Skip to main content

Tanpa mengira keputusan sama anda menerima tawaran kerja di tempat baru atau sedang mencari peluang mengembangkan kerjaya di tempat lain, perkara penting yang sering perlu ambil maklum pekerja adalah berkenaan budaya kerja syarikat tersebut.

Setiap syarikat memiliki budaya kerja yang berbeza-beza, ada yang menawarkan persekitaran kerja lebih santai walaupun dalam situasi korporat sementara ada yang mungkin mementingkan aspek korporat secara menyeluruh.

Walau apa pun budaya kerja yang diamalkan sesuatu syarikat, ia sangat penting dalam memberikan membentuk pengalaman kerja kepada pekerja. Pada sesetengah kes budaya kerja juga menentukan keputusan pekerja untuk kekal bekerja di suatu syarikat itu.

Oleh itu, artikel MySyarikat kali ini akan membincangkan topik budaya kerja dan menerangkan indikator-indikator budaya kerja yang positif dan boleh diamalkan syarikat. Penting untuk setiap majikan serta pegawai sumber manusia (HR) atau pekerja ambil maklum tentang topik ini.

Definisi Budaya Kerja

Budaya kerja adalah segala aspek berkaitan sosiologi di tempat kerja seperti kepercayaan, adat serta tingkah laku sekumpulan individu dalam persekitaran kerja. Ia merangkumi semua bahagian, jabatan atau organisasi yang bekerja di bawah satu majikan yang sama.

Mudah kata budaya kerja ini boleh dilihat daripada tingkah laku semua orang dari yang berjawatan tinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) hingga pekerja baru, berkaitan cara mereka berinteraksi dan jalani kehidupan dalam satu syarikat.

Secara asasnya, budaya kerja ini terjadi dengan sendirinya dan tidak tetap. Ia boleh berubah mengikut keadaan contohnya CEO sebelum ini bersifat korporat maka budaya kerja syarikat menjadi korporat, sementara jika CEO baru lebih santai maka budaya kerja boleh bertukar lebih bebas.

Penting untuk dimaklumkan bahawa kesan perubahan budaya kerja ini bukan hanya boleh dilihat melalui pertukaran pihak atas sahaja, perubahan pada jumlah pekerja juga boleh menyumbangkan impak kepada budaya kerja syarikat.

Kepentingan Budaya Kerja

Sebenarnya kewujudan budaya kerja ini bukan sahaja memberi impak kepada operasi syarikat, malah ia turut boleh memberi kesan kepada keuntungan dan perkembangan syarikat. Ini kerana budaya kerja mempengaruhi segala aspek fizikal sebuah oerganisasi tersebut.

Bayangkan anda menghabiskan masa sekurang-kurangnya 45 jam seminggu di tempat kerja, tentu sekali persekitaraan tersebut akan memberi impak kepada cara anda berinteraksi termasuk sikap dan nilai permikiran.

Atas faktor itu penting untuk majikan dan pegawai HR atau pekerja menerapkan budaya kerja yang positif dalam syarikat kerana ia akan memberi bayangan dan gambaran tentang syarikat kepada orang luar seperti pelabur atau pelanggan.

Cara Bina Budaya Kerja Positif

Cara paling mudah untuk membina budaya kerja positif adalah dengan menerapkan nilai kesejahteraan dan mengutamakan kebajikan pekerja, menawarkan sokongan dan mengamalkan ketelusan komunikasi dalam syarikat.

Antara indikator yang boleh diambil perhatian oleh majikan dan pegawai HR atau pekarja dalam membina budaya kerja positifi dalam syarikat adalah,

  • Penglibatan Aktivit Pekerja

Jika penglibatan pekerja untuk aktiviti syarikat di tempat kerja anda tinggi, maka ini bermakna syarikat anda memiliki budaya kerja yang positif kerana pekerja bukan sahaja berasa senang untuk bekerja tetapi gembira sertai aktiviti lain oleh syarikat.

  • Amalan Ketelusan dan Sokongan Membina

Kalau tempat kerja anda menawarkan persekitaran yang telus seperti pekerja mudah menyuarakan pendapat kepada pihak atasan atau pekerja mudah berkongsi masalah dengan pegawai HR, maka ini bermakna syarikat anda berjaya amalkan budaya kerja positif. 

  • Amalan Komunikasi Tanpa Sempadan

Andai bangunan syarikat anda bertingkat tetapi pekerja mudah untuk berjumpa dengan pihak atasan atau pihak atasan sering menemui pekerja, ini bermakna syarikat anda mengamalkan budaya kerja positif tanpa ada sempadan dalam berkomunikasi.

  • Ruang Kerja Yang Kondusif

Penawaran ruang kerja yang selesa dan memenuhi segala keperluan pekerja untuk menjalankan tugasa juga boleh menandakan syarikat anda berjaya amalkan budaya kerja positif. Ini bermakna persekitara kerja yang diberikan kondusif dan selesa.

  • Jangka Masa Perkhidmatan Pekerja

Antara indikator terpenting dalam menentukan sama ada syarikat anda berjaya mengamalkan budaya kerja positif adalah jumlah pekerja jangka masa panjang. Keberadaan pekerja yang bekerja untuk syarikat selama bertahun-tahun tanpa berhenti menandakan syarikat ada memiliki budaya kerja positif.

Impak Budaya Kerja Positif

Tentunya, mewujudkan budaya kerja yang positif di tempat kerja memiliki lebih banyak kelebihan daripada kekurangan. Selain itu, budaya kerja positif juga memberi indikator bahawa syarikat itu berkembang dengan baik.

Sebagai pekerja yang ingin menyertai sesebuah syarikat atau majikan serta pegawai HR, budaya kerja yang baik dapat membantu dalam banyak aspek seperti:

  • Kesihatan Mental dan Fizikal

Apabila pekerja gembira dari segi fizikal serta mental, majikan akan berpuas hati dan syarikat akan mudah berkembang dengan lebih pantas. Ini secara tidak langsung boleh menaikkan imej syarikat dan mengukuhkan reputasi.

  • Tingkatkan Kesetiaan dan Kurangkan Toxicity

Dengan ramai pekerja berpuas hati maka tiada timbul isu pekerja berhenti. Jadinya toxicity di tempat kerja tidak akan berlaku, seterusnya setiap individu dalam syarikat boleh memberi fokus kepada perkembangan bersama.

  • Wujudkan Perasaan Gembira dan Motivasi Kerja

Kemanisan dalam mewujudkan budaya kerja positif adalah bila semua individu berasa gembira untuk datang kerja dan bermotivasi dalam melaksanakan tugasan. Ini secara tidak langsung dapat membantu syarikat berkembang dengan lebih pantas.

Kesimpulannya, penerapan budaya kerja positif ini tidak boleh diambil ringgan kerana ia bukan sahaja melibatkan reputasi sesuatu syarikat itu tetapi pada masa yang sama boleh menjadi indikator perkembangannya.

Majikan dan pegawai HR perlu pastinya budaya kerja positif tercipta dalam syarikat kerana ia dapat membantu dalam proses merekrut pekerja dan memastikan kerjayaan untuk tempoh masa jangka panjang.

Masih belum terlambat untuk menerapkan budaya kerja positif, segalanya bermula di tangan anda sendiri tidak kira sama ada anda dari pihak atasan atau pekerj baru. Tanggungjawab mewujudkan budaya kerja positif terletak kepada semua.

Leave a Reply