Skip to main content

Salah satu daripada punca utama pekerja berhenti kerja atau cari tempat kerja lain adalah disebabkan majikan. Apabila dapat majikan yang tidak bertanggungjawab atau ‘tak sekepala’ pasti pekerja kurang bermotivasi untuk pergi bekerja.

Secara definisi, majikan adalah orang yang mengambil satu ataupun lebih pekerja dalam sesebuah syarikat atau organisasi perniagaan bagi menjalankan operasi perkhidmatan di bawahnya.

Dalam konteks pekerjaan pula majikan boleh jadi pengurus atau tauke sesuatu firma termasuk organisasi. Penggunaan kata majikan ini luas tetapi biasanya merujuk kepada boss dalam sebuah syarikat.

Tentunnya untuk jadi seorang bos dalam satu syarikat bukan perkara mudah, ia memerlukan kemahiran kepimpinan dan pengurusan manusia yang sangat tinggi. Jadi mari belajar tip-tip untuk jadi seorang majikan yang disukai pekerja.

Tip Jadi Seorang Majikan Pilihan Pekerja

Boleh dikatakan tugasan sebagai majikan jauh lebih mencabar daripada seorang pekerja di bahagian sumber manusia. Tugasan majikan bukan sahaja memastikan syarikat terus berjalan tetapi juga perlu berdepan ragam pekerja yang berbeza-beza.

Apa yang membezakan seorang majikan yang baik dan kurang baik adalah sifat kepimpinan sebagai seorang ketua. Keperibadian serta kecemerlangan seorang majikan dapat diukur melalui cara pengendalian pekerja bawahannya.

Ini antara tip yang boleh diamalkan majikan untuk memperbaiki sifat kepimpinan diri.

1. Memahami Pekerja Dalam Syarikat

Sebagai seorang majikan anda tidak perlu menyelami kehidupan setiap seorang pekerja di bawah anda. Cukup sekadar anda mengetahui keadaan dan situasi yang pekerja hadapi seperti status keluarga atau keadaan di tempat tinggal mereka.

Seorang majikan yang baik akan peka terhadap pekerjanya dari segi emosi dan mental. Ambil masa untuk kenali latarbelakang pekerja dan luangkan masa bersama untuk mencipta jalinan hubungan baik antara satu sama lain.

Sayangnya, rata-rata majikan sekarang ini gagal untuk memahami situasi yang dihadapi pekerjanya. Mereka lebih mahu pekerja untuk memahami situasi yang dihadapi majikan sahaja.

2. Menyediakan Tempat Kerja Yang Kondusif

Seorang majikan yang baik akan memastikan tempat kerja para pekerjanya berada dalam keadaan yang baik. Ini termasuk keharmonian diantara pekerja-pekerja lain.

Majikan dengan sifat kepimpinan tinggi perlu sentiasa peka akan keadaan yang berlaku di tempat kerjanya. Jika timbul sebarang konflik, majikan perlu kenal pasti punca dan laksanakan langkah penyelesaian berbanding menunding jadi.

Walaupun kedengaran remeh, tetapi ramai majikan tidak ambil endah berkenaan situasi tempat kerja pekerja. Apabila pekerja mengadu masalah majikan kini sering mengata yang bekerja terlalu manja.

3. Tidak Amalkan Sikap Pilih Kasih

Amalan pilih kasih dan berat sebelah boleh berlaku tanpa disedari. Tentunya majikan ada pekerja yang disukai dan ada yang kurang digemari. Tetapi sebagai seorang majikan anda tidak boleh dikawal oleh emosi.

Dalam memastikan syarikat beroperasi secara lancar, majikan yang cemerlang akan cuba sedaya upaya bawa semua pekerja untuk berjaya. Tanpa mengira status, agama atau kepercayaan seorang majikan yang baik akan nilai pekerja dari sudut prestasi.

Suka diingatkan amalan ‘pilih bulu’ oleh majikan bukan sahaja membuatkan pekerja lain berasa tidak selesa, malah boleh membuatkan pekerja berasa hilang hormat kepada majikan yang seterusnya merosakkan hubungan kerja.

4. Sentiasa Beri Sokongan

Salah satu sifat yang membezakan seorang ketua yang baik atau tidak adalah cara memberi sokongan dan galakan kepada anak buahnya. Perlu diingatkan yang majikan adalah ketua yang menjadi sumber rujukan.

Jika majikan gagal untuk mencipta hubungan kepercayaan bersama pekerja, maka pekerja akan berasa tidak yakin untuk bekerja di bawahnya. Sebaliknya, majikan yang sentiasa menghargai pekerja boleh membuatkan pekerja berasa lebih yakin kepada diri dan syarikat.

Jadi untuk jadi seorang majikan yang baik, anda perlu sentiasa memberi sokongan kepada pekerja dengan memberi penghargaan selayaknya untuk segala usaha yang telah diberikan semasa berkhidmat bawah anda.

5. Selalu Cuba Memperbaiki Diri

Satu lagi sifat yang membeza anda sorang majikan yang baik atau tidak adalah dengan sikap untuk memperbaiki kelemahan diri. Sememangnya tiada manusia yang sempurna tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh perbaiki diri.

Seorang majikan yang baik akan cuba untuk perbaiki diri demi pekerja dan syarikat. Ingat, apabila ada majikan yang cemerlang syarikat dapat berkembang dengan lebih baik dan seterusnya pekerja turut berasa selesa.

Masih belum terlambat jika anda ingin berubah untuk menjadi seorang majikan yang lebih baik. Sikap kepimpinan ini bukan satu bakal yang diwarisi tetapi ia adalah satu kemahiran yang boleh dibelajar dan diperolehi berdasarkan pengalaman.

Tips HR

Tips Urus Pekerja Introvert

Zahin ByondZahin ByondMarch 25, 2024

Leave a Reply