Skip to main content

Tidak kira sama ada dapat tawaran kerja di tempat lain atau ingin berhenti kerja, seorang pekerja perlu hantar notis berhenti kerja atau notis penamatan kontrak kepada majikan terlebih dahulu.

Kepentingan notis berhenti kerja ini adalah untuk memaklumkan kepada majikan tentang hasrat untuk meninggalkan syarikat dan memberi masa kepada majikan untuk mencari pengganti bagi jawatan yang ditanggalkan itu.

Hubungan kerja yang terbina atas persetujuan kontrak perkhidmatan antara pekerja dan majikan perlu dihormati. Senang cerita masuk cara baik, keluar pun kena cara baik!

Tapi trend sekarang ini pekerja yang ingin berhenti selalu hantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan. Adakah notis berhenti kerja 24 jam itu sah di sisi perundangan di Malaysia?

Notis Penamantan Kontrak, Akta Kerja 1955

Merujuk Seksyen 12 (1) Akta Kerja 1955, notis penamatan kontrak boleh diberikan oleh mana-mana pihak kepada pihak satu lagi pada bila-bila masa untuk maklumkan niatnya bagi menamatkan kontrak perkhidmatan.

Mudah kata pekerja boleh beri notis berhenti kerja kepada majikan dan majikan juga boleh beri notis penamatan kontrak kepada pekerja pada bila-bila masa.

Pada Seksyen 12 (2) pula ada sentuh tentang tempoh notis yang memerlukan kedua-dua pihak (majikan dan pekerja) ikut tempoh peruntukan dan syarat-syarat yang dibuat secara bertulis dalam kontrak perkhidmatan.

Biasanya dalam kontrak kerja ada tulis tentang tempoh dan notis berhenti kerja bagi mana-mana pekerja yang ingin berhenti kerja.

Andai kata kontrak perkhidmatan tidak menyatakan sebarang syarat atau peruntukan tentang tempoh penamatan kontrak perkhidmatan, maka tempoh penetapan yang digariskan dalam Akta Kerja 1955 adalah,

  • 4 minggu notis jika pekerja bekerja kurang daripada 2 tahun pada tarikh notis diberikan
  • 6 minggu notis jika pekerja bekerja 2 tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5 tahun pada tarikh notis diberikan
  • 8 minggu notis jika pekerja bekerja 5 tahun atau lebih pada tarikh notis diberikan

Boleh ke Tamatkan Kontrak Tanpa Notis

Secara teknikal, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa menghantar sebarang notis atau selepas hantar notis dengan syarat pihak itu perlu bayar ganti rugi notis kepada pihak lain bergantung kepada jumlah upah pekerja.

Perkara ini diterangkan pada Seksyen 13, di mana jika satu pihak ingin berhenti kerja segera, maka pihak itu perlu bayar kepada pihak lain sejumlah wang yang sama dengan jumlah upah yang sepatutnya terakru kepada pekerja dalam tempoh notis tersebut.

Selain itu, mana-mana pihak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan tanpa notis andai berlaku apa-apa perlanggaran yang disengajakan oleh pihak lain terhadap syarat-syarat kontrak perkhidmatan yang dipersetujui.

Maksudnya di sini andai mana-mana pihak melanggar syarat kontrak, sama ada pekerja atau majikan, maka penamatan kontrak boleh dibuat tanpa keperluan menghantar notis kepada mana-mana pihak.

Satu perkara lagi, andai seorang pekerja terdedah dengan sebarang bentuk bahaya atau ancaman atau penyakit, maka penamatan kontrak perkhidmatan tanpa notis boleh dibuat oleh mana-mana pihak berkuatkuasa serta merta.

Valid ke Notis Berhenti 24 Jam Pekerja?

Berdasarkan apa yang dibincangkan di atas, persoalan adakah sah jika pekerja hantar notis berhenti 24 jam, jawapannya BOLEH dengan syarat pekerja itu mesti bayar ganti rugi notis pemberhentian mengikut penetapan tempoh kontrak perkhidmatan.

Di sini tidak kira mana-mana pihak yang mengeluarkan notis berhenti 24 jam, pihak itu perlu membayar sejumlah upah wang sebagai ganti rugi notis.

Rujukan boleh dibuat pada Seksyen 20 yang mengatakan pembayaran atas penamatan biasa kontrak hendak dibayar kepada pekerja tidak lewat daripada hari di mana kontrak perkhidamatan itu tamat.

Jadi maksudnya di sini notis berhenti 24 jam yang dihantar adalah sah, dengan syarat pekerja perlu membayar ganti rugi notis bergantung dengan penetapan tempoh notis yang dinyatakan pada Seksyen 12 (2) Akta Kerja 1955.

Walau apa pun keputusan yang dibuat berkenaan hasrat untuk berhenti kerja, penting untuk menghantar notis pemberhentian mengikut tempoh waktu notis yang ditetapkan.

Ia bukan sahaja bagi syarikat peluang untuk mengisi jawatan yang ditinggakan, tetapi memberi peluang kepada pekerja untuk menyelesaikan amanah tugasan sebelum berhenti.

man vector relaxing with big clock as the background and text talking about shift work in Malaysia
Fakta HR

Fakta Kerja Shift di Malaysia

Zahin ByondZahin ByondOctober 2, 2024

56 Comments

  • Yazid Jainal says:

    Bagaimana pula sekiranya pekerja yang memberi notis tersebut contoh untuk tempoh 8 minggu, tetapi hanya bekerja selama 6 minggu dan 2 minggu disebabkan mengambil cuti tanpa gaji atau ponteng. Adakah ia perlu membayar 2 minggu gaji sebagi ganti notis?

    • Zahin Byond says:

      Sekiranya memiliki baki cuti tahunan, dinasihatkan untuk menghabiskannya sebelum berhenti. Dan untuk kes ponteng pula adalah menjadi kesalahan kerana pekerja perlu lalui tempoh notis. Ganti rugi notis hanya untuk pemberhentian segera sahaja.

  • pija says:

    Saya pernah menghantar notis berhenti kerja selama sebulan tapi notis itu di tolak oleh pengurus, bolehkah saya menghantar notis 24jam tanpa membayar ganti rugi kerana saya pernah memberikan notis berhenti 30hari tapi di tolak, bolehkah saya membuat aduan tentang perilaku pengurus saya yang bertindak berat sebelah ? saya berniat berhenti kerja atas alasan sikap pengurus saya yang berat sebelah dan selalu bercakap di belakang tentang kesalahan atau salah laku saya yang dia lihat tapi menurut saya sebagai seorang pengurus yang profesional, dia perlu berjumpa dengan saya jika saya ada membuat kesalahan atau melanggar peraturan. Saya perlukan pendapat pihak tuan/puan

  • Ella says:

    Salam, saya berhenti 24jam apabila sudah cukup bulan dan saya masih belum lagi confirm di syarikat itu. Boleh ke dikenakan denda?

    Dan majikan boleh hold gaji saya?

    • Zahin Byond says:

      Pemberhentian 24 jam perlukan pekerja untuk membayar ganti rugi notis, perkara ini boleh dirujuk pada Akta Kerja 1955.

      • Mr.payed says:

        Sy seorang perkerja staff kontrak…dan kontrak sy tamat bulan 6/2024…dan sehingga kini (9/2024) sy masih belum sign kontrak baru…dan sy nekad untuk berhenti kerana company turunkn gaji basic atas alasan company ade problem pasal duit…bolehkah sy menghantar notis 24jam shj??

        • Zahin Byond says:

          Jika sudah tamat kontrak maka anda sepatutnya sudah tidak bekerja melain jika akan menyambung kontrak. Jika masih dalam kontrak maka untuk berhenti 24 jam perlu hantar notis.

  • leanna says:

    Adakah saya perlu membayar ganti rugi setelah notis 30 hari saya diterima?

    • Zahin Byond says:

      Pembayaran notis ganti rugi adalah apabila pekerja ingin berhenti dengan segera (24 jam).

      • Nor says:

        Tp offer letter sy tak terima dan dsitu tak ada perjanjian bertulis dan kontrak hitam putih

        • Zahin Byond says:

          Dinasihatkan untuk membuat hitam putih apabila melibatkan kontrak kerja. Ini bagi mengelak sebarang masalah jika berlaku pertikaian yang boleh berlaku.

  • amirul says:

    saya telah menghantar notis berhenti kerja selama 2 bulan, tetapi tiba -tiba saya perlu berhenti seminggu lebih awal daripada tarikh hari terakhir saya bekerja. adakah boleh saya hantar surat pemendekkan notis dan membayar pampasan selama seminggu itu. Atau saya terpaksa mengeluarkan notis berhenti 24 jam dan perlu membayar pampasan selama 2 bulan?

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 menggariskan penetapan notis penamatan kontrak di mana mana-mana pihak boleh menghantar notis bagi menyatakan niat untuk berhenti. Bagi yang ingin berhenti segera, mana-mana pihak perlu membayar ganti rugi notis sebagai pembayaran notis penamatan kontrak.

  • Irfan says:

    Saya sudah bekerja 3tahun bulan 9 masuk tahun ke4..saya hendak menghantar notis 24jam kerana dpt offer kerja lain yang perlukan kemasukan segera.
    Apakah tindakan majikan yang dikenakan oleh saya??

    • Zahin Byond says:

      Pekerja yang ingin berhenti perlu menghantar notis penamatan kontrak mengikut tempoh yang ditetapkan seperti yang dinyatakan dalam Akta Kerja 1955.

  • Sha says:

    Apa akibat klau tak bayar pampasan dlm masa yg ditetapkan tu??

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja 1955 menggariskan tempoh notis untuk penamatan kontrak. Di sini pihak yang ingin berhenti perlu lalui tempoh notis tersebut dan sekiranya ingin pemberhentian segera perlu membayar pampasan ganti rugi. Kegagalan mana-mana pihak untuk membayar pampasan boleh di bawah isu ke Jabatan Buruh.

  • shahira says:

    saya bg notis 24 jam berhenti kerja,tp gaji saya majikan tidak buat bayaran gaji untuk berapa hari yg saya bekerja.boleh ke saya menuntut gaji saya?kalau tuan ckap perlu ikut aturan notis berapa lama berkhidmat,tp sedangkan company pun tak pernah update pengesahan kita waktu dalam perkhidmatan.boleh bantu sy dalm hal ini.

    • Zahin Byond says:

      Untuk notis 24 jam, pekerja perlu membayar ganti rugi notis. Sekiranya pekerja gagal untuk membayar ganti rugi notis tersebut majikan boleh membuat potangan pada gaji. Jadi dinasihatkan untuk berbincang dengan HR dan majikan untuk mencapai penyelesaian yang praktikal.

  • majikan says:

    perlukah majikan membayar gaji pekerja yang bekerja tidak lebih 5 hari dan menghantar notis perletakkan jawatan 24 jam?

    • Zahin Byond says:

      Notis penamatan kontrak 24 jam memerlukan mana-mana pihak yang memberikannya menbayar ganti rugi notis.

      • Nisya says:

        Kalau bekerja tanpa kontrak hitam putih dan takde notis berapa lama perlu kerja pon still kena bayar gantirugi?

        • Zahin Byond says:

          Sepatutnya memiliki hitam putih kerana akta perlukan majikan sediakan kontrak kerja kepada pekerja. Dan untuk yang tidak dinyatakan dalam kontrak, tempoh notis akan mengikut penetapan akta.

      • hn says:

        dalam offer letter ada pasal notice termination, dia tulis kat sana kalau nak berhenti kena bagi notis 24jam.

        situasi saya sekarang saya baru kerja 2 hari dan saya nak bagi notis 24jam so gaji saya dibayar ke? and adakah saya perlu bayar ganti rugi?

        • Zahin Byond says:

          Berdasarkan situasi, Tuan/Puan perlu membayar ganti rugi notis memandangkan ingin berhenti 24 jam. Sekirannya tidak membuat bayaran majikan boleh ambil dari gaji pekerja itu.

  • Aishaa says:

    Hi. Nak Tanya. Boleh ke untuk majikan mahupun HR menahan surat pemberhentian kerja ?

    • Zahin Byond says:

      Notis penamatan kontrak (atau notis berhenti kerja) adalah untuk menyatakan niat mana-mana pihak untuk tamatkan perkhidmatan, ia tidak memerlukan pengesahan oleh mana-mana pihak seperti majikan.

  • Annoymous says:

    Saya majikan yang ingin meletakan jawatan seorang pekerja kerana selalu ambil cuti, kalau saya buat demikian, adakah saya perlu buat ganti rugi notis gaji satu Bulan kalau notis 24 jam, pekerja ni blm sign contract sebab masi dalam percubaan kerja 2 bulan

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja menyatakan mana-mana pihak (sama ada majikan atau pekerja) yang berniat untuk berhenti boleh menghantar notis penamatan kepada pihak satu lagi. Jadi untuk pemberhentian segera (24 jam) ganti rugi adalah diperlukan.

  • HM Yg Disakiti says:

    Pekerja baru bekerja selama 3 hari dan telah meminta budi bicara majikan menerima notis 24jam nya, majikan terima alasan pekerja terbabit dan kini bekas pekerja terbabit meminta gajinya yang telah bekerja selama 3 hari tadi, adakah majikan perlu membayar gaji nya kerana telah menerima alasan pekerja itu sewaktu diskusi sebelumnya? Offer letter ada mencatit bahawa perlu beri 1 bulan notis untuk resign.

    • Zahin Byond says:

      Di sini pemberhentian 24 jam perlu membayar ganti rugi notis. Sekiranya pekerja tidak membayar ganti rugi notis tersebut maka ia boleh ditolak daripada gaji 3 hari tersebut, jadi secara teknikalnya majikan tidak berhutang apa-apa dengan pekerja dan begitu juga sebaliknya.

  • Yona says:

    Macam mana nak tahu berapa harga ganti rugi notis yg perlu dibayar jika saya hantar notis berhenti 24jam, dan dlm contract kene hantar notis berhenti 1 bln?

    • Zahin Byond says:

      Pengiraan ganti rugi notis ini adalah tertakluk kepada tempoh notis, contohnya tempoh notis 4 minggu maka pekerja perlu membayar ganti rugi notis untuk tempoh 4 minggu tersebut. Jadi jika tempoh notis sebulan maka pekerja perlu membayar jumlah gaji sebulan untuk tempoh notis tersebut.

  • Iman says:

    Jika notis sebulan telah dihantar pd 1/8/2024 dan berakhir pd 31/8/2024, tiba2 sy ingin berhenti awal 10 hari. Bermaksud hari terakhir kerja 21/8/2024. Adakah dibenarkn hantar notis 24jam pd 21/8/2024 dan perlu bayar majikan lebihan 10 hari tersebut?

  • Azri says:

    Salam , saya nak tanya saya baru bekerja Selamat 3 bulan Dan dalam masa yang sama TELAH mendapat tawaran kerja di tempat baru Dan saya belum sign offer letter lagi , untuk first step adakah saya perlu beri notis 1bulan atau notis 24 jam?

    • Zahin Byond says:

      Perlu hantar notis. Hal ini kerana pekerja yang memasuki kontrak perkhidmatan dengan majikan perlu memaklumkan niat mereka melalui notis kepada majikan. Untuk pemberhentian segera perlu membayar ganti rugi notis.

  • zafirahh says:

    kalau kontrak dah tamat dan tidak tandatangan kontrak baru dengan syarikat . adakah boleh berhenti serta merta atau perlu notis 1 bulan juga ?

    • Zahin Byond says:

      Jika pekerja kontrak yang sudah tamat tempoh kontrak dan tiada niat sambung kontrak atau pembaharuinya boleh berhenti serta merta.

  • Ain Liyana says:

    1- Sekiranya pekerja notis berhenti sebulan . tiba tiba majikan respon bagi notis 24jam . macam mana tu?

    2- Adakah diberhentikan notis 24jam pekerja blh terus gaji?

  • Mark says:

    Assalam. Saya nak tanya, kalau buat notis selain 4 minggu? Contohnya, 3 atau 2 minggu?

    • Zahin Byond says:

      Boleh tetapi mesti ikut garis panduan minimun yang ditetapkan pada Akta Kerja iaitu 4 minggu untuk kurang 2 tahun, 6 minggu nuntuk 2 tahun tetapi kurang 5 tahun dan 8 minggu notis untuk 5 tahun.

  • Gojesss says:

    Macam mana pula.
    Pernah hantar surat resign 60 hari ,tetapi extend dalam 2 ke 3 bulan (minta extend hanya pda mulut,takda surat nk mengatakan utk extend),dan langsung jugak, company tidak memberi apa apa kontrak semasa , extend ,boleh ke berhenti notis 24 jam

    • Zahin Byond says:

      Pemberhentian 24 jam perlukan ganti rugi notis. Untuk kes extend ini pula ia perlukan persetujuan pekerja. Jika pekerja dan majikan bersetuju ia tidak menjadi kesalahan.

  • Aina says:

    Jika dalam kontrak boleh notis 24 jam, adakah perlu bayar ganti rugi? Dan juga adakah akan dapat gaji walaupun hanya 3 minggu berkerja.

  • Zeid Hazrin says:

    Pekerja ini telah menghantar notis berhenti 24jam pada majikan. Namun pekerja tersebut baru bekerja belum cukup 2 bulan. Surat perlantikan Jawa tan juga telah di tandatangani. Tetapi dalam surat tersebut tidak dinyatakan tempoh notis berhenti. Adakah pekerja tersebut perlu bayar ganti rugi kepada majikan/syarikat?

    • Zahin Byond says:

      Perlu, notis pemberhentian 24 jam memerlukan ganti rugi notis. Jika dalam surat tiada nyatakan tempoh maka ia akan mengikut penetapan yang ada dalam Akta Kerja.

  • nurul says:

    saya baru kerja tak sampai sebulan tapi dalam masa tersebut saya tak dapat surat perlantikan.. berapa lama notis perletakan jawatan saya.

    • Zahin Byond says:

      Akta Kerja nyatakan jika tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak kerja, maka ia akan mengikut penetapan seperti berikut:

      4 minggu notis bagi perkhidmatan kurang daripada 2 tahun
      6 minggu notis bagi perkhidmatan 2 tahun tetapi kurang daripada 5 tahun
      8 minggu notis bagi perkhidmatan lebih daripada 5 tahun

  • lgmd says:

    Dalam kes saya, pagi saya menandatangani kontrak 1 tahun, sebelah malam HR memberikan Surat Pemberhentian Kerja 24 jam kepada saya melalui aplikasi Whatsapp, dan mengatakan pemberhentian saya atas sebab yang tidak munasabah, dan amat tidak adil bagi saya. Sebab dinyatakan juga sangat tidak munasabah, kerana saya ada bukti kukuh berkenan sebab yang dimanipulasikan majikan. Rasa teraniaya, adakah saya layak mendapat pampasan baki kontrak saya itu atau sebaliknya?, mohon pencerahan.

Leave a Reply