Skip to main content

Mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setiap bulan adalah perkara wajib. Ia bukan sahaja ditetapkan dalam Akta Kerja 1955, tetapi turut dinyatakan dalam Akta KWSP dan PERKESO sendiri.

Rentetan daripada itu majikan perlu menyediakan sejumlah gaji kasar pekerja yang mencukupi dan mengikut persetujuan kontrak perkhidmatan pekerja setiap bulan, dan melakukan potongan untuk membayar caruman wajib paling lewat pada 15 hari bulan.

Tetapi di sini timbul pula satu persoalan sama ada bayaran lain yang dibayar berserta gaji seperti bayaran overtime (OT) atau elaun serta bonus tertakluk kepada caruman ke dalam KWSP dan PERKESO.

Oleh itu, artikel kali ini akan merungkaikan jenis-jenis upah atau gaji yang tertakluk kepada caruman KWSP dan PERKESO setiap bulan bagi mengelakan pertikaian yang berlaku serta mencerahkan hak-hak pekerja dan majikan itu sendiri.

Takrif Upah KWSP dan PERKESO

takrif upah kwsp dan perkeso

Seperti yang dikatakan awal tadi, takrif upah untuk KWSP dan PERKESO berbeza-beza. Ini bermakna apa yang didefinisikan sebagai gaji untuk KWSP adalah mungkin berbeza untuk pihak PERKESO.

Walau apa pun definisi takrif upahnya adalah penting untuk majikan dan pekerja ambil maklum supaya mengetahui hak masing-masing. Dalam pada itu upah adalah pembayaran yang diberikan majikan kepada pekerja atas perkhidmatan yang diberikan. Ia juga dikenali sebagai gaji.

Sebagai makluman tambahan, KWSP merupakan dana persaraan negara yang bertujuan untuk memastikan rakyat Malaysia menerima persaraan yang selesa selepas bersara. Caruman untuk KWSP ini adalah sebanyak 13% majikan dan 11% pekerja. Ini adalah takrif upah mengikut KWSP.

  • Upah
  • Bayaran bagi cuti tehat tahunan dan cuti sakit tidak digunakan
  • Bonus
  • Elaun
  • Komisen
  • Upah bagi cuti separuh gaji
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti belajar
  • Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

Untuk PERKESO pula ia adalah badan kerajaan yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja-pekerja di Malaysia. Setiap ahlinya yang mencarum layak mendapat faedah skim-skim yang ditawarkan. Ini pula adalah taktif upah untuk PERKESO.

  • Gaji asas
  • Bayaran kerja lebih masa
  • Komisen
  • Bayaran cuti yang berkenaan
  • Caj perkhidmatan

Bayaran Yang Dapat Pelepasan Caruman KWSP dan PERKESO

bayaran pelepasan caruman kwsp dan perkeso

Kini kita akan lihat jenis-jenis bayaran yang dapat pelepasan daripada caruman KWSP dan PERKESO. Suka diingatkan bahawa rujukan dalam artikel ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari laman utama KWSP dan PERKESO.

  • Bayaran yang dapat pelepasan KWSP
    • Caj perkhidmatan
    • Bayaran kerja lebih masa
    • Ganjaran
    • Faedah persaraan
    • Faedah pengurangan pekerjaan, pemberhentian sementara atau penamatan
    • Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsensi perjalanan
  • Bayaran yang dapat pelepasan PERKESO
    • Sebarang caruman yang perlu dibayar oleh majikan ke atas mana-mana dana pencen atau simpanan
    • Sebarang elaun perjalanan
    • Sebarang ganjaran yang perlu dibayar semasa berhenti kerja atau persaraan pekerja
    • Sebarang jumlah yang dibayar untuk menampung perbelanjaan yang ditanggung oleh pekerja semasa menjalankan tugasan
    • Bonus tahunan
    • Hadiah seperti bayaran tunai untuk cuti seperti Hari Raya, Hari Krismas

Berdasarkan jenis-jenis upah yang disenaraikan di atas, jelas dapat dilihat terdapat perbezaan yang ketara diantara takrif KWSP dan PERKESO. Maka, adalah amat penting majikan serta pekerja mengetahuinya.

FAQ

OT perlu tolak KWSP ke?

Tidak. Bayaran OT tidak termasuk dalam takrif gaji untuk KWSP. Ini bermakna jika pekerja dapat bayaran OT, ia tidak tertakluk untuk caruman ke dalam KWSP setiap bulan.

OT perlu tolak PERKESO ke?

Ya. Bayaran OT merupakan sebahagian daripada takrif gaji untuk PERKESO. Ini bermakna jika pekerja dapat bayaran OT, ia tertakluk untuk caruman ke dalam PERKESO setiap bulan.

Ganjaran dikira macam mana?

Ganjaran boleh datang dalam pelbagai bentuk dan untuk tujuan berbeza. Ia boleh jadi sejumlah wang yang diberikan majikan kepada pekerja untuk sebab-sebab tertentu seperti wang saguhati perkahwinan.

Bila tarikh pembayaran KWSP/ PERKESO/SIP?

Tarikh pembayaran terakhir KWSP, PERKESO dan SIP adalah pada 15 hari bulan pada bulan berikutnya. Ini bermakna majikan wajib bayar gaji pekerja dalam tempoh 7 hari pertama setiap bulan, dan bayaran caruman wajib perlu dijelaskan pada 15 hari bulan.

Macam mana nak buat kalau majikan tidak bayar KWSP/PERKESO?

Denda boleh dikenakan sama ada dalam bentuk penalti atau pemenjaraan jika didapati bersalah. Selain itu, terdapat juga denda sebanyak 6% setahun untuk setiap hari tertunggak bagi PERKESO. Sebarang aduan boleh dibuat pada laman rasmi KWSP dan PERKESO.

Macam mana nak buat bayaran KWSP/PEREKSO?

Pembayaran KWSP, PERKESO dan SIP boleh dibuat majikan dengan mengkreditkan terus daripada gaji bulanan pekerja. Untuk yang bekerja sendiri juga boleh membuat bayaran melalui aplikasi i-Akaun untuk KWSP dan laman ASSIST bagi PERKESO.

Ataupun untuk pemilik bisnes anda boleh automasikan terus segala pembayaran daripada gaji sehingga caruman dengan MySyarikat!

Sistem MySyarikat hadir dengan segala fungsi-fungsi yang diperlukan pemilik bisnes untuk menguruskan perihal penggajian pekerja. Dari mengira, membayar dan menetapkan jadual pembayaran gaji bulanan semuanya secara automatik dalam satu sistem sahaja! 

Paling best lagi sistem MySyarikat juga tawarkan pelbagai lagi fungsi yang diperlukan syarikat dan bahagian HR dalam menguruskan pekerja seperti proses rekod kehadiran, proses tuntutan, proses penggajian, proses membuat pengumuman, proses KPI dan pelbagai lagi tanpa kompromi!

Jom dapatkan MySyarikat, sistem HR software terbaik di Malaysia sekarang!

Klik BOOK DEMO untuk temujanji demo sistem secara percuma!

sistem MySyarikat dalam bentuk laptop dan telefon

Leave a Reply