Skip to main content

Setiap tahun pekerja akan diberikan jumlah cuti tertentu oleh syarikat, sama ada cuti tersebut berdasarkan undang-undang kerja atau diberikan mengikut polisi yang diamalkan. Tapi terdapat sesetengah situasi cuti pekerja dibekukan majikan atas sebab-sebab tertentu. 

Adakah majikan berhak membekukan cuti pekerja? Bagaimana pekerja boleh menangani situasi ini? Artikel ini membincangkan hak majikan untuk membekukan cuti pekerja, undang-undang berkaitan, dan tips untuk pekerja menguruskan isu ini.

Apa Maksud “Bekukan Cuti”?

“Beku cuti” bermaksud majikan melarang pekerja daripada mengambil cuti dalam tempoh tertentu. Tindakan ini biasanya dilakukan untuk memastikan kelangsungan operasi syarikat ketika:

  • Musim Puncak: Industri seperti perhotelan atau peruncitan sering sibuk semasa musim perayaan.
  • Projek Penting: Kehadiran penuh pekerja diperlukan untuk menyelesaikan projek besar dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Keadaan Darurat: Pandemik atau situasi luar biasa lain yang menuntut kehadiran pekerja di tempat kerja.

Apakah Hak Majikan?

Di Malaysia, Akta Kerja 1955 tidak menyatakan tentang pembekuan cuti pekerja pada mana-mana bahagian. Tetapi undang-undang ini akan menyentuh berkaitan hak cuti pekerja.

Adakah Majikan Berhak?

Ya, majikan mempunyai hak untuk meluluskan atau menolak permohonan cuti pekerja berdasarkan keperluan operasi syarikat. Walau bagaimanapun, ini perlu dilakukan secara adil dan beretika.

Rujukan Undang-Undang:

  • Seksyen 60E Akta Kerja 1955 menetapkan bahawa pekerja layak menerima cuti tahunan setelah berkhidmat selama 12 bulan berterusan dengan majikan yang sama,
  • Tetapi pekerja perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak majikan sebelum memulakan cuti kerana cuti tanpa kelulusan dan alasan munasabah boleh dikira ketidakhadiran

Contoh Situasi Pembekuan Cuti

  • Industri Runcit

Semasa jualan akhir tahun atau promosi besar, tenaga kerja maksimum diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

  • Sektor Perhotelan

Musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina menyaksikan lonjakan pelanggan, menyebabkan cuti pekerja sering dibekukan.

  • Industri Teknologi

Projek besar seperti pelancaran aplikasi atau penyelenggaraan sistem memerlukan kehadiran penuh staf teknikal.

Bagaimana Pekerja Boleh Menangani Situasi Ini?

Pembekuan cuti mungkin mengecewakan, tetapi anda boleh menguruskan keadaan dengan cara berikut:

  1. Berbincang dengan Majikan

Jika anda benar-benar memerlukan cuti, berbincanglah secara profesional. Jelaskan sebab anda dan sediakan alternatif seperti kerja gantian selepas waktu cuti.

  1. Rancang Cuti Lebih Awal

Cuba mohon cuti pada waktu yang tidak sibuk atau jauh dari tarikh pembekuan biasa.

  1. Nilai Keutamaan

Fokus kepada tanggungjawab kerja dalam tempoh pembekuan. Anda boleh merancang semula cuti selepas situasi kembali normal.

  1. Fahami Polisi Syarikat

Ketahui bila pembekuan cuti biasanya dilakukan dan elakkan memohon cuti pada masa tersebut.

Imbangi Hak Majikan dan Pekerja

Hak majikan untuk membekukan cuti tidak boleh disalahgunakan. Sebaliknya, ia harus digunakan secara adil berdasarkan keperluan syarikat.

Tip untuk Majikan:

  • Berikan penjelasan yang telus kepada pekerja tentang sebab pembekuan cuti.
  • Imbangi keperluan operasi dengan kesejahteraan pekerja.
  • Berikan ganjaran kepada pekerja yang berkomitmen, seperti cuti tambahan atau insentif kewangan.

Tip untuk Pekerja:

  • Sentiasa rujuk kepada kontrak pekerjaan dan polisi syarikat mengenai cuti.
  • Gunakan cuti dengan bijak dan rancang lebih awal untuk mengelakkan konflik.

Soalan Lazim (FAQ)

1. Bolehkah majikan membekukan cuti pekerja?

Ya, majikan boleh membekukan cuti pekerja berdasarkan keperluan operasi. Walau bagaimanapun, pembekuan ini harus dilaksanakan dengan adil.

2. Apakah hak pekerja jika cuti dibekukan?

Pekerja masih berhak ke atas cuti tahunan seperti yang ditetapkan dalam Akta Kerja 1955. Namun, kelulusan cuti bergantung kepada keperluan dan budi bicara majikan.

Konklusinya, hak majikan untuk membekukan cuti pekerja adalah wajar jika ia dilakukan dengan alasan yang munasabah. Sebagai pekerja, penting untuk memahami keperluan majikan dan mencari keseimbangan antara tanggungjawab kerja dan keperluan peribadi.

Dengan komunikasi yang baik antara majikan dan pekerja, isu pembekuan cuti dapat ditangani secara harmoni, sekaligus memastikan produktiviti dan kesejahteraan terjaga.

Pengurusan Cuti Boleh Jadi Mencabar Tanpa MySyarikat!

Sebagai majikan, menguruskan pelbagai jenis cuti pekerja terutamanya cuti khas yang tiada dalam Akta Kerja boleh menjadi tugas yang rumit. Tanpa sistem yang teratur, risiko salah faham, rekod yang bercelaru, atau ketidakpatuhan terhadap polisi adalah tinggi.

Perkenalkan MySyarikat, sistem HRMS (Human Resource Management System) automasi yang membantu majikan:

  • Mengautomasi rekod cuti pekerja: Semua cuti direkodkan secara digital untuk memudahkan semakan.
  • Menguruskan permohonan cuti secara online: Pekerja boleh memohon cuti terus dari aplikasi, dan majikan dapat meluluskannya dengan satu klik.
  • Menyesuaikan polisi cuti: Sistem fleksibel untuk menambah atau mengubah jenis cuti mengikut keperluan syarikat.

Tidak kira sama ada anda majikan SME atau syarikat besar, MySyarikat adalah penyelesaian lengkap untuk pengurusan sumber manusia anda!

Mari BOOK DEMO untuk akses PERCUMA sistem MySyarikat sekarang!

feature mysyarikat

Leave a Reply