, apabila pekerja memahami nilai syarikat mereka akan lebih terinspirasi untuk menyumbang kepada visi tersebut. Syarikat boleh mengadakan townhall untuk menerangkan visi dan misi syarikat.
- Budaya Kerja Digitalisasi/ Automasi
Digitalisasi bukan sekadar trend tetapi keperluan dan masa depan. Dengan teknologi Industry Revolusion (IR) 4.0, syarikat perlu mempercepatkan penggunaan sistem automasi untuk tugasan kerja yang berulang.
Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos operasi, meningkatkan ketepatan data dan membolehkan HR fokus kepada tugasan strategik. Contoh sistem automasi yang berkaitan teknologi IR 4.0 adalah MySyarikat.
- Budaya Kerja Kebertanggungjawaban Sosial (CSR)
Pekerja kini lebih cenderung untuk memilih syarikat yang memberi impak positif kepada masyarakat. Cara terbaik untuk syarikat memberi impak adalah melalui CSR yang menunjukkkan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Melaluinya juga ia dapat membantu membina imej baik untuk syarikat, seterusnya mengembarkan pengaruh serta nama baik syarikat dalam masyarakat itu sendiri. Ingat, pekerja juga berhak untuk memilih dengan syarikat mana mereka mahu bekerja.
- Budaya Kerja Kolaborasi dan Komunikasi Efektif
Komunikasi yang lancar adalah asas kejayaan kepada mana-mana kerja berpasukan lebih-lebih lagi untuk sesebuah organisasi syarikat. Dengan alat teknologi moden, kerjasama antara pasukan akan menjadi lebih mudah.
Gunakan alat seperti MySyarikat untuk komunikasi harian. Fungsi seperti Smart Announcement boleh memastikan komunikasi antara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan pegawai HR dan pekerja dengan majikan menjadi lancar.
Pilihan Budaya Yang Sesuai Untuk Syarikat Anda
Kesimpulannya, budaya kerja yang dinamik dan progresif adalah asas kepada kejayaan sesebuah syarikat menjelang 2025. Dengan melaksanakan sama ada budaya fleksibiliti kerja, pembelajaran berterusan atau sokongan kesihatan mental syarikat boleh memastikan daya saing kekal tinggi dalam perubahan global.
Sebagai HR atau pemilik syarikat, langkah-langkah ini diharap dapat membantu anda untuk mengekalkan pekerja dan membina syarikat yang mamapan. Jangan tunggu sehingga 2025-mulakan tranformasi budaya kerja anda hari ini!
Jadikan Pengalaman Kerja Syarikat Lebih Baik Dengan MySyarikat!
Dalam pada itu, anda pemilik syarikat yang selalu hadapi masalah pekerja kurang bermotivasi? Atau berdepan aduan pengalaman kerja syarikat tiada penambahbaikan? Berita baik kerana MySyarikat tawarkan semua penyelesaian kepada masalah tersebut!
Pengurusan pekerja boleh jadi efisien dengan fungsi-fungsi MySyarikat yang direka untuk membantu meningkatkan pengalaman kerja syarikat ke arah lebih positif secara automatik dalam satu sistem sahaja!
Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!
Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!
Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!