Skip to main content

Kewajipan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh disangkal lagi. Ia telah ditetapkan melalui pengazetan undang-undang pekerjaan negara, Akta Kerja 1955.

Sebenarnya sudah banyak topik berkenaan KWSP dan PERKESO disentuh sebelum ini tetapi masih ada banyak lagi sudut yang belum diterokai antaranya pelepasan pembayaran caruman. Benar, terdapat beberapa jenis sumber pendapatan pekerja yang tidak tertakluk kepada caruman wajib ini.

Jika pada artikel sebelum ini pihak MySyarikat telah menyenaraikan potongan-potongan gaji yang wajib dibuat berdasarkan penetapan Akta Kerja 1955. Jadi kali ini pula akan disenaraikan pelepasan-pelepasan potongan yang dibenarkan oleh KWSP dan PERKESO.

Memahami Takrif Gaji KWSP dan PEKRESO

Bagi sesiapa yang tidak tahu KWSP dan PERKESO memiliki definisi mereka tersendiri untuk mengkategorikan gaji. Secara umumnya gaji adalah pembayaran upah yang diberikan majikan kepada pekerja atas perkhidamatan yang ditawarkan.

Menurut takrif KWSP, upah adalah segala perkara berikut:

  • Gaji
  • Bonus 
  • Elaun
  • Komisen
  • Insentif
  • Tunggakan upah
  • Upah bagi cuti belajar
  • Upah bagi cuti bersalin
  • Upah bagi cuti spearuh gaji
  • Bayaran cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan
  • Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya

Segala yang disenaraikan ini tertakluk kepada caruman oleh pekerja dan majikan berdasarkan penetapan pada Akta KWSP 1991. Ini bermakna bukan gaji sahaja yang wajib dicarum tetapi jika anda turut menerima bonus atau elaun ia juga tertaklu kepada caruman KWSP.

Sementara itu, PERKESO pula mengkategorikan gaji seperti berikut:

  • Gaji atau upah
  • Kerja lebih masa
  • Komisen dan caj perkhidmatan
  • Cuti sakut bersalin, rehat, kelepasan am dan sebagainya
  • Elaun insentif, syif, makan, sara hidup, perumahan dan sebagainya

Jadi ini bermakna segala pembayaran yang digariskan di atas sama ada dibayar mengikut jam, harian, mingguan, bulanan dan segala hasil kerja adalah dianggap gaji yang tertakluk kepada caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial 1969.

Pembayaran Yang Tidak Tertakluk Mencarum

Kini mari lihat jenis pembayaran yang tidak tertakluk kepada caruman KWSP dan PERKESO. Suka diingatkan bahawa senarai-senarai di bawah ini sebahagiannya boleh dianggap sebagai sumber pendapatan yang boleh dicukaikan.

Pembayaran yang tidak perlu dicarum kepada KWSP adalah,

  • Caj perkhidmatan
  • Bayaran kerja lebih masa
  • Ganjaran
  • Faedah persaraan
  • Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementara atau penamatan
  • Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan
  • Mana-mana saraan atau bayaran lain sebagaimana yang dikecualikan oleh Menteri

Manakala menurut PERKESO pula pembayaran yang tidak dianggap gaji adalah,

  • Pembayaran oleh majikan kepada tabung kumpulan pekerja
  • Pembayaran ke atas tuntutan perjalanan
  • Pembayaran ke atas persaraan atau pemberhentian pekerja
  • Bonus tahunan
  • Hadiah wang tunai yang diberikan pada waktu perayaan tertentu

Kenapa Perlu Tahu Pelepasan Caruman Ini?

Sebagai majikan, pegawai di bahagian sumber manusia (HR) atau pekerja anda perlu tahu apa yang dikategorikan sebagai gaji dan apa yang tidak. Ini dapat membantu anda untuk lebih memahami jenis-jenis caruman yang dibuat pada gaji bulanan.

Untuk rujukan lanjut mengenai caruman-caruman KWSP dan PERKESO anda dinasihatkan untuk melawat laman rasmi mereka sendiri untuk dapatkan pencerahan.

Dalam pada itu, pengurusan gaji dan caruman-caruman wajib ini boleh jadi lebih mudah dengan Secured Payroll MySyarikat! Sistem intuitif dan kebolehan automasi MySyarikat dapat membantu anda untuk mengenal pasti jenis upah yang perlu dicarumakan setiap bulan.

Selain itu, dengan menggunakan MySyarikat pembayaran dan pengagihan gaji juga dapat dibuat walaupun semasa cuti. Majikan atau pegawai HR hanya perlu tetapkan setting pembayaran dan sistem akan lakukannya secara automatik.

Mari alami sendiri pengalaman menggunakan MySyarikat sekarang! Klik pada gambar untuk melanggan dan dapatkan akses demo secara percuma.

Leave a Reply