Dalam pasaran kerja yang kompetitif kini, mengekalkan pekerja berkualiti tinggi menjadi cabaran besar bagi kebanyakan syarikat di Malaysia. Kadar pekerja berhenti (turn over rate) yang tinggi dalam tenaga kerja syarikat boleh menyebabkan kos bertambah, kehilangan produktiviti dan gangguan budaya kerja.
Jadinya, artikel ini akan menerangkan beberapa strategi berkesan untuk memastikan pekerja terus setia bekerja dengan syarikat (ikat pekerja) dan mengukuhkan budaya kerja yang positif untuk anda.
1. Berikan Gaji Yang Kompetitif
Faktor utama yang mempengaruhi pekerja untuk terus bekerja dengan syarikat adalah dengan menawarkan gaji yang kompetitif dan faedah tambahan menarik. Pastikan gaji yang ditawarkan selari dengan nilai pasaran, selain memastikan insentif yang sesuai dengan keperluan pekerja.
Melalui cara ini juga syarikat mampu untuk menarik minat pekerja-pekerja baru yang berbakat untuk sertai syarikat. Lebih menarik penawaran gaji yang boleh syarikat tawarkan, lebih tinggi peluang untuk mendapatkan pekerja berkualiti.
2. Sediakan Peluang Perkembangan Kerjaya
Pekerja sering mencari majikan yang menyokong perkembangan kerjaya mereka. Latihan profesional, program mentorship atau kursus berkelas untuk industri adalah pelaburan penting untuk meningkatkan kecekapan dan kepuasan pekerja.
Ini bukan sahaja berjaya ‘mengikat’ pekerja tetapi memastikan kualiti dan produktiviti dalam kalangan tenaga kerja bertambah baik. Selain itu, pekerja baru juga mencari majikan yang boleh tawarkan peluang perkembangan kerjaya untuk jangka panjang.
3. Wujudkan Budaya Kerja Positif
Budaya kerja yang diamalkan dalam sesuatu syarikat memainkan peranan besar dalam mempengaruhi keputusan pekerja untuk kekal bekerja atau tidak. Amalkan budaya seperti keterbukaan, kepercayaan dan sokongan moral yang tinggi mampu ‘mengikat’ pekerja dengan lebih mudah.
Selain itu, syarikat juga boleh terapkan budaya kekeluargaan di luar pejabat dengan mengadakan aktiviti sosial seperti hari keluarga atau team-building untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pekerja dan pengurusan.
4. Pengiktirafan Kepada Pekerja
Memberi pengiktirafan kepada pekerja adalah salah satu bentuk motivasi yang paling kuat. Tunjukkan penghargaan atas hasil kerja keras pekerja dengan memberikan anugerah pekerja cemerlang ataupun ucapan penghargaan peribadi.
Langkah ini bukan sahaja membina semangat kerja yang tinggi untuk tenaga kerja syarikat tetapi turut menguatkan hubungan mereka dengan syarikat. Apabila rasa diri dinilai tinggi pekerja cenderung untuk setia bekerja dengan syarikat.
5. Masa Bekerja Fleksibel
Sejak pandemik lalu, ramai pekerja cenderung memilih syarikat yang mengamalkan masa kerja fleksibel. Hal ini kerana pekerja sering kali pertimbangkan kemudahan kepada mereka dan keselesaan untuk melakukan tugasan yang diberikan.
Andai sesuai dengan industri syarikat, boleh cuba terangkan waktu kerja fleksibel seperti kerja jarak jauh (remote working), jadual kerja fleksibel atau bekerja secara hybrid. Kajian dapati syarikat yang amalkan hybrid memiliki kadar pemberhenti pekerja yang lebih rendah.
6. Sokongan Kesihatan Mental & Fizikal
Kesihatan mental pekerja adalah faktor penting dalam memastikan prestasi kerja berada di tahap terbaik. Sediakan sokongan kesihatan seperti kaunseling percuma, program kesedaran kesihatan mental atau aktiviti motivasi boleh bantu pekerja berasa senang untuk bekerja.
Ia bukan sahaja menunjukkan bahawa syarikat mengambil berat tentang kesejahteraan pekerja tetapi memberi nilai kekeluargaan yang tinggi. Lebih banyak sokongan yang diberikan lebih tinggi kadar pekerja kekal bekerja dengan syarikat.
7. Komunikasi Berkesan
Komunikasi dua hala yang jelas dan terbuka antara pekerja serta majikan adalah asas kepada hubungan kerja yang kukuh. Apabila pekerja merasakan suara mereka didengari, mereka akan lebih terlibat dan komited kepada syarikat.
Syarikat boleh membuat sesi maklum balas secara berkala untuk mengenal pasti keperluan pekerja, menyelesaiakn masalah yang mereka hadapi seterusnya mencadangkan penambahbaikan yang menguntungkan kedua-dua pihak.
8. Kepimpinan Profesional
Kunci kepada mana-mana syarikat yang stabil adalah dengan memiliki kepimpinan yang profesional dan dihormati pekerja. Memiliki pemimpin yang baik mampu mempengaruhi tahap kesetiaan pekerja dengan suatu syarikat.
Dengan ada kepimpinan yang jelas dengan hala tuju syarikat dan pandai menguruskan pekerja, maka pekerja akan berasa lebih selesa serta yakin untuk terus menabur bakti kepada syarikat itu sendiri.
Amalkan Strategi Sesuai Dengan Syarikat Anda
Kesimpulannya, strategi-strategi ini boleh membantu syarikat di Malaysia untuk mengekalkan pekerja dan tingkatkan kesetiaan dalam kalangan tenaga kerja. Dengan menumpukan kepada faedah pekerja, pembangunan kerjaya dan budaya kerja positif syarikat anda pasti menjadi pilihan utama pekerja.
Untuk memastikan keberkesanan strategi ini, lakukan penilaian berterusan terhadap keperluan tenaga kerja. Majikan yang beradaptasi dengan keperluan pekerja berpotensi meningkatkan produktiviti syarikat sambil memacu pertumbuhan jangka panjang.
Pengurusan Pekerja Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!
Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis pekerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah pengiraan, rekod bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.
Perkenalkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia dalam automasi dan membantu majikan:
- Mengautomasi tugasan: Semua tugasan direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
- Menguruskan pengurusan secara online: Sebarang tugasan kini boleh diakses dengan satu klik.
- Memastikan pematuhan: Sistem direka untuk mematuhi undang-undang kerja di Malaysia.
Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!
Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!